CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Azwan Ali: Blogger Fitnah Saya Itu Tak Takut Rentung Dalam Neraka

21-11-2014 05:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14751| Komen: 41

Azwan Ali: Blogger Fitnah Saya Itu Tak Takut Rentung Dalam Neraka


KL, 20 NOVEMBER 2014: Bila Azwan Ali terlibat kontroversi sudah pasti kisah itu menjadi juara carta kisah paling panas dibincangkan dan tidak mungkin akan berakhir begitu sahaja.

Kisahnya yang bertudung menjadi viral sudah semestinya menjadikan ramai pihak terutamanya haters panas punggung melayan cerita yang sebenarnya fitnah menurut Azwan Ali.

Tiga keping foto di atas yang jelas menampakkan Azwan cuba menampilkan watak selebriti berhijab seperti Yuna, Fara Fauzana dan Neelofa itu bukanlah untuk mana-mana produk makanan seperti yang didakwa ramai, sebaliknya ia merupakan projek peribadi yang diputarbelitkan oleh pihak blogger yang tidak bertanggungjawab. “Kepada haters , biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.

“Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.

“Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.

“Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika ditemubual melalui telefon sebentar tadi.

Azwan juga kesal dengan komen yang diberikan dimana kesemua tuduhan yang dibuat tidak benar dan semua disebabkan fitnah pihak yang memang tidak senang hati dengan dirinya. Walhal lebih banyak pendedahan yang menampilkan golongan lelaki berpakaian perempuan serta bertudung di dalam filem serta di kaca televisyen.

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakprik 20-11-2014 04:56 PM
nak jugak kaitkan sharnaz kan...tetiba sebut sotong2...
Quote ThuLE 20-11-2014 05:21 PM
sotong femes skang.. sampai melonjak di pasaran (pasar)
Quote ladyrosberg 20-11-2014 05:36 PM
Yg penting tak hodoh??? Erkkkk....
highest level of confidence mu nyah..
Quote bambimo 20-11-2014 05:36 PM
Kan cerita suamiku en sotong tu kan viral harus lah dijadi rujukan
Quote musangcomel 20-11-2014 05:50 PM
kompom la dia berlakon je
takde maknanye dia kemaruk nak jd pompuan lalu pakai tudung
blogger2 tu nak naikkan trafik blog je
bertabah la baby aa
Quote Mary_jane 20-11-2014 06:05 PM
Baby Aa kn vass kebaboom. Igtkn dh slow down. Why bother? Why bother?
Quote enchikfitz 20-11-2014 06:07 PM
Pondan AA dan kebimboan berpisah tiada
Quote setokinpurple 20-11-2014 06:20 PM
Sharnaa jd sotong pon tdk la sampai pakai mcm perempuan... Dia gemalai je
Quote ALDRIN 20-11-2014 06:49 PM
X habis citer bapak kurita ni..brp bnyk thread dia nk kena Ada? Nexxxtttt..!!


Quote Lobos 20-11-2014 07:07 PM
Tapi kalau Aa sendiri yang rentung,mesti sedap nak makan.Kan ada banyak sesungut?

Last edited by Lobos on 20-11-2014 07:26 PM

Quote mizzmimi 20-11-2014 07:24 PM
Blogger fitnah ape? Ape cerita ni?
Quote hyie 20-11-2014 07:52 PM
pondan ni pon satu gigih ke hulu ke hilir kompang satu dunia pasal gambar dia bertudung tu..sape suruh? kena hencap dan2 maki hamun bagai...rilek2 sudah la nyah...rasa kesian tengok dia pon ada gak bila kena hencap kat fb dengan ummah caprut esp yang taktau dia bertudung untuk apa...yes, iklan terbaru Domino's Pizza!
Quote sepitsiput 20-11-2014 08:00 PM
yg kelakarnya, quote2 weols semua dlm porem ni pun dikarang cantik bloggers2 tu semua... gigih hencap azwan ali, tp x baca intipati story. meols kesian kt heshe sbb katanya boss domino marah dia lps gambar dia selfi time shooting jd hot kt social media.

to me, azwan ali seorg yg professional.
Quote sepitsiput 20-11-2014 08:02 PM
mizzmimi posted on 20-11-2014 07:24 PM
Blogger fitnah ape? Ape cerita ni?

blogger haprak sebar gambar n tuduh heols dah berhijrah bertudung ...x clear the site about why azwan pakai tudung. main taram je karang story supaya traffic naik... di share pulak oleh blogger2 BN yg mmg anti dgn azmin ali...so azmin kene tempias skali.

terbaru, smlm ada blog upload story "mizz nina kini hamil anak siapa?"  ..motif buat tjuk cengini? connotation nya sgt berbeza dgn tajuk "mizz nina kini hamil?" ... first statement tu dah bau2 fitnah.
Quote mizzmimi 21-11-2014 02:42 AM
sepitsiput posted on 20-11-2014 08:02 PM
blogger haprak sebar gambar n tuduh heols dah berhijrah bertudung ...x clear the site about why az ...

bodohnya blogger tu.. ai dah tengok gambar heols bertudung tu..

kan dia cakap nak buat iklan untuk dominos tu nak buat banyak watak..

blogger ni tau hentam je, bukan nak check betul-betul..


Quote mizzmimi 21-11-2014 06:16 AM
yang buat tajuk mizznina hamil anak siapa tu memang bongok ok..

mengundang fitnah sangat.. sah-sah dia tu bersuami.. eeii.. bongok sangat..
Quote tomet05 21-11-2014 09:15 AM
sotong gegak gempita
Quote helmeita 21-11-2014 12:21 PM
ha ha hahaha... aku rasa mula mula kemuncilannya dalam arena artis ni..tak de lah nyah..sebbb terlalu frust asyik kena rejecr je..... tu jd mcm ni.... aduh
Quote Suchi 21-11-2014 05:47 PM
ThuLE posted on 20-11-2014 05:21 PM
sotong femes skang.. sampai melonjak di pasaran (pasar)

telur sotong sedap sgt
rm35 sekilo

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.103753 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top