CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru

3-12-2014 03:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14043| Komen: 54

Raja Azmi Akui Sudah Temui Cinta Baru





KUALA LUMPUR , 3 DIS 2014: Setelah bercerai kali kedua dengan Mohd Eddie Ghazali, produser Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, akui kehidupannya kini lebih tenang setelah menemui cinta barunya iaitu cinta kepada Allah.

Raja Azmi yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mi berkata dia kini lebih bahagia apabila masanya lebih banyak diluangkan dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.

"Alhamdulillah, Kak Mi kini teruskan hidup seperti biasa. Pengalaman kedua bercerai ini membuatkan Kak Mi lebih redha dan kini lebih tenang berbanding penceraian kali pertama dahulu.

"Kalau dulu rasa kesunyian dan sebagainya tetapi kali ini Kak Mi lebih senang terima kenyataan.

"Malah kini Kak Mi sudah temui cinta baru atau cinta sebenar iaitu cinta Kak Mi kepada Allah.

"Kak Mi mahu muhasabah diri dan dekat dengan Dia kerana d isitu Kak ami temui ketenangan sebenar. Lebih-lebih lagi di penghujung usia begini,"katanya kepada murai.com.my yang ditemui selepas pelancaran TV Pengguna di Hotel De Palma, Ampang semalam.

Kak Mi dan Eddie telah pun sah bercerai pada 11 November lalu, setelah rumahtangganya bergolak dan tidak dapat diselamatkan sejak beberapa bulan sebelum itu.

Bercakap mengenai hubungannya dengan bekas suaminya itu, Kak Mi memberitahu hubungan mereka sangat baik dan selesa untuk berkawan.

"Kami masih lagi berhubung dan Kak Mi nampak kami lebih senang bila menjalinkan hubungan sebagai kawan.

"Malah kami sekarang sedang cuba mengambil kesempatan dalam tempoh edah ini untuk bermuhasabah diri dan Kak Mi sendiri tidak berani untuk berkata apa-apa tentang masa hadapan kami dan hanya berserah kepada Allah," luahnya lagi.

Eddie yang popular dalam kumpulan CRK dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.



Credits: murai.com.my

2

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 3-12-2014 11:56 AM
Ok..noted..so next!!!
Quote fuzzyfuzzy 3-12-2014 11:59 AM
Bagusla kak mi oii..
About time pon ko kembali ke jln Allah..
Lgpon umur da senja..
Quote ninjago 3-12-2014 12:00 PM
good for u kak mi!
Quote lindarafee 3-12-2014 12:03 PM
terkejut. ingatkan betol2 dah jumpa pengganti. cepatnye. Alhamdulillah
Quote prettyuglybabe 3-12-2014 12:08 PM
umur-umur macam tu patutnya fikiran dah tenang
dari mikir masalah laki, baik habiskan masa dengan anak-anak dan cucu-cucu
Quote asampodeh 3-12-2014 12:09 PM
amboihhhh tajuk bikin gempak... tergezut mak..

bgs la nek mi.. dktkan diri pada Allah
alhamdulillah..
Quote gula_tebu 3-12-2014 12:11 PM
ok. kakmi takmo galok-galok gedik-gedik lagi tau. alhamdulillah sedar diri dah kata dah tua
Quote kokocrunch 3-12-2014 12:12 PM
Alhamdulillah..tue yg sebaik2nya
Quote ekmal_sorrow 3-12-2014 12:12 PM
ada lagi ke org nak kat kertu porn ni?
Quote sepitsiput 3-12-2014 12:13 PM
finally, jumpa juga 'kekasih abadi'

tp apsal kelibat kak mi kt luar khabarnya berdasarkan sumber2 meols hanya berselendang nipis? kenapa x bertudung betol2?
Quote fiezameysekali 3-12-2014 12:15 PM
akhirnye matang jgk die jwb soklan

bgus kak mi.. bukan da tua je igt Allah hat muda2 pon kene sntiasa ingat Allah
Quote kaklehot 3-12-2014 12:17 PM
jgn meroyan lagi udh ler ye kak mi...
Quote tomet05 3-12-2014 12:21 PM
jangan la meroyan sangat ye dak ..
Quote eternity78 3-12-2014 12:30 PM
alhamdulillah~ harap ini bukan satu lagi lakonan ye
Quote doubleA 3-12-2014 12:39 PM
itula yg sebaik2nya kakmi
Quote Imel88 3-12-2014 12:45 PM
tahniah kak Mi
Quote mawar_pink 3-12-2014 12:48 PM
Alhamdulillah..umur pon dh senja..tumpukan kat amal ibadat jer..
Quote miss_baby 3-12-2014 12:49 PM
cantik dia pakai tudung
Quote haryatie 3-12-2014 12:52 PM
betul tu ....itu sebaik baik nya..
Allah tk pernah meninggalkan hambanya..

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.205558 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top