CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Demi Anak Sulung, Ahmad Idham Nekad Hijrah Ke Johor Bahru

7-10-2014 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17343| Komen: 70

Demi Anak Sulung, Ahmad Idham Nekad Hijrah Ke Johor Bahru




Mungkin ramai yang masih belum tahu mengenai penghijrahan pengarah dan juga pelakon Ahmad Idham ke Johor Bahru sejak beberapa bulan lalu.


Ramai juga yang menyangka Ahmad Idham berulang alik dari Kuala Lumpur ke Nusajaya, Johor Bahru kerana projek Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang terletak di selatan tanah air itu.

Namun hakikatnya, Ahmad Idham kini telah menetap di negeri Johor dan meninggalkan segala-galanya di Kuala Lumpur termasuk menjual kediamannya yang terletak di Bukit Jalil.

Kata bapa kepada empat orang anak itu, hijrahnya nekad demi keluarga terutama anak sulungnya Ahmad Firdaus, 14.


“Ramai yang bertanya kepada saya apa yang menyebabkan saya berhijrah ke sini (Johor) sehingga sanggup tinggalkan semua di Kuala Lumpur sampai jual rumah.

“Sebenarnya, selain mahu fokus kepada AIFA saya juga mahu menunaikan impian isteri saya untuk menghantar anak sulung kami, Firdaus ke sekolah kanak-kanak istimewa di Singapura.

“Bukan tidak ada sekolah tersebut di Kuala Lumpur tetapi, di Singapura sistem yang mereka terapkan berbeza dan demi untuk memberikan yang terbaik untuk Firdaus, saya nekad.

“Firdaus kini belajar di Saint Clare School, dan isteri saya berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk ambil dan hantar anak ke sekolah,” katanya ketika  ditemui pada majlis jalinan kerjasama antara AIFA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Nusajaya pada Selasa.

Tambah Idham lagi, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk meninggalkan ‘hidupnya’ di Kuala Lumpur.

“Saya tak terkilan atau menyesal dengan keputusan yang saya ambil ini, bahkan saya merasa lebih tenang dan kehidupan saya lebih baik di sini.

“Saya juga bersyukur kerana saya kini mempunyai lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak,” ujarnya.

Idham juga sudah membeli sebuah rumah di Nusajaya.


Bagaimanapun pengarah filem box-office itu, menolak andaian penghijrahannya ke Johor Bahru kerana merajuk dengan industri filem tempatan.


4

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazsh 4-10-2014 12:26 AM
Baguslahh pentingkan kebajikan anak
Quote lotionmilo 4-10-2014 12:38 AM
anak dia kanak kanak istimewa yang macam mana yer?

gambar please ?
Quote lazim 4-10-2014 12:38 AM
ank sulung dia kenapa, pastut nmpk gaya cam pelik skit
Quote putehkundor 4-10-2014 01:03 AM
Kanak2 istimewa memang kena beri perhatian lebih, depa lebih sensitif

Quote soraya 4-10-2014 01:30 AM
oo baguslah....development anak lagi penting.....tapiii anak dia sakit apa?
Quote CrowneGlory 4-10-2014 01:32 AM
Apa yg spesel sgt sekolah tu yg msia xde...
Quote hasniey 4-10-2014 02:35 AM
CrowneGlory posted on 4-10-2014 01:32 AM
Apa yg spesel sgt sekolah tu yg msia xde...
sekolah kanak-kanak istimewa di Singapura.

“Bukan tidak ada sekolah tersebut di Kuala Lumpur tetapi, di Singapura sistem yang mereka terapkan berbeza
itu je yg beza

sistem yg cmno tu xtau laa

maybe bg perhatain lbih ke cmne

tp anak dia ni istimewa dr segi ape ye?
Quote an2toncit 4-10-2014 04:00 AM
anak dia autistic ....saint clare s'pore mmg salah 1 sekolah terbaik utk anak2 autistic
Quote cmf_premierleag 4-10-2014 06:40 AM
Anak dia dh 14thn .....rasa mcm baru smlm je tgk gambo dia kawen..wife dia comel je.cikgu tadika
Cepatnya masa berlalu
Quote cruisekeanu 4-10-2014 08:23 AM
dia ni mmg meninggi diri dlm semua berita pasal dia
Quote ctmoon 4-10-2014 08:27 AM
bagus la dia pk yg terbaik untuk anak2
Quote naina 4-10-2014 08:43 AM
Ohh..anak sulung dia istimewa ek..
oooo..bgslah pentingkan kbjikan anak.
Quote Suchi 4-10-2014 08:57 AM
an2toncit posted on 4-10-2014 04:00 AM
anak dia autistic ....saint clare s'pore mmg salah 1 sekolah terbaik utk anak2 autistic

mst mahal kn
sedangkn yg kat malaysia pun mahal yuran bulanannya
Quote m2506 4-10-2014 09:14 AM
BAGUS IDHAM NI...
Quote tomet05 4-10-2014 10:43 AM
bagus untuk anak dia kan .. hamdalah
Quote makneng 4-10-2014 10:57 AM
Sama mcm anak kok spin la kan? Blh puji usaha yg dia buat utk anak dia ni
Quote ratusolo 4-10-2014 01:21 PM
bagus la.. kurang sikit rakyat di klang valley lagipun dia ada AIFA kat JB..good luck!!
Quote bimbang 4-10-2014 02:14 PM
a good move...
sanggup berusaha demi anak
Quote huJanBaTu 4-10-2014 05:41 PM
Peh aifa academy...

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065128 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top