CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Kisah Selebriti Tempatan Yang Pernah Terlibat Dadah..

23-1-2015 09:48 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 41953| Komen: 57

KES bekas vokalis sebuah kumpulan popular tahun 90an, berusia 43 tahun yang ditahan polis bersama wanita berusia 33 tahun di Keramat sebelum didapati positif dadah jenis heroin, pada Rabu bukanlah kes pertama melibatkan penyalahgunaan dadah di kalangan artis atau selebriti tempatan.

Seperti artis-artis barat yang tidak lari daripada masalah penyalahgunaan dadah, artis-artis Malaysia tidak terkecuali daripada gejala ini.

Berikut, senarai artis-artis Malaysia yang pernah dikatkan dengan kesalahan penggunaan dadah:




Shereen, pelakon/penyanyi

Pelakon dan penyanyi Noor Sheereen Mohamad Hadzim atau Shereen melahirkan rasa lega dan bersyukur setelah Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengawal dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Pada 23 Mac 2005 Shereen bersama teman lelakinya dan dua rakan mereka dituduh mengambil dadah methamphetamine.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah bernombor C1-1-C3, Pangsapuri Subang Villa Ehsan, Jalan PJS 10/11, Taman Sri Subang pada pukul 2 pagi 15 Mac 2005.


Saleem – Iklim, penyanyi

Pada 12 Mac 2005, anak jati Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu ini didapati bersalah memiliki satu paket plastik mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah serupa pada Julai 2004.

Saleem terpaksa menjalani hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.

Samzy Fuzette, pelakon

Samzy Fuzette A. Samad, pelakon dan abang kepada Zizie Ezette dan Shahizy Sam didakwa memiliki syabu, ditahan di Bukit Antarabangsa pada 11 April 2005. Dadah tersebut disimpan di dalam 10 paket plastik lutsinar dalam beg milik Samzy.

Samzy disabit kesalahan dan dihukum penjara 30 bulan serta tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Baby Erin – Res2, penyanyi

Bekas penyanyi Kumpulan Res2, Lily Zarina Khalil atau Baby Erin ditahan bersama pelakon Samzy Fuzette Abdul Samad serta empat yang lain, mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dan menghisap dadah jenis syabu atau methamphetamine.

Ameng – Spring, penyanyi

Penyanyi terkenal kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, kini sedang menjalani hukuman di penjara.

Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Ameng sekali lagi ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah manakala isterinya, Sabariah Zakariah pula dibebaskan.

Jamal Abdillah, penyanyi

Jamal Abdilah ditahan  pada 18 Jan 2007 bersama sepupunya di sebuah rumah rehat di Teluk Intan kerana disyaki memiliki dadah.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis menemui satu tiub dadah dipercayai syabu di dalam bilik berkenaan.

Bagaimanapun, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Teluk Intan dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.

Jamal pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih selama hampir lima tahun.

Zack – New Boyz, pemain bass

Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada awal 2013 pemain bass kumpulan New Boyz itu telah ditahan reman selama tiga tahun di Penjara Sungai Buloh, dilepaskan hukuman gantung apabila didapati tidak bersalah oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir

Benjy, pelakon

Khaeryll Benjamin atau Benjy, anak kepada Allayarham biduanita Azean Irdawaty juga terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Benjy ditangkap bersama teman wanitanya di Segambut pada 11 Mac 2010 ditahan kerana disyaki memiliki 850 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan bernilai RM650,000.

Dalam serbuan, polis menemui makmal memproses dan membungkus dadah.

Pada masa itu, Benjy sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 4 tahun manakala teman wanitanya, disahkan positif methamphetamine ketika melakukan ujian air kencing.

Benjy terlepas hukuman gantung mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.Pada 27 Jun 2013,  Benjy sekali lagi ditahan atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa. Ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Saiful Apek, pelawak/pelakon

Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.

Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelawak itu membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.

Saiful Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Radhi – O, penyanyi

Bekas penyanyi kumpulah Old Automatic Garbage (OAG), Mohd Radhi Razali ataupun Radhi-O mengaku telah menjadi hamba dadah sejak berumur 15 tahun dan menjalani pemulihan dadah di Pengasih pada Januari 2011.

