Pelakon Terkilan Shooting 11 Hari, Payment Rm50?
Kuala Lumpur: Hanya RM50 bayaran diterima. Itu nasib malang menimpa seorang pelakon selepas menjalani penggambaran sebuah filem di Sabak Bernam, Selangor, sejak November tahun lalu. Lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Khai, 20, mendakwa ditawar watak kecil oleh sebuah syarikat perfileman selepas mengadakan rundingan di Bandar Baru Sentul pada 10 November tahun lalu.
Menurutnya, dia bersetuju untuk berlakon selama 11 hari dengan bayaran RM100 sehari berdasarkan perjanjian. “Tambahan pula tempat tinggal dan duit petrol kenderaan disediakan syarikat itu menyebabkan saya tertarik. “Bagaimanapun sebaik tiba sampai di lokasi penggambaran, pihak produksi memberitahu jadual perlu dirombak menyebabkan saya dan seorang lagi rakan yang turut ditawarkan berlakon hanya memulakan penggambaran pada hari kelapan,” katanya yang sudah lima tahun menjadi pelakon tambahan. |
cingai replied at 3-2-2015 06:35 PM
Dulu Cili Padi ada wat shooting, kazen aku jd org yg lalu lalang kt blakang pelakon utama, dpt RM50. ...
ADVERTISEMENT