View: 1933|Reply: 6
|
[Tempatan]
Kuasa guru merotan murid telah ada sejak 1959
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957 yang memberi kuasa kepada guru untuk merotan murid.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, KPM perlu melihat semula peraturan sedia ada sama ada boleh ditambah baik atau diubah kerana situasi sekolah pada hari ini berbeza dengan zaman dahulu.
“Pekeliling tersebut digubal pada tahun 1959 yang mana pada ketika itu merotan tidak menjadi isu seperti sekarang.
“Guru-guru turut melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan dikenakan hukuman sekiranya merotan disenaraikan sebagai satu jenayah, walaupun dalam pekeliling itu membenarkan guru untuk merotan murid,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Berdasarkan peraturan itu, KPM memberi kuasa kepada pengetua atau guru besar untuk menjalankan hukuman merotan bagi menjaga disiplin murid-murid yang juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman tok aku...dah ado public canning lah....dibuek maso assembly ...hanya guru besar yang lakukan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mommymonster82 at 2-2-2015 06:30 AM
Sama ada madam lok ni xbaca pekeliling terbaru atau wartawan tulis xhabis..lapor sekerat2.. Sbb seriusly sbg guru madam lok patutnya mm sedia maklum dah pasal hukuman rotan ni..tatacara dan siapa yg boleh rotan... Mustahil dia xtahu.. Tu yg saspek laporan ni ditulis xsepenuhnya .... Ce kabo skit guru mn yg boleh rotan n tatacara merotan ikut pekeling terkini? Sama ke mcm zmn 60 an dulu? Jgn kt 60 an.. 80 an 90an?
Wartawan jgn tulis ikut sedap jer |
|
|
|
|
|
|
|
Budak-budak skrg mengada-ngada....nanti jentik pun tak blh...klu marah , dikata penderaan mental pulak...
Biar je dorang nk buat apa....
Pasangan ideal ni mesti setuju kan @razhar @dino kannnn....... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau guru pun lembik cmne la murid nk dengar cakap.
ak perasan guru sekarang mcm lembut sgt. x mcm dulu kalau x hinggap pembaris besi kt tangan tak sah |
|
|
|
|
|
|
| |
|