Radhi kini menjalani hidup bebas dadah.

Zarina Anjoulie, model/pelakon

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah Mohamad Fahizul ditahan kerana didakwa memiliki dua biji pil Eramin 5 dan positif dadah jenis ‘methampetamine’ bersama seorang rakan lelakinya di Armanee Condominium di Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya pada 30 Disember 2013.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram ketika pertuduhan tersebut dibacakan oleh Majistret Nazri Omran. Mereka berdua boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Zarina juga pernah ditangkap polis pada satu Ops Perayaan Tahun Baru Cina 2010 di LCCT kerana disyaki mengambil dadah.

Ezad – Exist, penyanyi

Ezad Exist yang berusia 35 tahun telah ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu pada 20 November 2014.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Ezad menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu. 

1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakmanentah 23-1-2015 09:37 AM
yassin senario

Inilah yang dinamakan pisang berbuah berkali-kali.. sekali lagi pelawak kita Yassin senario, ditahan polis kerana didapati positif dadah jenis ganja di sebuah pusat hiburan di Sunway Piramid dalam sekitar pukul 1 pagi… rasanya ini bukan kali pertama yassin ditahan pihak polis kerana penyalahgunaan najis dadah ni.. Entah sampai bila la artis kita ni nak bergelumang dengan najis dadah ni kan..

Selain Yassin senario ni ada dua orang lagi yang ditahan di tempat yang sama.. antaranya ialah pengurus yassin dan seorang ahli perniagaan.. dalam 30 orang yang menjalani ujian air kencing dekat pusat hiburan tu hanya tiga orang sahaja yang ditahan..

Belum puas kita terkejut dengan penangkapan Saiful Apek kerana dadah, tup tup rakan dia pulak menerima nasib yang sama.. Seperti kata orang tua-tua.. “mana tak tumpahnya dadah kalau tak ke member sendiri”.. MyGosip harap Yassin tabah menghadapi dugaan ni dan kami harap Yassin segera la bertaubat sementara peluang masih ada.. “Belia Benci Dadah!”

Quote aiskrimpelangi 23-1-2015 09:54 AM
tak sukaaa tengokk, kesiann. tgk la muka diaorg ni sepesen jer. huuuu.
Quote cektim 23-1-2015 10:11 AM
mungkin pengaruh dadah dlm dunia artis ni kuat kot
sapa yg xpandai bawa diri hanyut la~
Quote sekel 23-1-2015 10:12 AM
penyanyi zaman 50an & 60an ada ke terlibat dgn dadah..........biasa nya zaman dulu setakat Ganja jer kot
Quote amyainsamad 23-1-2015 10:13 AM
ramai...tp kt hollywood lg ramai
Quote izabellemylia 23-1-2015 10:30 AM
sekali terjebak...hancussss...
Quote zila_hakimie 23-1-2015 10:31 AM
mamat??     
Quote zila_hakimie 23-1-2015 10:32 AM
ameng   ?   
Quote budakmanentah 23-1-2015 10:38 AM
mael xpdc

Tapi apa yang membuatkan kepala hati Joyah tambah panas, vokalis kumpulan rock kapak itu juga turut mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis morfin tetapi hukuman bagi kesalahan itu akan ditentukan kemudian berikutan laporan perubatan terhadapnya masih belum siap.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz3Pbmn9go6
© Utusan Melayu (M) Bhd



Quote taji2906 23-1-2015 10:42 AM
kat hollywood ramai amik dadah ni... tp ada yg dah bersih, ada yg mati sebab dadah...
salah satu yg aku tau sikit2 kumpulan RHCP.. penyanyi n basis rhcp, anthony n flea dari kecik amik dadah.. sampai sekarang dah tua apa effect dadah tu.. cuma sekarang tak salah aku dua2 tu amik ubat yg halal la.. ntah apa ntah tp setiap bulan kot, depa akan amik suntikan utk gantikan dadah.. sebab dadah tu dah ada dlm sistem depa, payah nak buang... so gantikan ubat apa ntah aku tak sure.. dan sekarang depa sendiri kempen jgn isap dadah..
Quote krustykrab 23-1-2015 10:44 AM
kenapa muka ezad exist tu mcm lain je?
Quote wanta 23-1-2015 11:11 AM
sekali dah terjebak mmg susah nak stop..
kalau stakat ganja dan syabu tu kira sederhana teruk..
tp klu dh smpi morfin dgn heroin mmg dh tahap teruk..
Quote krukx 23-1-2015 11:33 AM
Mamat Exist jangan dilupakan...
Artis2 pompuan tak kena tangkap pulak kan. Yg kecoh dulu cuma kes Baby Erin tu je
Quote cektim 23-1-2015 11:36 AM
taji2906 replied at 23-1-2015 10:42 AM
kat hollywood ramai amik dadah ni... tp ada yg dah bersih, ada yg mati sebab dadah...
salah satu yg ...

