CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Peminat Bertambah, Bakal Adakan Gathering - Nuha

10-2-2015 03:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34269| Komen: 224

Saya tidak takut sebab tak salah



BELUM pun sampai tiga bulan usia penglibatannya dalam dunia hiburan, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Nuha sudah terjerat dengan kisah kurang menyenangkan.


Semuanya gara-gara empunya badan telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan keadaan terlebih mesra bersama penyanyi lelaki yang juga lahir menerusi program AF2014, Ewal.

Dalam gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, @nuhaaf2014official, jelas kelihatan Nuha mengambil gambar dalam keadaan posisi badannya begitu rapat dengan badan Ewal.


Lantas Nuha atau nama sebenarnya, Syamila Nuhair Zainordi, 22, dikecam hebat kerana bergambar dengan lelaki bukan muhrim dalam keadaan yang keterlaluan dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita berhijab.

Terkesan dengan tohmahan tersebut, gadis berasal dari Manjong, Perak itu difahamkan telah memadam gambar kontroversi terbabit demi mengelakkan lebih banyak kata-kata nista dilemparkan kepadanya.

Kosmo! menghubungi Nuha bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tersebut.

Kosmo!: Seperti yang Nuha sedia maklum, nama anda menjadi bualan hangat baru-baru ini kerana sekeping gambar dengan Ewal yang mendapat respons kurang baik dalam kalangan pengikut anda. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu itu?

NUHA: Bgai saya, perkara ini bukan masalah besar sebab saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu.

Segalanya terjadi dengan tidak sengaja dan dalam keadaan spontan. Masing-masing sedang sibuk dengan penggambaran sebuah program pada waktu itu dan secara tiba-tiba ada rakan yang mahu mengambil gambar kami. Jadi, secara pantas kami berdua menunjukkan pose masing-masing.

Dengan keadaan bilik yang kecil, jadi saya terpaksa menundukkan sedikit bahagian badan.

Pada waktu mahu memuat naik gambar itu, saya tidak fikir apa-apa yang tidak betul pada gambar tersebut. Selepas memuat naik, saya menyambung semula kerja yang dilakukan
Tujuan saya memuat naik gambar itu hanyalah untuk mempromosikan rancangan yang saya sertai iaitu Karok La Kau yang disiarkan di Astro Ria

Tidak sangka pula gambar itu mencetuskan buah mulut orang. Kalau orang di luar sana masih mahu bercakap buruk tentang saya, saya tidak kisah, sebab saya tahu saya tidak salah. Apa yang penting, saya tahu siapa diri saya, itu sudah cukup.

Adakah sebelum memuat naik gambar itu, anda sudah berfikir panjang memandangkan anda kini sudah bergelar artis dan apa sahaja yang dilakukan akan mendapat perhatian umum?

Pada awalnya, memang saya rasa agak pelik dengan gambar itu sebab kedudukan kami berdua memang nampak rapat tetapi seperti yang saya katakan tadi, ketika itu keadaan kelam- kabut dan saya mahu cepat. Lagi pula saya tahu keadaan sebenar kami berdiri ketika itu, sebab itulah saya tiada masalah untuk berkongsi gambar tersebut di laman sosial.

Sebagai seorang artis dan gadis yang berhijab, saya tahu batas-batas pergaulan. Tidak mungkin saya tidak terfikir tentang perkara seperti itu. Cuma, mungkin keadaan kami pada waktu itu tidak disengajakan, itu sahaja. Orang boleh bercakap apa sahaja.

Terpulang kepada semua kalau masih mahu bangkitkan lagi isu gambar itu. Sejujurnya, saya sudah penat mahu menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak. Makin dilayan makin ramai yang bertanya.

Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak ambil kisah lagi dengan isu tersebut. Untuk meredakan keadaan, saya juga sudah buang gambar itu daripada akaun Instagram saya.

Bukan sebab takut tetapi saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar dan risau juga kalau ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan gambar itu. Jadi, lebih baik saya buang awal-awal.

Bagaimanakah reaksi Ewal ketika gambar kalian dikecam oleh peminat? Reaksi keluarga anda pula bagaimana?

Ewal tiada masalah. Sewaktu gambar itu menjadi bualan ramai, dia ada bertanya kepada saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Namun, saya katakan kepadanya, supaya buat tidak tahu sahaja.

