CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ferrari Kuning Punca Zizan Putus Dengan Emma

9-1-2015 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10580| Komen: 6

Ferrari Kuning Punca Zizan Putus Dengan Emma


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Hajat pelawak, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi dikatakan menjadi punca percintaannya dengan pelakon, Emma Maembong putus.

Perkara itu diakui oleh Zizan sendiri yang menyatakan tercetus pergaduhan antara mereka kerana Emma tidak bersetuju dengan apa yang dihajatinya itu.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

Forum : http://bit.ly/1xOehSr

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Emma mengesahkan kepada salah sebuah akhbar, bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Zizan.

Perpisahan mereka mengejutkan banyak pihak apatah lagi pasangan ini dilihat sangat serasi dan ramai yang menjangkakan mereka akan berkahwin.



Dalam pada itu, Zizan menyangkal dakwaan yang mengatakan Emma mahu mengikis hartanya.

“Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali,” jelasnya.

Ditanya perasaannya terhadap Emma, jelasnya, dia masih mencintai wanita tersebut dan berharap hubungan mereka akan kembali mesra seperti dahulu. 



Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote giyomi 12-1-2015 12:03 PM
pasangan ini dilihat sangat serasi...asbestos sgt statemen pemberita
Quote panzer 12-1-2015 10:52 AM
Memang membazir pun.. Konfem ke akan popular selama lamanya?
Quote iznanaziz 12-1-2015 10:49 AM
lantak dia la emma, duit dia
Quote iznanaziz 12-1-2015 10:48 AM
lantak la emma oi, kalau dia nak beli pun
duit dia
Quote boyagombak 12-1-2015 09:12 AM
Ikan Kembong x suka naik Ferrari
Dia ske naik muto kapcai ee ees pai
Ikan kembong, boya x ske membazir
Hari2 pun makan ikan kembong. Nampaknya kita serasi
Quote nad014 12-1-2015 08:11 AM
dari dulu kureng sikit emma dgn si zizan ni..mungkin betul kot pempuan ni pisau cukur

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.225741 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top