sebelum mati katak harap2 sempat la berubah
kesian la dekat fmily kawan2 smua

Quote highcastle 23-1-2015 11:39 AM
Aku lebih kesian kat Ringgo drummer fotograf, ntah apa jadi dia dalam penjara obersi sana.............
Quote cektim 23-1-2015 11:42 AM
Edited by cektim at 23-1-2015 11:44 AM
krukx replied at 23-1-2015 11:33 AM
Mamat Exist jangan dilupakan...
Artis2 pompuan tak kena tangkap pulak kan. Yg kecoh dulu cuma kes B ...

ARKIB : 22/07/2014

Padah bila terlalu dimanjakan



MAMAT dan Marshila Mustapa bersama salah seorang anak mereka, ketika waktu masih bergelar suami isteri.

BANYAK benar yang berubah tentang diri lelaki yang satu ini, dalam pertemuan terbaharu denganya. Dia kelihatan sangat biasa, malah sekali imbas, memang tidak tahu yang itu sebenarnya adalah pelantun lagu Untukmu Ibu, lagu berhantu awal tahun 1990-an.  Hari ini, badannya kurus, pipinya kelihatan cengkung dan Mohd. Ali Kamarudin ini boleh diibaratkan sebagai lelaki yang hilang segala-galanya ketika ini. Sebaik ditegur tentang keadaan fizikalnya itu, terus Mamat bersuara dengan yakin sekali, “Saya sudah bebas dadah," katanya sambil ketawa kecil.


Lalu, kenyataan tegasnya itu terus membuka bicara kami berdua tentang perihal kehidupannya sekarang.

Menoleh ke belakang, pada usia yang agak muda dengan nama komersialnya,  Mamat  antara artis muda yang berbakat besar. Malah, bukan sedikit dia menerima bayaran untuk tampil dalam persembahan pentas, puluhan ribu sentiasa memenuhi akaun peribadi setiap bulan. Sudah pasti dia sepatutnya mampu mengecapi kehidupan yang mewah hari ini jika segalanya diurus dengan baik.

Tetapi sayangnya, setiap perjalanan itu sudah ditentukan Tuhan dan perjalanan Mamat dalam kehidupannya tidak selancar yang dijangkakan.

Banyak liku yang terpaksa ditempuhinya. Lepas dia keluar daripada kumpulan Exist pada 1994, kehidupannya sebagai penyanyi mula pudar. Dia semakin dilupakan dek perbuatan sendiri yang tidak serik dengan kisah buruk. Malah, berita yang muncul selepas itu pun lebih berunsur negatif. Mamat mula terlibat dengan gejala sosial yang menjadikan liku kehidupannya sukar.

Kes rogol terhadap wanita bawah umur, curi telefon bimbit, dadah dan kekasih gelap yang akhirnya membawa kepada penceraiannya bersama dengan isteri, Marshila Mustapa yang sebelum itu kuat menyokong dirinya. Pendek kata,  Mamat sendiri telah 'membunuh' namanya menyebabkan orang tidak lagi merasa perlu untuk memberi sokongan terhadapnya.

Buktinya, hingga kini, walaupun sudah lama Mamat menyepikan diri, kes-kes melibatkan dirinya masih lagi menjadi bahan bicara peminat industri muzik tempatan.

Hidup menumpang

Kami berbicara panjang sewaktu bertemu di studio Utusan minggu lalu. Bercerita tentang perkembangannya kini, jelas Mamat, dia masih lagi aktif dalam bidang seni tetapi lebih menjurus ke arah pengurusan acara.

