CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pesan Rozana Kepada Awie, Rezeki Melimpah Ruah Itu Mungkin ‘Istidraj’?

27-1-2015 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20151| Komen: 80

Pesan Rozana Kepada Awie, Rezeki Melimpah Ruah Itu Mungkin ‘Istidraj’?


Perbalahan antara Awie dan isterinya, Rozana Misbun seolah-olah tiada penghujung. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan menerusi media. Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini mahkamah telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. 


Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. Namun apabila Rozana ingin bertemu anak-anaknya, pelbagai tindakan yang telah dilakukan oleh Awie untuk menghalang pertemuan daripada berlaku.



Awie menerusi Sinar Harian semalam mengakui tindakan yang diambilnya adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anaknya serta mahu memberi pengajaran kepada Rozana. Menariknya, Awie turut sama meminta Rozana memulangkan sejumlah wang yang pernah diamanahkan kepadanya. Kata Awie:-

Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya. Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan.

Namun Rozana hari ini menerusi satu temubual panjang lebar bersama portal Murai (klik sini untuk baca interview sepenuhnya) telah mempersoalkan tindakan Awie yang sengaja mencederakan emosi anak-anak mereka kerana memisahkan dengan ibu. Kata Rozana:-

Kalau Awie benar-benar ikhlas memikirkan kebajikan anak-anaknya, dia tidak akan tergamak mengenakan injunksi yang menghalang saya dari mendekati anak-anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang, belaian serta perhatian dari seorang ibu.
Awie sendiri yang sebenarnya menyebabkan emosi dan mental anak-anak saya terganggu dengan ‘perpisahan mengejut’ selama 7 bulan dari ibu mereka ini yang tidak pernah berenggang dari mereka sejak kelahiran mereka ke dunia.
Kalau betul pun dia nak ‘mengajar’ saya, banyak lagi cara lain yang tidak memudaratkan emosi, mental dan fizikal saya sebagai seorang wanita yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Kalau dia berniat untuk membuat saya terseksa akibat terpisah dari anak-anak, ketahuilah bahawa anak-anak sebenarnya yang lebih menderita.

Apabila diminta mengulas saranan Awie yang mahukan dirinya bertaubat, Rozana telah memulangkan paku buah keras. Pedih kalau Awie baca nie. Kata Rozana:-

Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat.Tapi sebelum nak suruh orang lain bertaubat, eloklah Awie bermuhasabah dirinya dulu. Janganlah asyik mendabik dada dengan rezeki yang melimpah ruah sebab mungkin itu ‘Istidraj’ dari Allah!

Entahlah Abang Nara tak tahu siapa yang berada di pihak benar antara Awie dan Rozana Misbun. Apa yang Abang Nara tahu ialah impak negatif yang diterima oleh anak-anak mereka. Membesar dengan melihat ibu bapa tidak bersama, pastinya memberikan kesan kurang baik kepada tumbesaran mereka. 


Di kala mereka memerlukan kasih sayang kedua-dua ibu bapa, Rozana dan Awie pula bertelagah. Sedih Abang Nara dengan nasib yang menimpa anak-anak ini. Semoga Awie dan Rozana akan berjumpa jalan penyelesaian yang terbaik demi masa depan anak mereka.


