CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Hah Sentap Kerana Stacy Tersalah Lirik

10-11-2014 01:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30386| Komen: 135

Hah Sentap Kerana Stacy Tersalah Lirik 


Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada malam tadi (Jumaat), tiada siapa menyangka anugerah tersebut telah mengguris hati seseorang.

Penulis Lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun telah meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap penyampaian lagu yang dinyanyikan oleh Stacy malam tadi.

Menerusi akaun Facebooknya (FB) Hairul Anuar telah memuat naik status, "hahaha... cindai dah jadi cib**...lirik ikut sedap mulut kau je...lantak korang la..." dan perkara tersebut telah menarik perhatian sebahagian rakan FB yang bersetuju dengan kritikan pedasnya itu.

Rata-rata yang memberi komen turut tidak bersetuju dengan cara Stacy menyampaikan lagu tersebut apabila penyanyi tersebut menyanyikan lirik yang salah.

Hairul Anuar turut mengkritik persembahan Stacy yang kononnya mahu menyuntik kelainan ketika menyampaikan lagu Cindai, sebagai tidak menjadi.

"Nak kelainan sgt kan? hambik la... mmg lain la jadinya..," tulis Hairul di bahagian komen.

Selain itu ada juga rakan FB Hairul mendakwa Stacy telah terlupa lirik dan hentam kromo ketika menyanyikan lagu dendangan asal Dato' Siti Nurhaliza itu.

Penulis lirik tersebut juga kesal apabila karyanya yang sudah mencecah usia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy hanya mengambil mudah ketika menyampaikan lagu tersebut.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctmoon 8-11-2014 01:56 PM
@selayaknyalah
Quote chazey 8-11-2014 02:05 PM
Dah stok2 fonen sebegitulah mulot sis.
Quote atekome 8-11-2014 02:56 PM
Mmg hazab lagu cindai mlm td..tk sdp satu hal..lirik ke laut..mcm dh stok2 mokcik pprt nyanyi karoeke..sian lagu yg bgitu indah nyanyian dato ct di hancurkn oleh stacy
Quote Esmiria 8-11-2014 03:00 PM
eh silap ke? tak pasan lak aku
Quote drlinda08 8-11-2014 03:00 PM
dh kenapa la gi pilih nyanyi lagu ni..
ke laut la dia bawak
Quote belilies 8-11-2014 03:02 PM
Napa stacy nyanyi mcm kambing mengembek?
Quote JDT 8-11-2014 03:16 PM
Memang betul2 out....
Quote sepitsiput 8-11-2014 03:19 PM
chazey posted on 8-11-2014 02:05 PM
Dah stok2 fonen sebegitulah mulot sis.

HHH bukan ponen la chuols

dia ni pesen2 s amin shahab jugak
Quote Orix 8-11-2014 03:23 PM
mmg ke laut pn..
Quote kakasotong 8-11-2014 03:24 PM
Mmg patut dia ni marah. Sbb mmg hazab sungguh stacy bawak smlm. Mmg stacy xpatut pn nyanyi lagu ni. Mmg habis di rock kan lagu cindai tu smlm. Dgn xingat lirik nya. Xcukup buat homework, main hentam langgar nyanyi lagu org.

Nasib baik ctdk x maki2 stacy ni
Quote shernazz 8-11-2014 03:24 PM
Baek ko menari jah..xyah nyanyi
Ni ncm fokus lebih kat menari je sebenarnya...
Quote noraidil_06 8-11-2014 03:25 PM
Hairul ni pondan ek?
Quote sepitsiput 8-11-2014 03:25 PM
rasakan la cuols stacy...ikut sgt tv3 yg syok sendiri tu... perlu ke nk nyanyi lagu cindai or mana2 lagu zapin yg perlu belajar lenggok n sebutan selama berbulan2... dgn masa yg x cukup, baik sekdar sheols nyanyi byk lagi lagu tradisional yg x concentret kt lenggok tp pada tarian..contohnya lagu2 kak ani ni..silap2 boom dgn tarian yg cantik...lagu2 kak ani sesuai dgn stacy sbb konsetret kt tarian n bukan vokal

[youtube]xdM2eyZgg3M[/youtube]

[youtube]4T1H0OSTk9M[/youtube]

xpun remix dikir puteri ni...

[youtube]W0Y1VCiaRZM[/youtube]

lagu siti pun ada yg x konsentret kt vokal n sebutan... tp x popular...lagu2 etnik siti semua custom utk tayang vocal tradisional. kalau adira bolehlah kot bawak...tp stacy, elok nyanyi lagu2 kak ani yg mmg sesuai dgn breathing semua.

p/s: lagu2 kak ani yg awal2 pun byk yg tonjol vokal mcm awallah dondang, tinting, hatinya tak tahan etc.... tp sbb sheols kan suka menari, so byklah pilihan lagu2 sheols yg sesuai utk penari menyanyi.
Quote sepitsiput 8-11-2014 03:31 PM
jalan yg tinggal jalan berliku ke? atau yg stacy nyanyi jalan yg tinggal jangan berliku?

hias cempaka kenanga tepian kan? bukan kias cempaka


korus hauk

hendaklah hendak2 ku daya kata stacy....

tidakklah tidak2 ku rasa kata stacy


Quote enginelady 8-11-2014 03:32 PM
stacy ni mmg selalu tukor2 lirik kan bila dia xingat. tp dia belasah dgn muka konfiden so usually org x perasan pun. tp too bad la dia lupa lagu cindai kat tempat seprestij itu. harus mengudang kejian
Quote chazey 8-11-2014 03:36 PM
sepitsiput posted on 8-11-2014 03:19 PM
HHH bukan ponen la chuols

dia ni pesen2 s amin shahab jugak

Oh ok. *ikon malu kelip2 mata*
Quote espri6006 8-11-2014 03:37 PM
kalau aku pun sentap uol, lirik dah elok2 dibuat tapi ditukar sesuka hati. Lagipun bukan stacy nyanyi secara terjun kan berhari-hari berlatih gitu.
Quote beta_carotene 8-11-2014 03:38 PM
kebelakangan neh ahlil muzik ramai yang mencerca stacy di laman sosial kan?

tempuh hari ramli ms..
Quote mesmerize 8-11-2014 03:40 PM
ok jah ai tengok.. ada sikit kesalahan lirik yg tak ketara n agak keras lenggok suara n pergerakan dia.. ala kasik can la stacy kan non malay kena nyanyi lagu tradisional mana bole dapat jadi perfect mcm dato siti yang dah taraf diva tu..

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076377 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top