“Sekarang saya buat kerja dengan Anita Entertainment dan jawatan saya dalam syarikat itu adalah sebagai Ketua Pengurus Operasi. Saya menguruskan bahagian operasi syarikat yang memerlukan saya untuk sentiasa bertemu dengan orang,  mencari mereka yang mahu menjalinkan kerjasama dengan kami," ujarnya.

Namun, kerja yang dilakukannya itu bukanlah sesuatu yang menjanjikan pulangan yang besar seperti zaman meletup sebagai penyanyi, sebaliknya dia hanya menerima komisen yang berjumlah kurang seribu untuk satu tugasan.

Ditanya di mana dia menetap kini, jelas Mamat, dia menetap di beberapa lokasi dan terbaharu, menumpang di rumah seorang rakan di Ampang.

“Saya duduk bersepah kerana tiada rumah di Kuala Lumpur. Kadang-kadang saya tidur di hotel,  ada kalanya saya tidur di surau bersama rakan-rakan saya yang belajar tahfiz.

“Saya ada rumah di Johor Bahru, tetapi saya lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan. Kehidupan saya boleh diibaratkan seperti musafir yang memerlukan kasih sayang," jelasnya tersenyum.

Kenyataan 'memerlukan kasih sayang' itu menjadi satu persoalan mengapa dia lebih memilih rakan-rakannya berbanding adik-beradik sebagai tempat mengadu? Apakah dia sudah dibuang keluarga juga?


“Saya ada balik ke Johor tetapi sekadar jenguk tanah arwah ibu bapa sahaja. Lepas itu saya akan menginap di hotel dan tidak akan menginap di rumah.

“Selepas kehilangan ibu bapa dan selepas jadi duda, hubungan saya dengan adik-beradik juga semakin jauh. Saya tidak nafikan, personaliti saya sendiri yang membuatkan ini semua berlaku," ujarnya.

Mendengar cerita daripada Mamat, nyata ada sebab mengapa dia tidak mahu berada lama di kampung halamannya.

“Masa saya di Johor, ketika saya baru lepas bercerai, situasi itu banyak memberi tekanan kepada diri saya. Saya lebih banyak mengurungkan diri sendiri di rumah dan menyisihkan diri daripada orang ramai. Saya duduk di rumah seorang diri sahaja.

“Selepas itu saya berpindah ke Kuala Lumpur dan di sini saya rasa mampu membawa saya ke hadapan semula. Apatah lagi, tinggal dengan rakan-rakan yang banyak memberi semangat kepada saya," jelasnya.

Kesilapan silam

Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh Mamat, sokongan rakan-rakan amat penting apatah lagi dia sebelum ini pernah terlibat dengan najis dadah suatu ketika dahulu, bertahun-tahun lamanya.

“Terus terang saya katakan, saya sudah tidak menghisap dadah, saya sudah bebas. Sekarang saya juga sedang cuba untuk kurang bertemu dengan rakan-rakan yang masih menghisap dadah supaya tidak terus terpengaruh," jelasnya.

Mamat mengakui kesilapan silam itu sememangnya berpunca daripada dirinya sendiri,  akibat sikap manjanya terhadap pihak pengurusan.

Malah keputusan Mamat untuk keluar daripada Exist pun dibuat kerana dia tidak mahu berpisah dengan pihak pengurusan ketika itu, Jojo Production. Ini berbeza dengan pilihan anggota lain yang semua mahu berpindah keluar dan berdikari.

“Saya manja dan terlalu mengharap seseorang untuk mengurus saya. Sikap itu telah membuatkan saya terjerumus dengan kesilapan demi kesilapan. Tetapi saya tidak pernah berputus asa. Sekurang-kurang kesilapan itu mengajar saya erti kehidupan.

“Bagaimana untuk menguruskan sesuatu masalah dan bagaimana untuk mengubah sikap untuk terus maju ke hadapan," katanya.

Ditanya tidakkah dia tertekan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya sehingga kini, jelas Mamat, dari luaran memang nampak dia kuat, tetapi hakikatnya dia sedih mengenang pandangan orang terhadap dirinya.

