CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mia Sara Hipokrit

27-11-2014 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 60605| Komen: 456

Mia Sara Hipokrit


Bukan main berkerut lagi muka teman Cik Pang baru-baru ini membaca kenyataan pelakon kanak-kanak, Mia Sara mahu mencontohi kejayaan rakan seperjuangannya, Puteri Balqis menang Pelakon Wanita Terbaik di majlis Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.


Dalam artikel disiarkan akhbar harian itu, Mia mengakui turut mengagumi Balqis dan bangga deÂ-ngan kejayaan diraih rakan seangkatannya.
Cik Pang pun menegur teman itu tadi, mengapa sampai berkerut wajah membaca kenyataan Mia Sara. Lantas dengan nada kedeÂ-ngaran marah, dia menjawab tidak sangka pelakon cilik itu kini pandai hipokrit.


Cik Pang ternganga mendengar kata teman itu tadi dan menegaskan mengapa harus berkata begitu, bukankah Mia masih kanak-kanak? Budak-budak manalah pandai hendak bersikap hipokrit sebab mereka tidak pandai berbohong dan menyimpan perasaan. Itu kenyataan dan disahkan pakar psikologi.



Namun kata teman itu tadi, dia pernah tengok bagaimana Mia melayani Balqis sebelum ini sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi.
Waktu itu Balqis hanya pelakon tambahan. Mengenali sikap semula jadi budak-budak, kata teman itu tadi, tentu mereka akan cepat 'klik', tetapi Mia langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis.


Kata teman itu lagi, dia masih ingat apabila ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis, dia menolak deÂ-ngan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.


Wah, betulkah begitu ceritaÂ-nya? Namun pada Cik Pang, teman itu tidak perlu ambil hati sangat mengenai sikap Mia terhadap Balqis sebab budak-budak memang kuat buat perangai.


Namanya pun budak-budak, fikiran belum matang. Kadangkala kita yang tua ini pun perangai buruk lebih teruk berbanding budak-budak.


Begitupun, kejayaan Balqis memberi semangat kepada Mia adalah perkara positif. Diharap mereka akan sama-sama membesar dan menjadi pelakon terbaik yang industri perfileman tempatan pernah ada.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliez 26-11-2014 06:32 PM

Jadi pelakon kanak2 pun ada tekanan juga .. so kesian
Quote Syd 26-11-2014 06:32 PM
curlast ko dikkkk

kekecik dah DIVA
Quote cintalara 26-11-2014 06:34 PM
Jadi?   
Quote martiena 26-11-2014 06:34 PM
aik mcm cite Balqis yg Erma arahkan jer .......
Quote lasagnaklcc 26-11-2014 06:35 PM
Kalau bdk biasa normal la pilih2 kwn. Tapi ayat mia sara tu blh tahan kekwat
Quote aderaderker 26-11-2014 06:35 PM
Kesiannya bebudak neh..
Hipokrit pun x reti nak eja lagi kut..
Quote doubleA 26-11-2014 06:38 PM
tapi iols lagi suka balqis punya lakonan dari mia.

wajar sangat dia menang, pandai menghayati watak betul budak tu.
Quote honeybee1802 26-11-2014 06:39 PM
Adoi la mocit..kekecik ko dah nak gosip dak ni?dah la mia baik hang pi concerntrate blaja..
Quote gelenyah 26-11-2014 06:40 PM
Teringat ada satu babak dalam cerita Balqis tuh.

"Aku ni artis! Kau tu ekstra!"
Quote beta_carotene 26-11-2014 06:41 PM
lakonan Mia Sara semua tak mencabar
jadi budak manja, buat suara kiut2

Balqis CV lakonan sheols sangat impressive
- drama Balqis
- telemovie Aku tahu
- Saloma biopic
- drama yang jadi anak Rosyam Nor
- drama Pelarian
- etc etc

so tak layak dicompare langsung!!
Quote mommymonster82 26-11-2014 06:42 PM
Hahaha so dah tahulah saper retis kekanak yg kekwat dlm citer balqis tu..

Tp ntah knpa me xdelah nk suka agt dia ni.. Tmbah2 da besar ni lg kurg comelnya...
Quote mommymonster82 26-11-2014 06:43 PM
beta_carotene posted on 26-11-2014 06:41 PM
lakonan Mia Sara semua tak mencabar
jadi budak manja, buat suara kiut2


Setuju sangat2...
Quote gticute 26-11-2014 06:43 PM
Bodohnya gossip. Dah takde retis dewasa kut pasal hal remeh temeh budak pun nak diperkatakan. ini bukan budak belasan tahun. So sick boleh berkata budak hipo siap si pengossip boleh naik marah bagai. Sick people.
Quote brookemcqueen 26-11-2014 06:44 PM
Dekat sekolah pun dengarnya mia ni diva...tak cantik dia takmo kwn...huhu


Btw siapa kata budak tak pandai menipu niiii...tolonglah buat kajian semula
Quote freakyskinny 26-11-2014 06:46 PM
cian budak2 jd permainan dunia hiburan
Quote Orix 26-11-2014 06:49 PM
Syd posted on 26-11-2014 06:32 PM
curlast ko dikkkk

kekecik dah DIVA

hahahaha.. kalah diva AA
Quote JoyahJay 26-11-2014 06:50 PM
Alahai siannya kecik2 dah kene gossip.biarkan sajalah.budak kecik.bukan ada akai pun
Quote kaseh80 26-11-2014 06:51 PM
mia sara harap cute je


balqis truly talented and gifted
Quote mokcikKSKB 26-11-2014 06:51 PM
Drama queen in da making gitu.kesian kecik2 dh ada pangai x semenggah..dah besar xtaulah mcm mana.

Lihat semua komen(456)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041916 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top