CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuih Putu Halba Popular Musim Banjir

22-12-2014 11:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16651| Komen: 84

Kuih Putu Halba Popular Musim Banjir



KOTA BHARU - Kuih tradisional putu halba yang membangkitkan selera dengan aromanya yang wangi dan dihidang panas, kini menjadi satu daripada hidangan popular bagi masyarakat di negeri ini pada musim banjir.
   
Kuih yang diperbuat menggunakan ubi kayu yang dicampur dengan gula melaka, gula pasir, halba dan dinikmati bersama kelapa parut itu kini boleh didapati di kebanyakan tempat seperti gerai menjual kuih di pinggir jalan, pasar dan pusat pemindahan banjir dengan harga RM0.50 sebiji.
   
Bagi seorang peniaga kuih itu, Rakiah Yusof, 56, berkata, setiap kali musim banjir, kuih putu halba mendapat permintaan agak tinggi.
   
"Saya mampu meraih pendapatan antara RM200 dan RM700 sehari pada musim banjir ini dan sambutan yang diterima agak menggalakkan," katanya ketika ditemui di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini.
   
"Kalau pada waktu biasa (bukan musim banjir), permintaan terhadap kuih ini tidak banyak, dan kita hanya boleh dapatkan kuih ini di sesetengah tempat sahaja," katanya.

Seorang lagi peniaga Rosmah Deraman, 42, yang menjual kuih putu halba di Kampung Kota, Jalan Pintu Geng di sini, berkata, permintaan terhadap kuih tersebut bergantung kepada keadaan hujan.
   
"Kalau hujan turun lebat dan kerap, jualan kuih ini mampu mencecah sehingga RM500 sehari.. ia bergantung kepada keadaan hujan, mungkin orang suka makan kuih ini panas-panas," katanya yang dibantu tiga orang pekerja.
   
Ditanya kenapa kuih ini banyak dijual pada musim banjir, dia berkata pada musim ini bekalan ubi kayu mudah didapati kerana penanam akan menuai ubi tersebut bagi mengelakkan ia rosak ditenggelami banjir. 

9

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
11

Sedih
16

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 21-12-2014 07:29 PM
Resipi Putu Ubi Kayu @ Putu Halba

PUTU UBI KAYU

1 kg ubi kayu,buang kulit dan parut (jangan parut kasar) masuk ke dalam kain maslin dan perah hingga betul2 kering.
Deraikan dalam talam dan biarkan selama 1-2 jam untuk mengeringkan air. Kacau dan gaul menjadi derai.

1/2  sudu makan halba

Gula Melaka secukup nya,diracik halus

Kelapa parut gaul dengan garam,secukup nya

Pinggan plastik

Kain muslin potong kecil untuk mengalas pinggan


1. Panaskan air dalam periuk kukus. Campurkan halba dalam ubi kayu. (ada juga orang campur garam dalam ubi tapi saya tak suka )

2. Alas pinggan dengan kain muslin, masukkan separuh ubi kayu ke dalam pinggan .Letakkan inti gula Melaka tutup kembali dengan
ubi kayu. Balut dengan kain dan telengkupkan  ke dalam tray pengukus dan kukus selama 20 minit atau hingga masak. Hidangkan panas2 dengan kelapa

Tak la susah sangat nak buat kan. Aku tak suka putu beras. Mungkin yang ni sedap.
Quote chazey 21-12-2014 07:31 PM
http://thyagacook.blogspot.com/2013/11/putu-ubi-kayu-putu-halba.html?m=1





Quote MissNigga 21-12-2014 07:35 PM
ala ala cam negara 4 musim lak...
ada food yang sedap diserve tyme winter ... time summer etc...
Quote famri7 21-12-2014 07:43 PM
MissNigga posted on 21-12-2014 11:35 AM
ala ala cam negara 4 musim lak...
ada food yang sedap diserve tyme winter ... time summer etc...


Kan sis..malaysia ada 2 musim skrang..musim panas( berjimba xhengt) dan musim banjir(elohim bayar cash).
Quote Esmiria 21-12-2014 07:45 PM
famri7 posted on 21-12-2014 11:43 AM
Kan sis..malaysia ada 2 musim skrang..musim panas( berjimba xhengt) dan musim banjir(elohim baya ...

sokong kata2 ni.
Quote MissNigga 21-12-2014 07:52 PM
famri7 posted on 21-12-2014 07:43 PM
Kan sis..malaysia ada 2 musim skrang..musim panas( berjimba xhengt) dan musim banjir(elohim baya ...

setahu iols ... ummah malaysia berjimba sepanjang tahun
Quote jazaa 21-12-2014 07:57 PM
Mcm putu piring je....

Klu dah banjir mcm tu blh dpt ubi kayu ke?? Setau aku ubi kayu klu dah tenggelam, tak blh mkn dah....
Quote animcute 21-12-2014 08:03 PM
tak pernah rasa kuih ni...macam sedap je
Quote Mary_jane 21-12-2014 08:07 PM
Kuih putu ni mcm sama plak kuih putu kaum bajau kt sabah. Edisi reunion.


Quote dubuk 21-12-2014 08:10 PM
sedapnyaaaaaaaaaaaaa

nakkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote dubuk 21-12-2014 08:11 PM
sedapnyaaaaaaaa

nakkkkkkkkkk
Quote jazaa 21-12-2014 08:13 PM
dubuk posted on 21-12-2014 08:11 PM
sedapnyaaaaaaaa

nakkkkkkkkkk

Kau dah gomok....

Tak blh mkn putu-putu ni..nanti debabbbbb....


Quote dani-rox 21-12-2014 08:13 PM
Mcm sedap jahh... dimakan bersama secawan kopi panas2. Omnomnomnom...
Quote tanganbercakap 21-12-2014 08:16 PM
Kalo mase hujan ke sejuk...makan ape saje yang panas pun sedap
Quote dubuk 21-12-2014 08:16 PM
jazaa posted on 21-12-2014 08:13 PM
Kau dah gomok....

Tak blh mkn putu-putu ni..nanti debabbbbb....

hujan hujan gini debab sikit tak apa
Quote lurve82 21-12-2014 08:17 PM
nampak sedap...
Quote jazaa 21-12-2014 08:19 PM
dubuk posted on 21-12-2014 08:16 PM
hujan hujan gini debab sikit tak apa

Aku tak pernah mkn...tengok pun tak pernah...tapi aku dpt bygkan mkn aambil hirup kopi O mesti sedap kannnn....


Pastu sembelitt.....

Quote dubuk 21-12-2014 08:22 PM
jazaa posted on 21-12-2014 08:19 PM
Aku tak pernah mkn...tengok pun tak pernah...tapi aku dpt bygkan mkn aambil hirup kopi O mesti sed ...

urrrmmmmm memang sedapppp

hari hari hujan semua benda pun sedappppp
Quote Changa 21-12-2014 08:25 PM
tak silap kakak kueh ini exclusively di jual pada musim bah?
tatkala musim bah maka merata la akak2 entrepreneur buka gerai jual keh ini di tepi jalan

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.070139 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top