CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19013|Reply: 7

[Tempatan] Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan

[Copy link]
Post time 31-1-2026 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Semalam dalam mesyuarat antara Exco-Exco Pertanian Negeri bersama Menteri Pertanian, Exco Pahang sambil meminta maaf dengan nada menyindir Exco Terengganu memaklumkan bahawa Negeri Pahang merekodkan pendaratan ikan terbesar di Pantai Timur.

Saya juga minta maaf lalu menjawab, ramai nelayan Pahang yang menangkap ikan di Perairan Terengganu dan banyak bot pukat tunda Pahang yang menceroboh zon tangkapan nelayan Terengganu.

Pencerobohan ini merosakkan bubu dan unjam milik nelayan tempatan serta telah menjejaskan sumber pencarian nelayan tempatan.

Dijawab oleh Exco Pertanian Pahang.
Nelayan sama-sama nak cari makan. Janganlah ditimbulkan isu perairan negeri itu dan ini. Rakyat Terengganu pun ramai yang kerja cari rezeki di negeri Pahang. Begitulah kiranya jawapan sahabat sejawatan saya dari negeri Pahang.

Bagi saya, kita fokus kepada isu asal dan jangan meleret dengan isu lain yang tak berkenaan.

Akta Perikanan 1985 menetapkan bahawa dari garisan gigi air sehingga jarak 12 batu nautika ialah zon tangkapan nelayan negeri berkenaan. Lebih dari jarak 12 batu nautika sehingga sampai sempadan antarabangsa, mana-mana bot nelayan dari mana-mana negeri adalah dibenarkan untuk menangkap ikan.

Bila saya sebut, bot nelayan Pahang dengan tenda warna kuning menceroboh zon tangkapan nelayan Terengganu bermakna bot pukat tunda zon C dan C2 dari negeri jiran melakukan aktiviti pukat tunda di Perairan Terengganu kurang dari jarak 12 batu nautika dari pantai.

Mereka telah melakukan 2 kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di zon yang dikhususkan untuk nelayan negeri tersebut dan melakukan aktiviti pukat tunda di zon yang tak dibenarkan. Zon yang dibenarkan aktiviti pukat tunda ialah jarak 12 batu nautika ke atas. Bukan hanya nelayan negeri jiran malah nelayan Terengganu juga tak dibenarkan menggunakan pukat tunda dalam zon kurang dari 12 batu nautika.

Dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang saya sertai sendiri, banyak bot pukat tunda tenda kuning negeri jiran yang kita telah tahan sedang menunda hanya pada jarak 6 atau 7 batu nautika sahaja dari pantai Terengganu. Ini adalah zon tangkapan nelayan sampan zon A Negeri Terengganu.

Dalam zon inilah kita labuhkan tukun dan unjam. Mari pukat tunda mereka kokok habis! Tekong dan krew bot warga asing kebanyakkannya dari Myanmar. Apakah pemilik bot pukat tunda negeri jiran tidak memahamkan tekong dan krew bot mereka dengan undang-undang yang perlu dipatuhi.

Undang-undang ini bukan Kerajaan Terengganu yang buat. Bila disebut Akta Perikanan 1985 bermakna ia digubal di Parlimen. Undang-undang yang digubal di Dewan Undangan Negeri dipanggil Enakmen.

Kita perlu uruskan setiap permasalahan dengan punca kuasa yang sedia ada.
Penguatkuasaan juga mesti dibawah Akta sedia ada. Jangan kita divert isu dengan ungkit hal lain. Rakyat negeri lain pun ramai kerja di Terengganu tapi bukan itu isunya.

Dr Azman Ibrahim

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2026 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru iols tahu antara negeri pun ada senpadan air..hihi..ingat ke boleh je nelayan gi mana2 as long as dlm perairan malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
uik... camtu rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 11:59 AM | Show all posts
2 negeri ni je ke atau setiap state pun ada sempadan perairan

mcm sempadan negeri tu?

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tetapi kalau minyak & gas...semuanya milik Ahmad Albab...tuan2,puan2..tak kisah la kt negeri orang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2026 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-1-2026 11:59 AM
2 negeri ni je ke atau setiap state pun ada sempadan perairan

mcm sempadan negeri tu?

Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus meroyan la pakcik exco ganu ni kononnya nelayan pahang pi tangkap ikan kat ganu.

Padahal isu sebenarnya nelayan ganu lagi suka mendaratkan ikan kat pahang sebab kemudahan tiptop & ada pembeli yg ramai disitu compare dgn di ganu.

Tp biasa la exco bangang ni mana nak mengaku kalah. Mcm mana la boleh dapat Dr dia ni.

Lepas ni kerajaan negeri pahang pun boleh la halau geng felda2 di pahang yg asal ganu tu. Depa ni pun menghabihkan sumber alam pahang jugak mcm peneroka durian raub tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 31-1-2026 01:42 PM
Mana ada. Isu dia hasil pendaratan ikan kat jeti kuantan lagi banyak dari jeti di ganu. Terus mero ...

Itu yg iols pelik ada juga kes sebegini? Rupanya sbb hasil ikan lg byk mendarta di jeti kuantan tu yg dorg meroyan..dorg kena improvise la jeti kat trg tu bg tarikan more to nelayan. Ntah2 kat trg tu middleman amik terlalu low price tu yg ramai xmo mendarat di trg.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2026 05:06 PM | Show all posts
Ok lah berebut ikan, daripada berebut air sungai macam kat dua negeri pantai barat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060429 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list