Kami yang berada di situ dan kami tahu bagaimana situasi sebenar. Kami berdua memang rapat sebagai seorang kawan dan Alhamdulillah, Ewal memahami keadaan yang berlaku. Sebab itu dia pun jenis yang tidak ambil pusing dengan kritikan orang.

Keluarga saya juga tiada apa-apa masalah. Mereka lebih tahu diri saya berbanding orang di luar. Tidak timbul apa-apa masalah antara saya dengan keluarga disebabkan gambar itu.
Selain kisah gambar tersebut, selepas tiga bulan keluar daripada AF2014, bagaimana perjalanan karier anda?

Alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani penggambaran sebuah program kebajikan yang diterbitkan Astro. Program ini berkaitan dengan lawatan dan bantuan kepada pesakit-pesakit kanser. Saya juga dalam perancangan mahu keluarkan single terbaharu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Kalau boleh, saya mahu terbitkan lagu ciptaan sendiri tetapi semuanya bergantung kepada Astro. Selain itu saya juga sibuk memenuhi undangan nyanyian.

Punca nye ini lah;








Nuha AF 2014 Tidak Had Pergaulan Bersama Peminat



Pemenang tempat keempat Akademi Fantasia 2014, Syamila Nuhair atau lebih dikenali Nuha, bukan sahaja mempunyai bakat yang tersendiri. Malah nyanyiannya sentiasa mendapat pujian dari juri tetap semasa konsert mingguan. Namun perjalanan Nuha sedikit tercalar kerana dia hilang fokus ketika konsert akhir dan menjadikan dirinya hanya menduduki tempat keempat. Tetapi tidak mengapa kerana Nuha mempunyai peminat yang tersendiri yang begitu menyayangi dirinya.

Jika diperhatikan, artis tempatan kebanyakkannya mempunyai kelab peminat masing-masing. Ini bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukan mereka tetapi mereka juga memerlukan sokongan peminat yang tidak pernah jemu menyokong dari belakang. Ini diakui sendiri oleh Nuha kerana padanya kelab peminat amat penting. Motif utama saya mengadakan kelab peminat ini adalah untuk menghargai setiap peminat yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan seni saya yang baru bermula ini. Selain dari itu inilah masanya untuk saya berjumpa dengan penyokong kuat saya selama ini yang bersusah payah dan bersama saya tidak kira saya jatuh mahupun tidak. Kelebihan mempunyai kelab peminat ini supaya saya mempunyai  fan base yang kuat untuk sebarang acara yang memerlukan sokongan padu dari mereka”.

Apabila seseorang artis itu mempunyai ramai peminat, kadang-kadang agak sukar untuk mereka mengawal peminat mereka. Lebih-lebih lagi yang terlampau fanatik dan tidak kurang juga yang memberi kritikan yang agak pedas. Tetapi bagi Nuha dia ada cara tersendiri untuk mengawal peminat-peminatnya. “Saya seorang yang peramah sebenarnya. Saya memang akan membalas komen-komen dari peminat selagi mampu. Tidak kiralah apa sahaja pertanyaan dari mereka. Saya akan balas. Saya tidak wujudkan had antara saya dan peminat. Peminat fanatik memang ramai. Tetapi saya belajar cara untuk menangani segalanya dengan baik. Saya berikan ruang yang adil dikalangan peminat saya. Saya cuba bahagikan masa sama rata terutama di laman sosial seperti Instagram mahu pun Facebook”, kata Nuha panjang lebar.

Pada 21 Februari nanti, Nuha akan mengadakan perjumpaan bersama kelab peminat-peminatnya. Majlis yang diberi nama Nuha’s Troop Gathering akan berlangsung di Bora Ombak bermula jam 2 petang. Jika anda di luar sana mahu bertemu dengan Nuha secara lebih dekat dan mahu turut sama gathering ini, boleh hubungi Harney  di talian 012-634 1952 atau Niza, 019-548 3258.

Mengenai perkembangan terkini, Nuha dalam proses menunggu rakaman lagu keduanya. Perancangan untuk membuat sememangnya ada namun Nuha perlu mengikut procedure pihak pengurusannya.


