CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jalor Paksa Datuk Jalaluddin Naik Ke Atas Pentas

16-12-2014 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14867| Komen: 48

MLM 2014: Dua Kumpulan Tersingkir, Jalor Paksa Datuk Jalaluddin Naik Ke Atas Pentas




Penuh kejutan! Berakhir sudah pentas minggu kelima program Maharaja Lawak Mega 2014 sebentar tadi dengan persembahan yang cukup hebat oleh para peserta  selain keputusan dua penyingkiran yang mengejutkan.

Dengan bertemakan Bebas, 12 kumpulan berjaya memukau para penonton persembahan yang cukup hebat dan ‘punchline’ bernas. Antara persembahan hebat yang menjadi tumpuan para penonton dan barisan pihak juri adalah daripada kumpulan Comey, Nabil, Shake dan Zero.

Namun kejutan berlaku Datuk Jalaluddin Hassan dengan secara tiba-tiba naik ke atas pentas untuk memberi komen kepada kumpulan Jalor yang dianggap kembali menunjukkan peningkatan selepas dihentam teruk oleh  Datuk Jalaluddin Hassan sendiri pada minggu lalu.

Lebih mengejutkan, buat pertama kali kumpulan seperti Zero dan Nabil menerima pungutan lima bintang menerusi sketsa hebat mereka.


Dalam pada itu, satu berita sedih apabila kumpulan Sepahtu terpaksa melupakan aksi salah seorang kumpulan mereka iaitu Ilya Senario selepas terpaksa menarik diri terus dari program MLM 2014 apabila berhadapan dengan masalah kesihatan.

Persembahan keseluruhan minggu kelima program MLM 2014 menyaksikan peningkatan yang dinantik-nantikan barisan pihak juri dan para penonton berbanding minggu sebelumnya.

Walau bagaimanapun, perjuangan kumpulan Eksoz dan Wala berakhir di minggu kelima selepas menerima undian terendah. Malah kumpulan SYJ yang dianggotai oleh Yassin, Shuk da Jihan berada di kelompok tiga terbawah selepas persembahan mereka  yang kurang memuaskan.

Minggu keenam pentas MLM 2014 bakal memberi cabaran lebih hebat selepas para peserta harus mengharungi tema  ‘Muzikal’. Kumpulan manakah bakal tersingkir pada minggu hadapan?
Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 14 November, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).

Teruskan menonton minggu kelima Maharajalawak Mega 2014 yang dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal disiarkan secara langsung dari Dewan Teater Shah Alam, setiap Jumaat, bermula jam 10 malam dan disiarkan serentak di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 15-12-2014 05:25 PM
hehe penuh drama
Quote MissMamamia75 15-12-2014 06:00 PM
mula2 suka Jalor...tp 2-3 episode kureng skit..
skrg ku sokong Zero & Bocey...
Quote Mary_jane 15-12-2014 06:07 PM
Knapa i suka shake. Pelik nya taste lawak i tahap amir-amerika je.


Quote batman_2007 15-12-2014 06:09 PM
Suka rihana
Quote Parit.Hilton 15-12-2014 06:52 PM
kumpulan jalor yg ada rahim tu kan?

aku meluat sangat dengan si along tu. kalau jalor tu setakat rahim dengan joey rasanya ok sangat dah.
Quote Jamilahbebee 15-12-2014 07:22 PM
aku x suke langsunggg jalor ni..bg aku dorangg sangatttttt over tahap max hokey.menyampah.lg2 si joey n along.mcm dorang pikir dorang dh lawak giler.sgttt over
Quote nallepooh 15-12-2014 07:37 PM
comey pun bagus...
Quote cmf_premierleag 15-12-2014 07:39 PM
Joey tu mmg klakor...aku tgk drama bedah tong gas pun golak2 dr mula smpi akhir drama
Quote albob90 15-12-2014 08:25 PM
Sepahtu ambik la rahim gantikan tempat pak ilya.
Quote jijiezie 15-12-2014 08:38 PM
Suka mawar berduri aka rihana
Quote wipers81 15-12-2014 09:41 PM
Buat masa sekarang saya lebih senang dengan BOCEY dan ZERO. COMEY pun okey juga.
RIHANA... terbaiklah. Tak payah buka mulut, tengok muka aje dah gelak. Tambah minggu baru ni jadi orang Cina, tak boleh blah muka dia.
Quote shi_jewel 15-12-2014 09:54 PM
zero n comey...
Quote tomet05 15-12-2014 09:55 PM
rihana who ?
Quote mommymonster82 15-12-2014 10:42 PM
Bestla zero... Bocey mmg my fevret.. Comey mmg comey.. Virus teruk sgt..mcm syok sendiri jer mentang2la ramai peminat so dorg igt dorg da selmt...  Sepah ok jugak tp setakat ni xberjya lg buat ktorg gelak berdekah2..shiro pon teruk...
Quote Aneem 15-12-2014 11:25 PM
mommymonster82 posted on 15-12-2014 10:42 PM
Bestla zero... Bocey mmg my fevret.. Comey mmg comey.. Virus teruk sgt..mcm syok sendiri jer mentang ...

Kali ni pelawak senior mcm dh lemau..
paksa rela masuk mlm agaknya..
nk tolak takut takde job..
virus for sure akan kekal smpi akhir walaupun lawak ke laut sgt..
duta kit kat kan ade dlm tu..

Quote KelisaOren 15-12-2014 11:30 PM
Jamilahbebee posted on 15-12-2014 07:22 PM
aku x suke langsunggg jalor ni..bg aku dorangg sangatttttt over tahap max hokey.menyampah.lg2 si joe ...

Memang si joey dgn along tu over giler...perasan mcm diaorg tu lawak sgt...menyampah

Quote keretapilaju 16-12-2014 12:55 AM
kenapa aku rasa mcm minggu ni lawak kump syj yg paling kelakar? tp farah quinn kasi 3bintang je... lawak dorang ni je yg buat aku tegelak.... kump yg ada kompang tu cam x klakar pon minggu ni... x paham nape org kata klakar sgt.... ke aku je yg rasa syj plg kelakar? just utk minggu ni la...
Quote Jamilahbebee 16-12-2014 02:05 AM
keretapilaju posted on 16-12-2014 12:55 AM
kenapa aku rasa mcm minggu ni lawak kump syj yg paling kelakar? tp farah quinn kasi 3bintang je... l ...

zero x kelakar pon..mcm over pon ade gak..minggu sudah tu mcm senang jek nk dpt 5 star.judges bert sblah pon ade gak huhuh ade kumpulan yg ptt dpt 3 star tp bg 5 star.ntah hape2
Quote tepisket.. 16-12-2014 03:42 AM
Bg aku lak. Lawak y ada isi aku pilih nabilicious, ekzos dgn syj. Tp aku mmg frust ekzos kluar. Sbb aku tak tgk lawak derg tp bahan cerita.

Lawak y menjadi aku pilih zero, jalor, bocey ngn comey. Mmg sometimes ada tbabas or merapu. Tapi derg x pnah drag dr time and lawak dia masuk.

Y lain, kena byk lagi bgaul dgn org. Jgn amik klompok lawak je. Campurkan dgn org bkn dr major lawak. Sbb aku nmpk most of yang aku pilih ni derg x stick utk melawak aje. Mnyanyi, memasak, mngacara, blakon. So aku suka dgn variety.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.147496 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top