CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Diana Amir Sudah Mengandung

1-12-2014 04:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20049| Komen: 64

Diana Amir Sudah Mengandung


Selepas setahun membina mahligai kasih bersama suami tercinta, akhirnya pasangan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah A Rahman, 27, akan menimang cahaya mata sulung mereka sekitar Februari 2015.

Kini, Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 28, sarat mengandung enam bulan. Pun begitu, dia masih aktif dengan pelbagai aktiviti seni dan program motivasi. Bersua Diana di pusat penyiaran TVAlHijrah (TVAH) baru-baru ini, Diana kelihatan cukup cergas biar pun keadaan dirinya semakin berisi. Katanya, dia kena aktif dan tak boleh duduk diam.

"Sepanjang mengandung sekarang, saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak membuat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah diibuatnya.
"Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula rasa mual macam hendak muntah.
"Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan alhamdulillah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif," kata Diana.


Terpaksa pilih watak sesuai


Meskipun dilihat seperti sudah 'menyepi diri' dalam industri seni, Diana masih aktif berlakon. Cuma dia agak memilih watak yang
sesuai.

"Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Cuma sekarang lakonan bukanlah keutamaan. Apapun saya akan muncul dengan drama Cinta Ilahi untuk slot Zehra di TV3 tidak lama
lagi.

"Dalam drama ini, saya bergandingan dengan pelakon Johan Asaari. Bahkan ketika penggambaran itu, saya sudah mengandung
tiga bulan.

"Namun, mujur perut tak nampak dan saya pun banyak memakai jubah ketika penggambaran," katanya berehat seketika daripada mengacarakan program Semangat
Intelek Swadaya atau SIS di TV9.


Diana yang turut berlakon drama Titian Ombak di TVAH berkata, dia bersikap memilih kerana bersebab. Ujarnya selain diri kini hamil, dia perlu memilih watak mengikut imejnya yang berhijab. 
Menurut Diana lagi, suami cukup memahami kerjayanya dalam bidang seni dan tidak pernah menghalang untuk dia terus aktif. Cuma katanya, dia harus bijak membahagi masa.

Bakal timang cahaya mata perempuan Tidak berselindung mengenai jantina cahaya matanya, Diana yang kelihatan berseri-seri meskipun sarat mengandung berkata, dia dan suami akan menimang cahaya mata perempuan.

Katanya, dia teruja menantikan kelahiran bayi itu dan mereka suami isteri juga tidak pernah menyimpan impian untuk jantina anak. 

"Sama ada bayi perempuan atau lelaki, saya dan suami menerima dengan hati terbuka apa saja jantina zuriat dianugerahkan Tuhan. Pada kami, apa yang penting Tuhan sudah memakbulkan doa untuk menganugerahkan zuriat pengikat kasih dibina. 

Itu sudah membuatkan kami sangat bersyukur.

"Bahkan, saya juga berharap dipermudahkan Tuhan dalam proses kelahiran nanti. Semoga semuanya berjalan lancar," katanya.

Diana yang kini aktif memberi ceramah motivasi di universiti tempatan berkata, dia juga terbabit untuk satu slot untuk program realiti Islamik kanak-kanak, Adik-Adikku di
RTM.

Kata pelakon filem Salam Cinta ini, dalam program itu, dia akan terbabit untuk penggambaran satu slot untuk mengajar bahasa Inggeris kepada peserta.

Bakal muncul dengan filem baru Raya Aidil Dan Fitri di pawagam tahun depan, Diana juga berkata, dia akan tamat kontrak dengan syarikat pengurusan MIG Talent yang diikat selama lima tahun pada Februari 2015 nanti.

Turut aktif mengusahakan perniagaan busana Muslimah secara dalam talian (online), Diana berkata, setakat ini sambutan diterima sangat menggalakkan. Katanya, tekad dia akan terus
berniaga.

Berbicara juga mengenai pengalaman ketika hamil, Diana berkata, dia mengalami alahan teruk pada awal kandungannya. Ujarnya, dia pernah tidak boleh makan apa-apa.

Namun katanya, sekarang semua sudah OK dan tiada masalah lagi. Bahkan selera makan pun ujarnya semakin bertambah.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makton 25-11-2014 09:10 AM
alhamdulillah.. tahniah buat diana & suami
Quote malaywood.NET 25-11-2014 09:15 AM
Ntah nie yah lah..
Quote tanak-balik 25-11-2014 09:15 AM
tahniah la...suka ngn diana ni jgk..kurg kontroversi..
Quote munchkin 25-11-2014 09:18 AM
Tahniah diana dan pasangan
Quote edoraixora 25-11-2014 09:25 AM
Ingat diana mane tadi
Tahniah diana n suami
Quote zameyla 25-11-2014 09:29 AM
tahniah...
Quote haruslah 25-11-2014 09:30 AM
igtkn diana lokman (errr betul ke lokman, fil serap muslim)
Quote fatehana 25-11-2014 09:31 AM
Tahniah buat diana dan suami
Quote mijaa 25-11-2014 09:40 AM
ohh mengandung dah. syukur.
Quote katakau 25-11-2014 09:48 AM
tahniah..semoga selamat semuanya..
Quote chinta89 25-11-2014 09:51 AM
ingatkan Diana Danielle mengandung lagi.. rupanya Diana lain..
Quote xtw 25-11-2014 10:00 AM
chinta89 posted on 25-11-2014 09:51 AM
ingatkan Diana Danielle mengandung lagi.. rupanya Diana lain..

hahhaa, aku pun same..
tp terpikir jgak diana rafar ke...
Quote lucky_peace 25-11-2014 10:00 AM
tahniah diana amir~~
Quote mokngoh 25-11-2014 10:12 AM
tahniah diana...
Quote rozza 25-11-2014 10:15 AM
tahniah lerrr
Quote kenarihitam 25-11-2014 10:16 AM
Tahniah diana
Quote de_ikea 25-11-2014 10:18 AM
Tahniah diana. Semoga dipermudahkan ya.
Quote estrelle 25-11-2014 10:21 AM
ingatkan diana rafar
Quote helmeita 25-11-2014 11:05 AM
tahniah.....

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.162157 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top