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-2-2015 12:10 AM
Lagu dia tu mcm lagu omputih ape tu kan. Xbest langsung
Quote Orix 7-2-2015 12:10 AM
@sepitsiput mohon sepatah dua kata
Quote mikimius 7-2-2015 12:11 AM
awkward nye pic die
Quote Syd 7-2-2015 12:12 AM
belum sempat lagi ai panggey partner in crime ai ols, kaka @sepitsiput  

@Orix dah wat keje2 sukarela


sori laaa..

ai tengah gigih melayan @GhostWalking bergosip pasal kuala lumpur. hahahaha

korang pecaya ke gosip pasal kelumpo?




Quote Syd 7-2-2015 12:13 AM

penah sekali tuh
time tengah dia nyanyi
mak ai lalu..
then dia terhenti dan terpandang kat tv

dia ckp

jantan mana nyanyi tuh?




Quote mikimius 7-2-2015 12:15 AM
Syd replied at 7-2-2015 12:13 AM
penah sekali tuh
time tengah dia nyanyi
mak ai lalu..

hahahahhhaha. iols plak nyampah tgk die gedik2 dpn camera..yg g pangkor ritu..dia mcm trying to hard jd tomboy la..
Quote debab_78 7-2-2015 12:21 AM
Aku xpaham knp pic tu bleh jd isu... bukannya pic atas katil ke apa... ni tipikal mcm budak2 skolah ambik gmbar je....
Quote Syd 7-2-2015 12:24 AM
debab_78 replied at 7-2-2015 12:21 AM
Aku xpaham knp pic tu bleh jd isu... bukannya pic atas katil ke apa... ni tipikal mcm budak2 skolah  ...

khenz?

kalau gambar tu hawt, dah lama KHK amek gambar tuh buat bahan.

tok adi pung kuar bawak cangkul

si Ah Fatt pung musti dah awal2 lagi dah suruh dorang p mandi wajib
Quote chaintea 7-2-2015 12:31 AM
Sore dia x sdp didengar
For me la
Quote santubung 7-2-2015 12:32 AM
Edited by santubung at 7-2-2015 05:42 PM
debab_78 replied at 7-2-2015 12:21 AM
Aku xpaham knp pic tu bleh jd isu... bukannya pic atas katil ke apa... ni tipikal mcm budak2 skolah  ...

gambar tu tak der isu apa pun .... cuma si nuha tu melatah x ingat dunia
Quote shalola 7-2-2015 12:35 AM
say babai je la dik
Quote Syd 7-2-2015 12:36 AM
santubung replied at 7-2-2015 12:32 AM
gambar tu tak der isu apa pun .... cuma si nuha tu melatah x ingat dunia

sorang jer yg tegur, s ...

dia tak mo join sini kah?
lagi meriah

boleh laa berjemaah gituh


Quote SayaSayangMama 7-2-2015 12:40 AM
Eii xkosser  sape la yg minat dia ni.
Quote santubung 7-2-2015 12:50 AM
Syd replied at 7-2-2015 12:36 AM
dia tak mo join sini kah?
lagi meriah

ko nak soh nuha maki ko sekali ker?
Quote Syd 7-2-2015 12:52 AM
santubung replied at 7-2-2015 12:50 AM
ko nak soh nuha maki ko sekali ker?

cer laa dia masuk sini..

salam dia kasi, rasanya ramai yang sambut


Quote santubung 7-2-2015 12:54 AM
Edited by santubung at 7-2-2015 05:43 PM
Syd replied at 7-2-2015 12:52 AM
cer laa dia masuk sini..

salam dia kasi, rasanya ramai yang sambut

sambut ngan buat aper
Quote sepitsiput 7-2-2015 12:58 AM
Orix replied at 7-2-2015 12:10 AM
@sepitsiput mohon sepatah dua kata

motif calling meols?

untunglah wat fans gathering bagai..mesti ramai2 puak2 porem ni yg pegi khenn ... hv fun!
Quote Syd 7-2-2015 12:59 AM
sepitsiput replied at 7-2-2015 12:58 AM
motif calling meols?

untunglah wat fans gathering bagai..mesti ramai2 puak2 porem ni yg p ...

sbb tu ai ols seru nuha masuk porem cari.
tanda sokongan pada peminat2 dia
yang gigih bukak thread
yang ala2 tukang jaga imej dia

Quote jayzzie 7-2-2015 12:59 AM
shernazz replied at 7-2-2015 12:10 AM
Lagu dia tu mcm lagu omputih ape tu kan. Xbest langsung

Mcm lagu gotye kan? Somebody i use to know..

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070437 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top