CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Adegan Panas? Tak Ada Masalah - Haji Adi Putra

23-1-2015 09:25 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16095| Komen: 82




PETALING JAYA:
Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.

"Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

"Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah," ujarnya kepada mStar Online.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Dia juga sudah beberapa kali menunaikan umrah.

Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.

"Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.

"Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja," ujarnya.

Adi yang mempunyai perniagaan agensi umrah yang diberi nama Menara Hadid Holiday dan Menara Rezki turut mengakui tiada halangan untuknya meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

Katanya, buat masa ini, dia hanya mengurangkan sedikit kerjaya lakonan bagi memberi perhatian kepada perkembangan dua agensi pelancongan tersebut.


"Alhamdulillah semua berjalan lancar sejak ditubuhkan awal tahun 2014 lalu, Menara Hadid adalah agensi umrah yang kini beroperasi dengan dua kali penerbangan sebulan.

"Manakala Menara Rezki adalah syarikat operasi dan pengurusan di Saudi yang menguruskan hal berkaitan umrah. Tahun ini memang saya agak perlahan sedikit dalam dunai lakonan kerana fokus pada perniagaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Adi berkata, dia bakal keluar dengan filem berjudul Isyarat Cinta bersama Liyana Jasmay dan Fizo Omar pada 19 Mac depan. Katanya filem bergenre cinta itu merupakan antara filem yang sukar dan memerlukan dia membuat kajian selama setahun sebelum memulakan penggambaran.

"Saya diberi skrip setahun awal kerana ia tentang orang bisu dan pekak. Oleh itu dalam masa setahun itu saya buat kajian tentang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ramai seperti di Brickfield (Kuala Lumpur).

"Bagi saya watak ini sangat susah kerana apa yang ingin saya sampaikan kepada penonton melalui lakonan semata-mata tanpa berdialog," katanya.

Filem Isyarat Cinta terbitan RK Screen bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 19 Mac depan.

Manakala tayangan amal bagi mengutip derma untuk disalurkan kepada mangsa banjir akan dilakukan pada 4 Mac 2015. Ia dianjurkan bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SoalanSaye 22-1-2015 11:56 PM
cayalah lu bro full respect... keep up haji adi putra.
Quote setokinpurple 23-1-2015 12:24 AM
Wow! Babak panas haji adi putra! apa2 jaa laa pak haji
Quote aireen24 23-1-2015 12:27 AM
Kerja mmg ibadah tapi kena skop ruang kerja la. Matlamat tidak menghalalkan cara...dah sah2 statement kurang bijak.
Quote ALDRIN 23-1-2015 12:42 AM
Tuntutan kerja yg perlu dilaksanakan????? Puiiii...nk tergelak sabariahhhh. Senang je nk tutup pekung ye haji?? Ngorat betina Bini org sambil tunjuk bebird kt tanah suci...kantoi..automatic buat haji laa biznes umrah la...terus org nmpk wangi??
Quote eyansss 23-1-2015 12:55 AM
Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,
mana ada menda2 berdosa di consider ibadah!!!

haiyooooo...

kot ye pun nak buat memenda camtu, jangan la cover dengan agama...  budus...  sedangkan keje dengan company jual arak segala pun dah jadi issue, ni kan plak terang2 buat maksiat...  ibadah kemenda...

Quote mommymonster82 23-1-2015 01:03 AM
Tu dia... Ikut sedap dia ja...
Suka hati hang la adi bebird oi...
Quote reenaz 23-1-2015 01:05 AM
Adegan ranjang = kerja = ibadah ?? Sape ajar ko nih?? Jgn nak buat ajaran sesat lak  adi oiii!!
Quote melinda_kerr 23-1-2015 01:06 AM
Kenapa byk artis mcmni...
Quote makton 23-1-2015 01:28 AM
stetmen mengarut!
Quote Kak-Leen 23-1-2015 01:38 AM
Tertelan sudu stainless steel akak dibuat Haji Mohamad Adi Putera ni tau!
X bijak sungguh dia ni...
Quote doubleA 23-1-2015 01:38 AM
Statement tak boleh blah.
Pandai ko buat lawak adidas
Quote im_cyclist 23-1-2015 01:50 AM
Erkkkk.. . Haji haji... Dh knp???
Quote True-X 23-1-2015 01:50 AM
kl semua nak ikut mcm drama stesen al hijrah... bosannnyer la idup....

aku sokong adiputra...
Quote jijiezie 23-1-2015 01:58 AM
Ya Rabbi...stetmennya...
Quote MegiTomyam 23-1-2015 03:41 AM
Sakit mentel ke adi ni ?
Quote Ferr_Remy 23-1-2015 03:52 AM
Menghalalkan apa yang terang-terangan diharamkan. Kebodohan seorang haji.
Quote kakasotong 23-1-2015 03:52 AM
Sejak bila si adi ni dah pandai mengeluarkan stetmen2 sampah sebegini??? Dulu takde la teruk gini dia ni. Lepas kes skandal burung terlepas dr sangkar terus mcm ubi kayu sgt dia ni.

Adegan bersentuhan/panas satu ibadah???? Pale hangguk ang la
Quote PongKang 23-1-2015 05:38 AM
Xminat dia ni semenjak kes bebird
Quote Syd 23-1-2015 05:58 AM
lebiu, bebird (nama penuh tuk baby taooo)

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.142794 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top