Rahim JALUR bersuarakan isu MONYET pakai baju melayu Minggu lalu salah seorang juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2014, Datuk Jalaluddin Hassan memberi teguran ‘pedas’ terhadap kumpulan Jalor yang dilihat mempersendakan baju rasmi kebangsaan iaitu Baju Melayu. Teguran tersebut memberi impak kepada kumpulan Jalor yang turut diumum antara tiga kumpulan yang mendapat undian terendah. Lebih teruk mereka turut dibidas di laman sosial media selepas dilihat tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Menurut Rahim atau nama sebenarnya Rahim bin Mat Ali, ahli kumpulan Jalor sedia menerima dan akur dengan teguran yang diberikan oleh Datuk Jalaluddin Hassan mengenai isu tersebut dan sedia mengakui kesilapan mereka. “Saya, Joey dan Along mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan persembahan kami minggu lalu yang melibatkan Baju Melayu sehingga ditegur oleh Datuk Jalaluddin Hassan. Kami akur dan terima kritikan tersebut dengan hati yang terbuka. “Kami tidak bermaksud cuba menimbulkan kontroversi atau memburukkan imej baju kebangsaan kita. Datuk Jalaluddin lebih berpengalaman dalam industri seni tanah air dan selaku juri beliau mempunyai pandangan yang berbeza, sama juga dengan penonton dan peminat. Ada juga yang memberi komen positif selepas persembahan kami malah tidak dinafikan ada yang sokong dengan teguran barisan juri. “Kami ambil ini sebagai panduan untuk lebih berhati-hati dan lakukan yang lebih baik di minggu hadapan. Insya Allah minggu ini Jalor cuba buat yang lebih baik dan elakkan dari berada di zon bahaya iaitu penyingkiran,” ujar Rahim ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi. Dalam pada itu, Rahim turut menjelaskan tema mingguan yang diberikan untuk MLM edisi kali ini agak sukar dan perlu lebih berhati-hati dalam menghasilkan sesebuah idea. “Tema mingguan MLM edisi kali ini agak sukar kerana skop yang terlalu kecil. Contoh tema Retro dua minggu lalu sukar dan bukan mudah untuk membentuk sebuah persembahan dengan ‘punchline’ yang menarik. Kami cuba sedaya upaya untuk buat terbaik untuk tidak mengecewakan peminat program MLM dan kumpulan Jalor. “Kami akui dua minggu kebelakangan ini persembahan kumpulan Jalor agak merundum dan kami berusaha mencari kesesuaian idea untuk dibawa ke pentas MLM untuk minggu ini. Insya Allah kami akan tampil dengan persembahan lebih mantap dan berkualiti,” tambah Rahim lagi mengakhiri perbualan.
|
AshkieLa posted on 16-12-2014 03:40 PM
bukan ke dah terkeluar kumpulan Jalor ni?
rasanya Jalor ni jadi tak best bila ada antara ahli ...
4cupcakes posted on 16-12-2014 04:10 PM
minggu monyet tu mmg tak best.. memang wajar dikritik... tapi minggu lepas.. memang AWESOME! {:1_513 ...
freekey posted on 16-12-2014 09:14 PM
shiro ciplak idea apa plak?
ADVERTISEMENT