CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hubungan Ac Mizal Dengan Bekas Anak Semakin Pulih

4-11-2014 12:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 54535| Komen: 262

Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih


AC Mizal dan isterinya, Emylia Rosnaida dilantik sebagai duta produk pelangsingan badan, L'Rose Perfect Body Shape.

KUALA LUMPUR: Pengacara Datuk AC Mizal bersyukur apabila hubungannya dengan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu  Muhammad Shafiq Iman, 18, dan Muhammad Shabil Iman, 15,  semakin pulih.

AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, walaupun mereka tidaklah begitu mesra, namun perubahan itu semakin dapat dilihat apabila masing-masing mula bertanya khabar antara satu sama lain.

"Saya difahamkan bekas isteri saya sudah berkahwin dan kini menetap di Terengganu bersama anak-anak.

"Kerana itu, agak sukar untuk saya berjumpa dengan mereka. Tetapi kami saling bermesej dan bertanyakan khabar.

"Walaupun tidaklah seakrab mana, Alhamdulillah hubungan kami anak beranak semakin pulih," katanya kepada mStar Online.


AC ditemui pada majlis pelancaran dan pengumumannya dan isteri, Datin Emylia Rosnaida sebagai duta produk pelangsingan badan, L'Rose Perfect Body Shape di Hotel Royale Chulan di sini pada Isnin.

Hadir sama pengasas produk L'rose iaitu Datin Rose Ramlan dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.


Dari kanan; AC Mizal, Emylia Rosnaida, Rose Ramlan dan Mohamad Zawawi Salleh.


Tambah AC, lebih membuatkan dia gembira apabila Shafiq dan Shabil turut mesra dengan dua anaknya bersama Emylia iaitu Mohd Reeve Damien, 11, dan Fea Eryssa, 6 (tahun).

"Saya faham, mereka anak lelaki, mempunyai ego sendiri. Tetapi melihatkan mereka turut mesra dengan Damien serta Fea membuatkan saya cukup terharu.

"Shafiq dan Shabil juga selesa dengan Emylia. Alhamdulillah, saya dapat merasakan hikmahnya selepas pelbagai dugaan yang dilalui sebelum ini," ujarnya.

AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainudin pada 24 Jun 1995 dan memiliki dua anak iaitu Shafiq dan Shabil sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.
Kemudian pada 10 Oktober 2002, pengacara itu mendirikan rumah tangga dengan pelakon Emylia. Melalui perkahwinan itu, mereka mempunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

Mengenai perlantikan bersama Emylia sebagai duta produk L'rose, AC berkata, mereka akan mengikat kontrak selama tiga tahun di bawah syarikat RMZ Health & Beauty Products Marketing.

"Ia merupakan satu produk yang masih baru dilancarkan pada Julai lalu. Saya dan isteri sudah mencuba L'rose sejak dua bulan lalu dan kami berjaya menurunkan sejumlah berat badan.

"Paling ketara ialah saya berjaya menurunkan sebanyak  12 kilogram di mana saya kini mempunyai berat yang ideal iaitu sebanyak 83 kilogram," tuturnya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skymania 4-11-2014 02:33 AM
si tinted neh dah kenapa macam sakai dah aku tgk..

die ingt lawa sngt ngan rambut cenggituh.. nmpk PPRT sngt..

tak classy langsung.. selekeh!
Quote mizzmimi 4-11-2014 05:12 AM
Bekas anak?
Quote nour2001 4-11-2014 05:34 AM
mizzmimi posted on 4-11-2014 05:12 AM
Bekas anak?

Manade tulis bekas anak, bekas isteri adalah..
Quote mizzmimi 4-11-2014 06:06 AM
@nour2001 tajuk thread kaka..

baguslah kalau dah berbaik..
Quote aidita 4-11-2014 06:24 AM
mana ada bekas anak tt
Quote asampodeh 4-11-2014 06:55 AM
pelik sungguh bunyinye... bekas anak
Quote fifie_olin 4-11-2014 06:55 AM
aku ade add shafnie dlm ig..mmg dia dh kawin..tgh peknen skg...
ank2 ac...sejibik mcm dia...muka cina tggi lampai...
dgn tinted...ank2 lbh byk muka maknya
Quote JDT 4-11-2014 07:12 AM
Cam muka berlengas(berminyak) diaorang ni..
Quote yusryimran 4-11-2014 07:14 AM
adehh Buruk's in the world ek bini dia
Quote Santeira 4-11-2014 07:40 AM
fifie_olin posted on 4-11-2014 06:55 AM
aku ade add shafnie dlm ig..mmg dia dh kawin..tgh peknen skg...
ank2 ac...sejibik mcm dia...muka ci ...

apa username ig dia sis. iols nak juga follow wanita tabah tu.
Quote Santeira 4-11-2014 07:41 AM
berapa kilo bedak maikel pakai ni?
Quote fifie_olin 4-11-2014 07:45 AM
Santeira posted on 4-11-2014 05:40 AM
apa username ig dia sis. iols nak juga follow wanita tabah tu.

shaffylolita....tu pon lama br dia accept aku...ig private

Quote Santeira 4-11-2014 07:47 AM
fifie_olin posted on 4-11-2014 07:45 AM
shaffylolita....tu pon lama br dia accept aku...ig private

ok tq sis
Quote doubleA 4-11-2014 07:57 AM
Bekas anak pulak,adeh
Quote pakupayung21 4-11-2014 08:00 AM
Terkezuut baca tajuk bekas anak
Quote ashraf5587 4-11-2014 08:08 AM
Hazab tengok deme nih.
Quote kaklehot 4-11-2014 08:27 AM
tempek ler gambo syafnie & suami baru..
Quote kakprik 4-11-2014 08:29 AM
harus la mengaku dah berbaik..bila tengok tauke teruk dicerca sebab 10 tahun tak jumpa anak..
Quote krukx 4-11-2014 08:30 AM
Datin tinted tu mmg mcm kampungn sket. Tak leh lupa dia pakai kot LV yg ada tulisan besar gedabak tu

Lihat semua komen(262)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065929 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top