CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Shiro Dan Virus Tenggelam Timbul, Perlu Usaha Keras– Datuk Jalaluddin Hassan

16-12-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9369| Komen: 21

MLM 2014: Persembahan Shiro Dan Virus Tenggelam Timbul, Perlu Usaha Keras– Datuk Jalaluddin Hassan





Juri dan juga pengkritik tetap program Maharajalawak Mega 2014, Datuk Jalaluddin Hassan akui mengambil serius dalam menilai persembahan setiap kumpulan kerana ianya melibatkan wang kemenangan sebanyak RM500,000.


Menurut Datuk Jalaluddin Hassan, barisan pihak juri mahu setiap peserta memberikan persembahan lawak yang berterusan dan luarbiasa walaupun terpaksa menghadapi tema yang mencabar setiap minggu.

“Ingin saya tekankan penjurian kami  sangat serius kerana ini melibatkan wang kemenangan sebanyak RM500,000. Jadi kami barisan juri dan saya percaya para penonton mahukan persembahan lawak yang berterusan dan luarbiasa.

“Walaupun sukar untuk buat persembahan dalam masa empat minit, tapi itulah cabaran yang mereka harus terima dan lalui. Maharajalawak Mega sebuah program yang eksklusif, jadi mereka perlu berikan apa yang penonton mahu.


“Apapun  minggu kelima sungguh menghiburkan berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya.  Lebih istimewa ada kumpulan yang menerima lima bintang buat pertama kalinya. Contoh persembahan oleh kumpulan Comey menerusi perwatakan mereka, penggunaan lagu yang cukup menarik dan cukup cantik. Komedi mereka berterusan dari awal sehingga akhir.

“Kumpulan begitu yang kita cari dan harapkan.  Walaupun ada beberapa kumpulan seperti Virus dan Shiro cuba bangkit, saya rasa okay namun lawak mereka seperti tidak konsisten  atau tenggelam timbul. Ianya menghilangkan minat atau fun untuk menonton. Saya harap mereka berusaha keras supaya lawak mereka tidak tenggelam timbul,” ujar Datuk Jalaluddin.

Dalam pada itu, Taufik Batisah turut tidak menolak tema Bebas memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk tampil dengan persembahan yang cukup hebat dan terhibur.

“Saya rasa persembahan setiap kumpulan minggu kelima memang menghiburkan. Mungkin kerana tema Bebas.

“Walau bagaimanapun saya harapkan mereka dapat kekalkan momentum seperti ini kerana minggu keenam pelawak bakal berhadapan dengan tema Muzikal. Sebuah tema yang cukup menarik dan saya memang nanti-nantikan,” jelas Taufik ringkas.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_kembong 15-12-2014 05:23 PM
virus mmg tak best...
Quote sepitsiput 15-12-2014 05:46 PM
Bg peluang ler kat pelawak2 baru plak kumpul peminat..klu asyik2 org yg sama je sampai bila industri nk bkembang. Inilah jadinya bila matlamat nk menang 500k tu lebih dr kejujuran nk hiburkn org. Lama2 org pun naik jemu.
Quote cik_tonggek 15-12-2014 06:26 PM
virus tu geng pakyus eh
Quote Parit.Hilton 15-12-2014 06:55 PM
aku mmg dah lama meluat dengan zizan. masuk MLM ni dengan Jambu pulak.

lagi la haru.
Quote ladyxez 15-12-2014 07:23 PM
Go zero n bocey
Quote hzln 15-12-2014 07:33 PM
kesampahan apakah ini? meroyan bukak byk2 benang isu picisan pasai MLM nih?
Quote tomet05 15-12-2014 09:53 PM
memang x best pun virus kan
Quote toxicated 15-12-2014 09:55 PM
Ko dah kenapa nak bukak thread utk semua peserta ke..jom la hencap kt thread maxim td tu je..
Quote tagas 16-12-2014 04:18 PM
Muak tgk ziazang..tu yg membuatkan virus tak best..then tgk mamat muka [email protected] tahap muak nye..
Quote shizikato 16-12-2014 04:26 PM
tk minat ngn virus ...jemu tgk zizan ngn aksi gedik2..
Quote hanahani 16-12-2014 04:30 PM
ANYONE SIAPA YANG TAHU CAMNE NK DAPAT PAS MASUK KE MLM NI
Quote Gospodinkvic 17-12-2014 11:01 AM
Virus memang out, tak lawak langsung.....
bagus jambu saja masuk ....
Quote wookiehoney 17-12-2014 11:03 AM
virus elok tenggelam jangan timbul dah
Quote AshkieLa 17-12-2014 11:20 AM
saperlaa yg dok undi virus ni.. dr 1st week x best kot. Lawak diaorg mcm ari jumaat petang tu bru latih sama2...
dulu time jambu je..ade gaklaa yg lawak especially time silent comedy. Tak boleh tengok Zizan kinja2 cam org tak tahan nak kencing...
Shiro.. mungkin sbb Shahrul tu dh xde idea. Sepahtu pun dh kureng... diorg ni patut rehat dulu dr rancangan ni memandangkan diorg dh juara tahun lepas. Rehat...cari idea2 fresh... lain kali baru masuk balik. Hope kali ni Bocey juara, Zero 2nd...
Quote cik_kembong 17-12-2014 11:23 AM
Bocey akan lebih best kalau acey tu kuragkan terjerit2... abam dgn fad dah ok..
Quote cik_kembong 17-12-2014 11:23 AM
sepahtu pon bosan...asyik lawak bertekak je....macam dah tak de idea lain..
Quote starbee 19-12-2014 11:42 AM
cik_kembong: Bocey akan lebih best kalau acey tu kuragkan terjerit2... abam dgn fad dah ok..


acey mmg style gitu... kalau x jerit suara tak keluar kot...
Quote tengokjerrr 19-12-2014 11:54 AM
sepahtu tu tak bleh ke melawak tak menjerit .. cakap elok2 biasa2 mcm zero .. org leh gelak per.
Bocey pon dah start jerit2 ... k la masih relevan sbb kelakar tapi x perlulah smpai jerit2 kat muka kawan.

Virus ... mmg tak best .. elok Jambu ajer berdua.
Shiro ... lawak dah x best .. balik2 ulang jadi bangla.
Quote epalgebuu 19-12-2014 12:25 PM
tengokjerrr posted on 19-12-2014 11:54 AM
sepahtu tu tak bleh ke melawak tak menjerit .. cakap elok2 biasa2 mcm zero .. org leh gelak per.
Bo ...

bocey tu yg menjerit tu acey kan.. bingit wei..

tp bocey klaka la..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.044850 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top