CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Peluk Hisyam Hamid: "Bukannya nak menggatal!" -Ifa Raziah

6-1-2015 04:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40373| Komen: 211

Bukan Mahu Menggatal, Ifa Raziah Terkilan Teguran Rosyam Nor


Ifa dikritik oleh peminat termasuk juri program Gegar Veganza, Datuk Rosyam Nor ekoran persembahannya yang turut menampilkan aktor Hisyam Hamid dianggap keterlaluan.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah terkilan dengan komen diberikan salah seorang juri program Gegar Vaganza iaitu Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan persembahannya pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, sebagai seorang pelakon berpengalaman Rosyam sepatutnya sedar adegan peluk yang dilakonkan bersama aktor Hisyam Hamid menerusi lagu Matahari adalah sekadar lakonan semata-mata.

"Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.

"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.


Hisyam Hamid muncul ketika Ifa menyampaikan lagu Matahari.
"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pada acara yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini pada malam Ahad lalu.

Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.

Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.

Dalam rancangan itu, Rosyam menegur cara Ifa mempersembahkan aksinya dengan memeluk Hisyam.

Dalam pada itu, Ifa mengakui selepas menonton kembali persembahan tersebut dia menyedari terdapat beberapa kesilapan gerakan tarian bersama Hisyam yang membuatkan penonton kurang senang dengannya.


Ifa memberikan persembahan bertenaga biarpun kesihatannya terjejas.

Jelas Ifa, kesilapan tersebut berlaku disebabkan kurang konsentrasi dan tekanan akibat masalah teknikal yang berlaku pada persembahan sebelumnya.

"Sepatutnya selepas selesai menyanyi baharu saya angkat kaki dan menjatuhkan badan ke arah Histam tetapi saya tersilap dan pergerakan itu berlaku terlalu awal.

"Akibat tekanan saya tidak ingat apa yang berlaku di atas pentas dan memahami mengapa penonton kurang senang dan atas dasar itu saya ingin memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan ia bukan disengajakan," katanya.

Bagaimanapun kata Ifa, dia berharap penonton berfikiran positif selain dapat menilai persembahannya pada malam itu sebagai satu seni persembahan dan bukannya memikirkan perkara yang tidak elok kerana itu bukan niatnya.

Sementara itu, Ifa berkata, persembahan menerusi lagu nyanyian asal Agnes Monica itu berinspirasikan daripada filem Frozen yang memperlihatkan dia sebagai puteri yang diselamatkan oleh putera impiannya.

Jelas Ifa, adegan bersama Hisyam sebenarnya lebih kepada tarian balet dan kekangan waktu menjalani latihan turut menjadi penyebab aksi itu kelihatan keterlaluan pada sesetengah penonton.

"Kami hanya dapat bertemu untuk berlatih di bilik solek pada sebelah petang hari pertandingan dan dalam masa suntuk itu kami reka jalan cerita dan tarian bakal dipersembahkan.


Rosyam Nor
"Biarpun tidak cukup waktu namun saya hargai kesungguhan Hisyam yang profesional dan saya berpuas hati dengan komitmen diberikan pada malam itu," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ifa berkata, dia tidak terkilan gagal memenangi trofi juara program itu kerana dia sendiri tidak menyangka dapat melunaskan tanggungjawb pada malam itu kerana masalah kesihatan yang dihadapinya sejak beberapa minggu lalu.

Kata Ifa, biarpun doktor melarangnya daripada meneruskan persembahan namun dia tetap berkeras kerana tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokong pembabitannya menerusi program tersebut.

"Jika hendak diikutkan memang saya tidak larat untuk membuat persembahan kerana masih mengalami batuk ekoran jangkitan paru-paru yang dihadapi sebelum ini namun saya gagahkan juga diri demi penyokong saya.

"Alhamdulillah biarpun tidak menang tetapi saya sudah membuktikan kepada semua bahawa saya bukan sekadar penyanyi dangdut tetapi boleh merentasi genre lain," jelasnya.

Pada 27 Disember lalu Ifa disahkan mengalami jangkitan paru-parunya atau pneumonia dan terpaksa di tahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak, dekat sini untuk pemeriksaan lanjut.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cantleyi 6-1-2015 11:13 AM
kak ifa rasanya seantero malaysia kata akak tu gersang bebenor atas stage

nak bagi persembahan cem tu..nak menampakkan laki akak dayus kah?

sian kat dia kaka...walau dia da setuju...tapi niat tak menghalalkan cara

bukan nak jadi setazah tapi tak sesuai

tak kurang n tak salah sikit pun teguran abam rosyam tuu

susah nak terima kenyataan tapi itulah hakikatnya

so pasrah n terimalahh

jangan marah kena kecam
Quote piejja 6-1-2015 11:15 AM
Zzzz....:zz
Quote cik_kembong 6-1-2015 11:20 AM
Byk lg kot cara lain untuk memantapkan persembahan....
Quote kucen_miang 6-1-2015 11:22 AM
nak berlakon pun tak payah la kekak kangkang gesal ahem kat peha jantan mcm tu. ko dah menjatuhkan maruah perempuan la makcik. baik ko tonyoh jer muka laki ko dalam lubang jamban. lowwww classs (bak kata pramlee)



