|
Zizan Razak Ada 1 Juta Pengikut Instagram ![]() KUALA LUMPUR: Selepas Nora Danish, Zizan Razak turut mengikuti jejak pelakon comel itu apabila mempunyai pengikut di laman Instagram mencecah 1 juta. Menerusi keterangan gambar terbaru yang dimuat naik, Zizan dengan rendah hati mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tak jemu menyokongnya. "Tiada apa lagi yang dapat saya bingkiskan hanya jutaan terima kasih di atas sokongan tak berbelah bagi. Terima kasih atas cinta, doa kalian semua," katanya di laman bergambar popular itu. Saat ini pengacara Akademi Fantasia 2014 itu sedang dinanti nantikan berita gembira mengenai hari perkahwinannya dengan Emma Maembong. Difahamkan pasangan ini ada ura-ura untuk berkahwin pada tahun depan.
|






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048755 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.