CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Puteri Balqis Dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award

14-11-2014 02:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44715| Komen: 292

Puteri Balqis Dicalon Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Award



KUALA LUMPUR: Baru saja memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 di TV3 baru baru ini, Puteri Balqis menerusi drama yang membawa kejayaan sulung kepadanya iaitu Balqis turut dicalonkan di peringkat Asia.

Sebentar tadi, BH Online dimaklumkan si genit berusia tujuh tahun itu dicalonkan untuk Asian Television Award 2014 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik yang akan diadakan di Singapura 11 Disember depan.

Balqis berentap dengan lima calon lagi. Ternyata drama yang diarahkan sutradara Erma Fatima serta bersiaran di TV3 itu membawa tuah kepadanya. Ikuti komen Balqis yang diwakili bapanya, Azizi Aziz.


"Saya agak terkejut dengan berita ini. Benar-benar tak sangka. Saya hanya diberitahu Erma sehari selepas ASK2014 berlangsung bahawa dia ada menghantar nama Balqis untuk anugerah ini. Alih-alih dia dicalonkan pula.

"Saya teruja dan Balqis sendiri pasti terharu kerana selepas di Malaysia, namanya dicalonkan pula di peringkat Asia. Ia lembaran baru buatnya untuk dititip sebagai pengalaman berharga. Kalau dia ditakdirkan menang, ia satu bonus kerana dapat mengharumkan nama Malaysia." katanya.

Tambah Azizi lagi, kejayaan Balqis di ASK2014 terus menjadi pembakar semangat buat anaknya itu untuk terus mempamerkan prestasi terbaik lagi pada masa mendatang.

"Bersyukur ke atas hadrat Ilahi atas kejayaan itu. Bagi kami, Balqis melihat dunia seni sebagai ruang untuk melontar bakat yang ada dalam dirinya," katanya.

Kemenangan Balqis di ASK2014 ironinya turut dipertikaikan ramai kerana kejayaannya itu menewaskan calon senior yang lebih berpengalaman.

Tetapi jelas di sini kemaraannya sebagai calon di peringkat Asia membuktikan bakatnya sudah mula diperhatikan di luar sana.
Keputusan juri di ASK2014 boleh dianggap bersifat global.

"Terpulanglah kepada yang menyangkal kemenangannya. Di dalam pertandingan biasalah menjadi lumrah kerana pasti pemenang dan yang tewas. Yang tewas tak bererti mereka tak bagus. Kami terima kejayaannya sebagai rezeki," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 14-11-2014 07:41 AM
budak ni mmg talented...dgn umur nya skrg....

xleh dipertikaikan kemengangan dia kat ASK
Quote epysha 14-11-2014 08:09 AM
kalo tengok videoklip matahari dgn hapis tu mesti aku sedey...
Quote Innrukia 14-11-2014 08:11 AM
aku rasa bdk ni lebih berbakat dr miasara tu
Quote makneng 14-11-2014 08:37 AM
aku suka dia berlakon...dia mmg berbakat kalau betul2 didik ni mmg blh jadi pelapis pelakon sedia ada
Quote makneng 14-11-2014 08:38 AM
Innrukia posted on 14-11-2014 08:11 AM
aku rasa bdk ni lebih berbakat dr miasara tu

kan??? mia tu so overatted gittuh
Quote silampumeja 14-11-2014 08:40 AM
miasara masa cite adam hawa pon bukan pandai berskrip sangat ...banyak diajar dari orang blakang..banyak tgk blakang camera kalu uolss prasan la.....comel je la aset time tu...

cuma aku pelik kate cerita balqis tu lebih kurang 90% kisah benar... kira mak balqis skarang ni bukan mak dia yang sebenar ke?

dalam cerita tu kan kisah mak dia mati and dia jual baju pasar malam ngan ayah dia... mak dia skarang tu bukan ibu kandung dia ke? tv pon slalu fokus ayah dia... jemputan kat al hijrah dulu pon panggil ayah dia... ada sapa2 boleh comfirmkan hal ni?

tapi dulu ada cover dalam nona ke wanita hari ini tunjuk dia n family, macam keluarga kaya2... home school dari kecik...


tapi seriously kalu balqis ni fluent english pulak lagi jauh jugak dia bleh pergi... cerita melayu dia dah sampai gini
Quote maxim 14-11-2014 08:59 AM
bkn takat asian..patutnya die bleh menang peringkat dunia.

plakon2 kayu especially lisa kayuhani n izara kayushah patut blajar ngan adik ni cara2 menjiwai watak. dah bertahun2 blakon pn still fail
Quote MistrezHermanaz 14-11-2014 09:47 AM
maxim posted on 14-11-2014 08:59 AM
bkn takat asian..patutnya die bleh menang peringkat dunia.

plakon2 kayu especially lisa kayuhani ...

alih2 lisa menang pulak di FFM..duhhh
Quote kaklehot 14-11-2014 09:47 AM
chaiyok2 adek balqis..
Quote hayati_hassan 14-11-2014 09:48 AM
aku suka budah chomel nie
teringat time raya tahun lepas
dia berlakon dgn fauzi nawawi
kelakar tgk bila berzikir dekat telinga fauzi
budak nie memang berbakat besar
Quote lindarafee 14-11-2014 09:51 AM
malulah pelakon2 senior.
Quote CrowneGlory 14-11-2014 09:54 AM
Semoga tone down la poyo si mia tu.. Dah ada rival in her on class yg sgt layak bukan mengharap rupa comel tp kayus
Quote dekmieDandy 14-11-2014 10:00 AM
CrowneGlory posted on 14-11-2014 01:54 AM
Semoga tone down la poyo si mia tu.. Dah ada rival in her on class yg sgt layak bukan mengharap rupa ...

apelar cakap gitu kat budak kecik

budak lg kot~
Quote prettyuglybabe 14-11-2014 10:05 AM
harapnya pelajaran juga tak dilupakan
Quote CrowneGlory 14-11-2014 10:10 AM
dekmieDandy posted on 14-11-2014 10:00 AM
apelar cakap gitu kat budak kecik

budak lg kot~

Jgn main terjah ..dah ada forumer yg exposed ye..ramai pun yg ckp
Quote CrowneGlory 14-11-2014 10:11 AM
Hopefully balqis menang .. More awards for u darling..
Quote Blueberri 14-11-2014 10:16 AM
Innrukia posted on 14-11-2014 08:11 AM
aku rasa bdk ni lebih berbakat dr miasara tu

mia dah kekwat...
Quote bungaros 14-11-2014 10:16 AM
silampumeja posted on 14-11-2014 08:40 AM
miasara masa cite adam hawa pon bukan pandai berskrip sangat ...banyak diajar dari orang blakang..ba ...

mak dia masih ada la. mungkin yg dikata hampir dgn kisah dia tu psl parents dia berniaga di uptown mlm2. bila parents dia berniaga dia main2 dgn kawan2 kat situ. sama mcm dlm drama tu....ayah dia berniaga bundle di chow kit.
Quote Blueberri 14-11-2014 10:17 AM
CrowneGlory posted on 14-11-2014 10:10 AM
Jgn main terjah ..dah ada forumer yg exposed ye..ramai pun yg ckp

ada forumer cakap kat sekolah pun mia nih jenis kekwat kan...

Lihat semua komen(292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.079296 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top