Quote airisa 6-1-2015 11:23 AM
ada saja jawapan dia bila org bagi komen
Quote wookiehoney 6-1-2015 11:25 AM
org tegur tanda prihatin n sayang
Quote cik_tonggek 6-1-2015 11:25 AM
gittewww
yang rosam non tu punnnn
macam la ko tak penah beraksi panas dlm drama
siap dukong2 lagi pelakon heroin



tapi ipareziah mmg over malam tu


Quote SweetShera 6-1-2015 11:31 AM
apa drama abang rosham yang peluk2 tu bukan untuk tontonan umum ke?
Quote nkhairuddin1 6-1-2015 11:32 AM
ifa si westerner mai dari napoh nihhh heheheeeh
cemuih nengok
Quote danieladam 6-1-2015 11:35 AM
aku pon rasa rosyam noor lagi banyak adegan terlampau sebelom ni..siap pelok2, dukung2..
dgn heroin2 seblom ni. lagi terok daripada ipa raziah kot.

gigih nak bg komen macam tu...lain la ramli ms yg suci murni tu bagi komen mcm tu.

anyway, i minat suara mamat..ipa raziah ni stakat nyanyi gitu2 je la.
Quote sheetRock 6-1-2015 11:37 AM
Aku pun dok piki.rosyam nor tak penah peluk pelakon pompuan dlm cita dia berlakon ka.. Tp.. Kalau nak tggu suci murni baru leh teguq .. Smpai ke sudah pun tak taw la benda tuh sgt menjelikkn Tp mmg hover persembahan tuh .. Bgs rosyam nor..
Quote Suchi 6-1-2015 11:40 AM
harap gegorvaganza di masa depan astro tak benarkn lg aksi peluk2 gini
tolonglah ifa
tetiap minggu kot dgn lelaki berlainan, tp apa yg dpt tak menang juga kan
watlah persembahan dgn ikhlas sudah..
org lain tak perlu gimik murahan pun tetap dpt sorakan penonton dan beroleh kemenangan.
kesudahannya persembahan terbaik buleh ke mamat gak yg tak perlu gimik bgai pun dlm persembahan.
Quote maxim 6-1-2015 11:42 AM
Suchi replied at 6-1-2015 11:40 AM
harap gegorvaganza di masa depan astro tak benarkn lg aksi peluk2 gini
tolonglah ifa
tetiap minggu ...

kahkah..mamat relek jah..berdiri terpacak gitu..ngan muka itam berminyak cam tak mekap hape...bleh menang performance terbaik...so looser ipah ni
Quote SweetShera 6-1-2015 11:44 AM
anak aku kata rosyam tu lagi la geli..siap ada adegan jilat dalam kl gangster..kikikikiki

ifa mmg menghiburkan walaupun agak keterlaluan
Quote azie.dz 6-1-2015 11:47 AM
its just maybe rosyam nor dah berubah...*sangka baik okeh* so dia tak suka la tgk peluk2 ghairah mcm tu atas stage..

ifa plak..perlu ke sampai nak berpeluk mcm tu...tak ada rasa malu ke...
Quote gujiwa 6-1-2015 11:47 AM
persembahan ifa bole tahan.. kalau takde mamat tu pun bole je hidup psembahan awak kak ifa...
time ngan black hari tu pun da lain mcm nampaknya...
Quote azie.dz 6-1-2015 11:47 AM
nkhairuddin1 replied at 6-1-2015 11:32 AM
ifa si westerner mai dari napoh nihhh heheheeeh
cemuih nengok

bengong ifa ni...dia ingat tak rasa apa2 pon di boleh kan tuk peluk2 kot
Quote jo_je 6-1-2015 11:48 AM
Edited by jo_je at 6-1-2015 11:55 AM

dalam banyak2 gimik.. gimik peluk2 juga yang dipilih.... baik suruh suami jadi hero dalam gimik tu kan lebih baik... nak peluk cium gomol2 bagai....

apa2 jerlah ifa.... ini model dah serupa mak dgn anak.....

Quote Suchi 6-1-2015 11:49 AM
maxim replied at 6-1-2015 11:42 AM
kahkah..mamat relek jah..berdiri terpacak gitu..ngan muka itam berminyak cam tak mekap hape...bleh ...

khen...
mamat ni mcm shima versi lelaki tau
dedua nih tak byk sgt bergerak mahupun bercakap bila atas pentas
kalo ade lawak2 selingan pun dorang cam layan gitu2 jer..
ala2 lebih pokus ngn pertandingan tu lg.

persembahan terbaik bukan dinilai berapa byk props ko hangkut atas pentas ke apa
yg penting mampu menyentuh hati penonton.. berdiri kejung kalo nyanyian best pun dah bleh menang.

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071826 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top