“Tipulah kalau saya kata tidak sedih. Saya memang sedih sebab kesilapan silam itu sering diperkatakan dan ia sentiasa muncul.

“Masyarakat kena tahu bila kali terakhir mereka bertemu dengan saya? Mereka masih lagi membaca bahan berita daripada internet yang sudah basi.

“Saya memang tidak akan bertolak ansur dengan orang yang sengaja mengungkit cerita lama saya. Mereka boleh kutuk orang yang melakukan kesilapan tetapi mereka perlu fikir yang mereka juga tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.


“Kisah silam saya adalah sejarah yang patut diteladani. Barangkali ia  menjadi satu kenangan pahit buat diri saya, tetapi banyak iktibar yang boleh dicari oleh orang lain daripada kisah saya," jelas bapa  kepada tiga orang anak ini.

Kongsi Konten di :


Quote reenz013 23-1-2015 11:45 AM
teruk tol muka shireen mcm botol kicaplak
Quote krukx 23-1-2015 11:49 AM
Ramai gak anak mamat...
Quote cektim 23-1-2015 11:49 AM
Edited by cektim at 23-1-2015 11:50 AM
highcastle replied at 23-1-2015 11:39 AM
Aku lebih kesian kat Ringgo drummer fotograf, ntah apa jadi dia dalam penjara obersi sana........... ...

aku tolong risik utk ko..

Soseh Soseh: Ringgo Fotograf  dalam proses parol

BARU-BARU ini SS terdengar lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal nyanyian kumpulan Fotograf yang popular sekitar era 90-an dimainkan satu stesen radio. Secara spontan, SS terkenangkan Allahyarham Shamrin yang sudah meninggalkan kita dan seorang lagi anggota­nya, Ringgo yang pernah menggemparkan peminat dengan kes dadah di Venezuela.
  Bekas pemain dram yang bernama sebenar Sham Ahmad ini ditahan di pusat tahanan negara itu sejak November 2007 kerana disyaki terbabit dengan pengedaran dadah.


Khabarnya, sejak meninggalkan Fotograf, Ringgo bergiat aktif sebagai pelukis dan komposer lagu. Dia dikatakan mengikuti rombongan misi pelancongan ke luar negara dan ditahan ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia.

  SS difahamkan, Ringgo dan seorang lagi rakyat Malaysia ditahan kerana salah satu beg yang dibawanya mengandungi kokain seberat 4.6 kilogram. Dia ditahan di lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran. Setakat inilah info yang SS tahu mengenai kes ini kerana selepas itu tiada lagi apa-apa perkembangan mengenainya ditulis dalam media cetak.

  Mungkin kerana teringat sangat, SS spontan menghubungi bekas pengurus kumpulan ini yang lebih dikenali dengan nama Mr Big. SS lega bercampur gembira kerana dia sudi bercerita mengenai perkembangan terkini Ringgo. SS tambah gembira apabila Mr Big memberitahu dia sering berurusan dengan Ringgo menerusi e-mel dan bekas artisnya kini sudah tidak lagi ditahan di penjara.

  Selepas perbicaraan, pihak berkuasa Venezuela mendapati ada unsur-unsur penganiayaan terhadap Ringgo. Jadi mereka memutuskan Ringgo dikenakan parol selama dua tahun. Dia perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana sebulan sekali. Kiranya hukuman ini boleh dikatakan seperti pesalah kediaman terhad.

  Tambah Mr Big, keadaan kesihatan Ringgo juga baik dan dia selalu bertanyakan perkembangan tanah air dan melahirkan perasaan sedih apabila Shamrin meninggal dunia. Ringgo semakin mendekati agama apabila sering mengikuti pendakwah-pendakwah Arab menyebarkan ajaran Islam di negara itu.

  SS mengucap kesyukuran sebaik mendengar cerita ini dan mendoakan Ringgo terus bersabar menanti saat pembebasannya. Tentunya dia teruja menunggu detik untuk bertemu semula keluarga tersayang, kawan-kawan serta peminat yang sering mendoakan kesejahteraannya selama ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/07/06 - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articl ... thash.1EoPHdbS.dpuf


Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.223419 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top