6

Bagus
3

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangcomel 26-1-2015 04:54 PM
aiyoo tak abes2 lg gado
tp mmg btol la
yg jd mangsa anak2 sebenarnya
kesian kat diorg
Quote NAT_11 26-1-2015 05:00 PM
Rozana pun patot muhasabah diri tentang wang melimpah ruah
yang diamahkan oleh suami kepadanya untuk dijaga bagi pihak
anak-anak tetapi sudah disalahgunakan sampai kering. Mingkinkah
ini 'istidraj Allah' untuk menguji sejauh mana kasih sayangnya
terhadap anak-anak...............???
Quote CrowneGlory 26-1-2015 05:01 PM
Silap2 anak2 tu lg matang dr mak bapak nanti... Xperla kalau rozana yg betul ..satu hari bdk2 tu besar jugak ttp cari mak dorg.. Sampai bila bapak nak halang
Quote CrowneGlory 26-1-2015 05:01 PM
Silap2 anak2 tu lg matang dr mak bapak nanti... Xperla kalau rozana yg betul ..satu hari bdk2 tu besar jugak ttp cari mak dorg.. Sampai bila bapak nak halang
Quote damian_lee 26-1-2015 05:04 PM
dua2 perlu kawal diri dari mengaibkan antara satu sama lain ...
Quote PongKang 26-1-2015 05:26 PM
Lor tu kan trust fund anak2.. pulang je blk. Abis cite. Bende cerai cite lain
Quote sheetRock 26-1-2015 05:30 PM
satu aku suke awiee nih...camne pun...dia sgt bertanggungjawab nak jaga anak2 dia... jaga mak dia... kes dia n bini dia nih..wpun aku rasa tak patut dia nak menjauhkan mak n anak2 kan...

tapi kebanyakan laki kat luar sane tuh...kalau nak dibanding kan dgn si awie nih..baik lagi awie.. huhuh... kalau bab anak2 berkira sungguh laki2 kat luar tuh wpun tak semua... duit berkira.mkn pakai berkire.dgn bini berkire.semua2 berkire la... bila da bercerai...lagi la ganda2 berkire...
Quote starcity 26-1-2015 05:39 PM
Dua2 kena muhasabah
Quote matahari7001 26-1-2015 06:20 PM
kalau wang anak, mak pakai untuk kegunaan sendiri, mak wajib bayar blik huhu
Quote rosevelvet 26-1-2015 06:28 PM
sheetRock replied at 26-1-2015 05:30 PM
satu aku suke awiee nih...camne pun...dia sgt bertanggungjawab nak jaga anak2 dia... jaga mak dia... ...

Itu bab x bkira la kann. Tp ada lelaki yg berkira tp x pernah pukul bini. Ada pro n cons
Quote animcute 26-1-2015 06:38 PM
Klu Awie tak bagi anak2 berjumpa Rozana even after she got the decision from mahkamah, baikle gi report perkara ni dari bertekak kat media...
Rozana pun silalah muhasabah diri juga....start dari memula ko gateyyy nak merampok Awie ni dulu....dan berapa banyak hati yg ko dah robek ...
Quote bolehblah 26-1-2015 06:41 PM
Pakai duit anak pastu bajet good.
Quote cupu 26-1-2015 06:48 PM
ruzana tu mmg nmpk muka jht...patuta gn duit xingt ank...klu cantik xper...ni....
Quote tariktali 26-1-2015 07:34 PM
rozana tak pena bg statement yg deny die guna duit anak2 tu. nmpk nye mmg betul la kot die guna abis duit tu bli handbag2 bagai
Quote fafa_taufufa 26-1-2015 07:43 PM
Kenape tak settle diam2 je..heboh2 ni malu kat org je...
Quote kupkapp 26-1-2015 07:59 PM
bile la nk abes gaduh ni. muak nyeee
Quote miss_baby 26-1-2015 08:16 PM
dah serupa linda onn si rozana nih
Quote cruisekeanu 26-1-2015 08:58 PM
orang tak ada KBKK cam ni le bila gaduh
masa bercinta siap rampas merampas
bila bercerai habis cerita buruk dijaja

Awie tu bukannya muda
dalam usia cam ni sepatutnya dia dah hidup aman bahagia
cuba le buat refleksi diri
Quote Madel 26-1-2015 09:00 PM
Suka je aku tenguk 2 laki bini ni bergasak..
Lawak la si awie ni...suh bini bertaubat...dah tu dia buka club malam, jual arak...laki pompuan bercampur gaul tak ada batasan...bagi anak bini makan duit haram
Tak perlu bertaubat kah..

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079403 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top