CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Che Ta Dilihat Langgar Pantang-Cakap Tak Serupa Bikin

8-12-2014 12:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 44098| Komen: 344

Che Ta Dilihat Langgar Pantang-Cakap Tak Serupa Bikin 


Tahniah Diva ucapkan kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak yang baru sahaja dianugerahkan cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Ozlyn. Lama juga Johan dan Ozlyn menunggu untuk menimang anak perempuan.

Apa tidaknya, sebelum ini pasangan berkenaan sangat berharap dikurniakan anak perempuan selepas ketiga-tiga permata hati mereka adalah lelaki.

Bila dah buka cerita pasal artis bersalin, baru-baru ini Diva berkesempatan bertemu dengan teman baik Diva yang menetap di Batu Pahat, Johor. Lama sudah kami tidak berjumpa sejak kawan baik Diva yang mahu dikenali sebagai Sally itu berkahwin.

Kata Sally, ketika dia sedang memilih beg tangan koleksi terbaharu jenama Coach di Johor Premium Outlets (JPO) di Johor Bahru Jumaat minggu lalu, dia terserempak dengan aktres popular, Che Ta bersama suami dan anaknya.

Amboi, makan hati Diva dengar. Mana tidak cemburu, Sally memberitahu, dia saksikan dengan mata apabila pasangan selebriti popular itu sedang asyik membeli-belah di salah sebuah kedai berjenama di JPO. Tapi yang Diva hairan bukankah Che Ta baru sahaja bersalin dan sedang dalam pantang?

Kata Sally lagi, Che Ta yang ditemui pada ketika itu memakai skirt pendek dan stokin panjang sambil sedang seronok berjalan-jalan di JPO pada waktu tengah hari. Amboi, bukan main lagi Che Ta!

Terdiam Diva saat Sally bercerita pasal aktres berusia 41 tahun sedang gigih membeli-belah walaupun sedang dalam pantang.

Sebelum ini, beria-ria mahu berpantang untuk tidak keluar rumah selama 45 hari bagi mengembalikan kecantikan tubuh badannya.

Apa sudah jadi, baru masuk hari ke-28 melahirkan anak sudah keluar ‘bershopping’. Mana perginya azam nak berpantang sebulan lebih tu.


Bagi Diva, janganlah ikutkan nafsu sangat. Walaupun perasaan sedang meluap-luap, tetapi kesihatan kena jaga dik oi. Kang tak pasal-pasal kena tahan wad, siapa yang susah nanti. Bukan ke Mr. Zain yang pening kepala nanti.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakau 7-12-2014 09:57 AM
err..dasar sangat wartawan takde gosip lain..biar ler orang tue nak kuar ker ape..badan dia..sebok sangat hal org..booo..
Quote katakau 7-12-2014 09:58 AM
anyway semalam iol g wangsa walk ternampak johan ngan ank dia yg no3 kot..kiut btol anak dia..muka chinese..
Quote stryder_cats 7-12-2014 10:06 AM
Ntah2 pelanduk 2 serupa tak...
Quote cemolot 7-12-2014 10:08 AM
ntah2 fonen yang serupa che ta tu

Quote maxim 7-12-2014 10:08 AM
Hekeleh..habis modal dh nak ngutuk
Quote de_ikea 7-12-2014 10:08 AM
takde gambo ke cik sally?
Quote fossil 7-12-2014 10:09 AM
Dengki ke wartawan ni
Quote chinta89 7-12-2014 10:13 AM
katakau posted on 7-12-2014 09:57 AM
err..dasar sangat wartawan takde gosip lain..biar ler orang tue nak kuar ker ape..badan dia..sebok s ...

wartawan semua nak sibuk.. kalau dia jatuh sakit pun, laki dia yg tough gigih tayang badan tu kan ade nk angkat dia, jaga dia?
Quote mommymonster82 7-12-2014 10:14 AM
Diva penyibuk....
Quote achik2009 7-12-2014 10:16 AM
cemolot posted on 7-12-2014 10:08 AM
ntah2 fonen yang serupa che ta tu

agaknya la kot?....
Quote Suchi 7-12-2014 10:36 AM
che ta dah lebih sebulan kan beranak?
tp kalo betul dia kuar, still gak dia pkai stokin panjang cuma
mcm ntahlah sbb setahu iols che ta mmg disiplin bab pantang nih dia gak dulu bgtau amalan mak dia mmg berpantang nih
tu gaklah rahsia keremajaan dan kelangsingan che ta.
Quote Suchi 7-12-2014 10:42 AM
cemolot posted on 7-12-2014 10:08 AM
ntah2 fonen yang serupa che ta tu

tapi org tu katanya nmpk cik ta ngn pasangan maksudnya tak kan pondan tu jln ngn zain pulop huhu

satu lg rozita ni pndang ke henbeg kt JPO tu? rasa kalo dia nk soping beg mesti beli kt obersi punya.
Quote sitisepah 7-12-2014 10:51 AM
Che ta punya umur memang x lajak2 ke..
Quote cemolot 7-12-2014 10:57 AM
Suchi posted on 7-12-2014 10:42 AM
tapi org tu katanya nmpk cik ta ngn pasangan maksudnya tak kan pondan tu jln ngn zain pulop huhu
...

maybe bf fonen tu pun operate sekali bagi rope zain.. terus feeling couple jenta tiruan..

kalau ye pun che ta jalan kat jpo tu cari henbeg, maybe beli hadiah untuk kahwin sedara mara kot
Quote Suchi 7-12-2014 11:03 AM
cemolot posted on 7-12-2014 10:57 AM
maybe bf fonen tu pun operate sekali bagi rope zain.. terus feeling couple jenta tiruan..

kalau ...

haha kemain pastilah doc tu begitu hebat blh duplicate rupa pasangan terkenal di dunia ini.

satu lg katanya bawak ank skali, ank yg mana satu tak taulah kan.


nk tau betui ke idok kenalah tnya tuan punya badan
takut si pembawak cerita je yg memandai2.
kena ade bukti bergambo barulah bleh nk percaya.
Quote bungarose 7-12-2014 11:06 AM
Cikta yg bpantang reporter plak yg riso melebih2
Quote cemolot 7-12-2014 11:08 AM
Suchi posted on 7-12-2014 11:03 AM
haha kemain pastilah doc tu begitu hebat blh duplicate rupa pasangan terkenal di dunia ini.

sat ...

tulah kak. reputs ni ade je yang tak kena. nyampah. ntah2 mata kero ke hape.. harap che ta respons
Quote daiman 7-12-2014 11:10 AM
apa sebab dalam pantang tak leh bejalan2 eh..? aku musyikil kat situ
Quote blairchuck 7-12-2014 11:10 AM
Che ta ni selamanya ke umur41

Lihat semua komen(344)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047573 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top