CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izreen Azminda Komen Gambar Mesra Dengan Pelakon Baharu

6-1-2015 06:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20758| Komen: 67

Izreen Azminda Komen Gambar Mesra Dengan Pelakon Baharu

Gambar mesra Izreen dan Nazrief yang dimuat naik ke laman Instagram milik pelakon itu baru-baru ini menimbulkan pertanyaan peminat mengenai status hubungan mereka.

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Nazrief Nazri selepas dia memuat naik gambar bersama aktor itu di laman Instagramnya baru-baru ini.

Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 30, berkata, gambar berkenaan tidak membawa sebarang maksud dan ia diambil sekadar suka-suka selain menganggap Nazrief sebagai adik.

"Tidak mungkin saya bercinta dengan Nazrief kerana menganggap dia seperti adik sendiri dan gambar itu diambil oleh salah seorang teman kami semasa keluar makan.

"Dia seorang yang baik dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai pelakon jika dia benar-benar fokus terhadap kerjayanya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Gosip diantara kedua-dua pelakon itu timbul selepas mereka memuat naik gambar masing-masing dengan gaya berbeza di Instagram sehingga menimbulkan pertanyaan pengikut di laman sosial itu.

Dalam pada itu, Izreen mengakui berasa rimas kerana sering menjadi tohmahan apabila dikaitkan dengan lelaki yang berlakon disampingnya atau pun menerusi
gambar yang dimuatnaik ke Instagram.

Dia berharap masyarakat terutamanya pengikut di laman sosial berhenti daripada meninggalkan komen berbaur spekulasi dan telahan kerana dia kini tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Sebelum ini saya boleh terima lagi jika ada orang cuba mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki tetapi semakin lama ia membuatkan saya berasa rimas... jadi hentikanlah," katanya.

Sementara itu, Izreen berkata, dia tidak berhasrat untuk mencari pengganti selepas mengalami kegagalan rumah tangga bersama bekas suami, Muhammad Riza pada Jun tahun lalu.



Izreen mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya pada tahun ini.


Dia juga tidak terburu-buru dalam soal itu kerana tumpuannya kini adalah kepada kerjaya dan anak tunggalnya, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 18 bulan.

"Tidak mungkin saya akan bercinta dalam masa terdekat ini kerana kehidupan selepas bercerai baru sahaja stabil dan biarlah saya fokus kepada kerjaya dan anak terlebih dahulu.

"Tambahan pula pengalaman dan kesilapan lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Izreen kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersiri berjudul Pergilah Air Mata bersama aktor Kamal Adli untuk siaran RTM.

Selain itu, dia juga sudah bergelar pengacara programMahligai Cinta yang bersiaran setiap hari Khamis pada pukul 11 pagi di TV3.

"Saya sangat teruja dapat mengacarakan program tersebut kerana ia memberi satu dimensi baharu kepada kerjaya saya dan setakat ini saya selesa bergelar hos," katanya.

Sumber dari :- Mstar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 6-1-2015 03:04 PM
eh akak ingat sheols becinta dgn si amar idong kembang
jantan lain pulak ker


Quote harkktuih 6-1-2015 03:12 PM
nazrief ni sapo?tak penah tgk berlakon drama pun?
Quote chooperinc 6-1-2015 03:19 PM
nazrief ni sape plak..sejuk beku je
Quote sepitsiput 6-1-2015 03:21 PM
nazrief ni yg berlakon jd anak ikan nek noresah aziz aka nasha aziz dlm citer bodo maskara kru tu khen?

telinga dia jelas kecapangan dlm iklan pamoga

Quote weirdwaniey 6-1-2015 03:24 PM
Dia ni muka seiras dgn kazen aku. So kemana2 org dok panggey kazen aku ni izreen. Kazen aku stress sbb izreen ni kan suka amek watak jahat. Haha.
Quote kejoraria 6-1-2015 03:27 PM
gambar terlibih mesra mcm ni pun nak load kat IG....mmg saja nk bg org buat spekulasi...cari publisiti btl la retis mcm ni
Quote haiku 6-1-2015 03:31 PM
Ehh cari bahan skandal baru ke selepas bahan skandal sebelum ni kembali ke skandal lama
Quote prizadane 6-1-2015 03:33 PM
eh..dah 30 plak izreen ni? bukan lahir tahun 86 ke?
Quote haiku 6-1-2015 03:34 PM
Anyway, pandai-pandai lah jaga diri & nama baik tak kiralah status apa pun
Quote pinkypinkylady 6-1-2015 03:35 PM
Xnk org buat spekulasi dan mengata bukan2 x payah la upload kt ig. So xde lah rasa rimas kalau diri sndri dpt elakkan org buat spekulasi. Simple
Quote chicsee 6-1-2015 03:45 PM
Semoga Izreen bertemu jodoh yg baik...
Quote cemolot 6-1-2015 03:48 PM
PAMOGA untuk kulit saya
PAMOGA untuk jantung saya
PAMOGA untuk diri saya


jadi marilah kita berPAMOGA!
Quote KelisaOren 6-1-2015 03:50 PM
Kalau rimas kena gosip simpan2 la kegedikan tu Lepas menjanda ni menjadi2 sgt gediknya Jaga la sikit maruah tu
Quote AshkieLa 6-1-2015 03:59 PM
sendiri upload..pastu pasangan pun upload moment yg sama kt IG. Bila org bercakap... tak suka.
Haiyo... what were you thinking in a first place? awak tu cantik izreen, berbakat plak..
please jangan sabotaj your career with gossip murah ngan lelaki...
Quote fadzyjemi 6-1-2015 04:10 PM
Bdk iklan pamoga ni bff aku punye ank sedara.. DA licin kulit... Dulu haul he dgn jerawat bersepah
Quote sarah_ary2 6-1-2015 04:10 PM
Masalahnya Izreen nie suka bergambar over dengan mana mana lelaki pun
Dulu dengan si amar baharin sekarang dengan org lain pulak
Kalao bergambar dalam jarak yang betul dan tak gedik takdelah org mengata
Dia yang create all the so-called rumours dgn upload gambo mesra
Izreen nie memang bebrakat tp ai memang tak suka tgk dia bergambo gediks dgn lelaki lelaki tersebut,
Quote aviators 6-1-2015 04:10 PM
haiku replied at 6-1-2015 03:31 PM
Ehh cari bahan skandal baru ke selepas bahan skandal sebelum ni kembali ke skandal lama

Dah balik ke EF ke?
Quote arira_arora 6-1-2015 04:20 PM
die ni suke sgt la simpan baju dlm suar.. tk berkenan aku..
Quote nad014 6-1-2015 04:45 PM
arira_arora replied at 6-1-2015 04:20 PM
die ni suke sgt la simpan baju dlm suar.. tk berkenan aku..

dia nak tunjuk perut dia flat, he3

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.212848 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top