CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

"Aidit Terlalu Muda Untuk Saya" - Dynas

24-11-2014 10:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 30487| Komen: 86

"Aidit Terlalu Muda Untuk Saya" - Dynas



Tatkala selesa menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz, pelakon jelita, Dynas Mokhtar tidak dapat lari daripada digosipkan dengan kisah hubungannya bersama seorang model dan pemenang pertandingan HIMbyHatta, Ahmad Aidit Noh.

Peluang bersua dengan pengacara ini memberi kesempatan kepada Media Hiburan Online untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Apa yang boleh saya katakan, kami hanya berkawan dan tidak sampai ke tahap bercinta. Perkenalan kami bermula apabila Aidit banyak menjadi model untuk butik saya.

"Tambahan pula, dia banyak bertanya tentang selok-belok pernigaan kerana dia ingin memulakan jenamanya sendiri. Dia terlalu muda untuk saya, biarlah saya mencari lelaki yang lebih matang," jelas Dynas ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk rangkaian produk kesihatan, PhytoScience di Garden Theatre, The Garden Mall.

Ditanya mengenai kehidupannya kini, Dynas mengakui lebih banyak menghabiskan masa untuk diri sendiri selain dapat melakukan pelbagai aktiviti yang sebelum ini terpaksa dilupakan buat seketika.

"Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan saya. Sekarang, anak-anak pun sudah besar dan inilah peluang untuk saya menghabiskan masa untuk diri sendiri. Malah, saya berkesempatan membuat perkara yang tidak sempat saya buat dulu seperti mengambil lesen menyelam dan lain-lain," ujar Dynas yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul 'Fullhouse' yang bakal ditayangkan di Astro Ceria.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 22-11-2014 09:48 AM
bezanya ngan abby.... opsss...
Quote aezvogue 22-11-2014 09:59 AM
contoh ibu tinggal yg bagus..berdiri sendiri utk besarkan anak2..go go dynas
Quote Esmiria 22-11-2014 10:03 AM
Baguslah camtu.
Quote -electrifying- 22-11-2014 10:34 AM
tup tup bersama
Quote Suchi 22-11-2014 10:36 AM
jd duta yg produk MLM tu ehh
Quote Syd 22-11-2014 10:42 AM
dino posted on 22-11-2014 09:48 AM
bezanya ngan abby.... opsss...

abby unik.

itu bezanya abby
Quote amiraira 22-11-2014 10:51 AM
Kalau suka sama suka
Apa la salahnya kn
Ingat jodoh kita dh ditentukn
Quote dino 22-11-2014 10:52 AM
Syd posted on 22-11-2014 10:42 AM
abby unik.

itu bezanya abby

bkn unik tu syd.... tu tak tau malu.... at least simpan dlm kocek bab2 ni....
sorry to say kekadang aku tgk yg tak bertudung tu lebih mulia dr yg bertudung labuh sampai ke tumit tp hubungan manusia tak jaga.....
cth biasa yg dok ngutuk retis tak ingat dunia tu stok2 camtu aaa.....  
Quote bambimo 22-11-2014 10:55 AM
Takkot...poket si aidit ni terlalu nipis utk tanggung mantainence saya
Quote munchkin 22-11-2014 10:57 AM
oh gitu. moga berbahagia dengan hidupan sekarang.
Quote Syd 22-11-2014 11:00 AM
dino posted on 22-11-2014 10:52 AM
bkn unik tu syd.... tu tak tau malu.... at least simpan dlm kocek bab2 ni....
sorry to say ke ...

orang2 yang bertudung menutup aurat jahh
yang mampu nasihatkan orang2 yang tak sempurna katanya



Quote sashin 22-11-2014 11:00 AM
errr...cam lembut2 je si aidit ni...
Quote orglama 22-11-2014 11:03 AM
Bff jer...xder makna budak tu nakkan si dynas
Quote m2506 22-11-2014 11:17 AM
ELOK LA...HAPPY2 KAN LA DIRI SENDIRI DLU...
Quote LembingDayanti 22-11-2014 11:19 AM
budak ni 20 tahun kan? spesis budak lelaki sekarang cari org tua tak kira lelaki ke perempuan janji dapat duit dapat iphone6 kah kah kah. inilah budaknya :p
Quote Aneem 22-11-2014 12:16 PM
Dunia dh terbalik..
kalau dulu perempuan snggup cr sugardaddy..
Skrg lelaki lak snggup buat ape je utk dptkan kesenangan hidup..
Quote cmf_premierleag 22-11-2014 12:23 PM
DM ni mmg anak org kaya
Umah parents dia banglo besar siap dgn swimming pool bagai lg
Harap dynas jgn pilih lgsg hanak hekan yg nak amik kesempatan di atas kekayaan keluarga dynas
Hanak hekan ni sume mcm hanjeng..malas keje..nak hidup senang, so pilih pompuan berumur
Quote idril 22-11-2014 12:25 PM
Dynas ni dulu cantik kemain. Skang ni dah kusam kot dah x cantik sgt.
Quote noell 22-11-2014 01:22 PM
dino posted on 22-11-2014 09:48 AM
bezanya ngan abby.... opsss...

hg tidoq pun mesti ratib nama abby kan??? bini tak ngamok ka??

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.181702 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top