Kuasa Guru Merotan Murid Telah Ada Sejak 1959
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, KPM perlu melihat semula peraturan sedia ada sama ada boleh ditambah baik atau diubah kerana situasi sekolah pada hari ini berbeza dengan zaman dahulu. “Pekeliling tersebut digubal pada tahun 1959 yang mana pada ketika itu merotan tidak menjadi isu seperti sekarang. “Guru-guru turut melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan dikenakan hukuman sekiranya merotan disenaraikan sebagai satu jenayah, walaupun dalam pekeliling itu membenarkan guru untuk merotan murid,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Berdasarkan peraturan itu, KPM memberi kuasa kepada pengetua atau guru besar untuk menjalankan hukuman merotan bagi menjaga disiplin murid-murid yang juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan.
|
ADVERTISEMENT