CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ikan Rm1 Sekilo?

10-2-2015 06:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11969| Komen: 72

Ikan Rm1 Sekilo?

Alor Setar: Harga pasaran ikan kembung di negeri ini mencatat penurunan sehingga RM1 sekilogram (kg) berikutan berlaku lambakan akibat musim angin timur ketika ini sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, mendapati harga ikan kembung dijual antara RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) bergantung kepada saiz dan kesegaran menyebabkan pelanggan memenuhi kawasan pelantar itu sejak jam 6 pagi.

Malah, lambakan ikan kembung jenis pelaling itu mendapat sambutan terutama dalam kalangan peniaga restoran dan kedai makan kerana harga yang murah berbanding sebelum ini apabila mencecah sehingga RM6 sekilogram.

Kebanyakan nelayan menganggap ia sebagai rezeki buat mereka kerana hasil tangkapan ikan yang diperolehi setiap hari sejak dua minggu lalu habis dibeli pelanggan.

Peniaga ikan Salmiah Ramli, 50, berkata ikan kembung yang dijual di gerainya mendapat sambutan pelanggan dari luar untuk mendapatkan ikan segar dan harga murah.

Katanya, peniaga juga terpaksa menjual pada harga murah disebabkan lambakan ikan begitu banyak setiap hari kerana ada di kalangan nelayan mampu membawa pulang sekurang-kurangnya satu tan atau lebih ikan sehari.

“Daripada membiarkan ikan busuk atau tidak habis dijual, kami bersepakat menurunkan harga, tetapi tidak menentu setiap hari.

“Kalau tangkapan kurang, harganya tinggi sikit, tetapi jika hasil tangkapan melebihi daripada jangkaan, harganya akan terus turun sehingga RM1 satu kg,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nelayan Mahadi Mohammad, 42, berkata hasil tangkapan yang diperolehi tidak menentu dan biasanya nelayan di kawasan itu membawa pulang antara 500 kilogram hingga satu tan disebabkan ikan yang banyak.

Bagaimanapun, katanya, tangkapan udang dan sotong berkurangan menyebabkan harganya tinggi berbanding ikan kembung jenis pelaling dan borek yang melambak di pasaran.

“Keadaan cuaca yang baik memberi rezeki buat kami menangkap ikan sejak awal pagi hingga petang dan ada yang pulang pada waktu malam dengan hasil tangkapan yang banyak.

“Lambakan ikan di pasaran sehingga sekarang membuatkan nelayan memperoleh hasil sangat memuaskan, tetapi tak pasti bila musim angin timur ini akan berakhir,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Baharudin Kadri mengesahkan berlaku penurunan harga ikan yang banyak sehingga ada peniaga terpaksa menurunkan harga sehingga RM1 satu kg sejak musim angin timur ini bermula dua minggu lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memastikan hasil tangkapan ikan mencukupi sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini kerana semuanya bergantung pada keadaan cuaca.

“Setakat ini, kira-kira 8,000 nelayan di negeri ini turun ke laut dan memperoleh hasil tangkapan banyak terutama ikan pelaling yang memberi rezeki kepada mereka,” katanya.

7

Bagus
9

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cm_asamkumbang 9-2-2015 01:17 PM
Murahnya. Itu hari beli rm7 sekg
Quote noell 9-2-2015 01:18 PM
bukan dah hada ka cerita neh??
Quote prettyuglybabe 9-2-2015 02:50 PM
ikan kembong goreng garing makan dengan nasik panas + kicap



eh.. terasa macam kucing pulak
Quote Modngengade 9-2-2015 02:53 PM
prettyuglybabe replied at 9-2-2015 02:50 PM
ikan kembong goreng garing makan dengan nasik panas + kicap

buat masak singgang  pun sodap!!!!!
Quote obelisk 9-2-2015 02:53 PM
hmmm asam pedas ikan kembong
Quote jofizo 9-2-2015 02:55 PM
cari yg sedang2.... goreng, ratah jer time panas2.........
Quote jazaa 9-2-2015 02:57 PM
cm_asamkumbang replied at 9-2-2015 01:17 PM
Murahnya. Itu hari beli rm7 sekg

Rm7 sekilo?...

Hari tu aku beli ikan kembung goreng keras kejung sekor rm5.....
Quote babydoll 9-2-2015 02:58 PM
prettyuglybabe replied at 9-2-2015 02:50 PM
ikan kembong goreng garing makan dengan nasik panas + kicap

ya Allah..sedapnye..mkn tu saje mau tambah 3 pinggan.dah terbayang2 dah ni..
lupa abes pasal diet. hahaha!!
Quote prettyuglybabe 9-2-2015 02:59 PM
Modngengade replied at 9-2-2015 02:53 PM
buat masak singgang  pun sodap!!!!!

tak pernah try.. apa resepi?

biasa suka goreng saja atau buat sambal, masak kicap, masak berlado atau asam pedas je
Quote ibu_haritz 9-2-2015 03:05 PM
aku klu blk kg beli kembung fresh baru naik..1kg RM4
kelmarin beli sotong baru naik 1kilo setengah RM 11 je...
Quote prettyuglybabe 9-2-2015 03:08 PM
babydoll replied at 9-2-2015 02:58 PM
ya Allah..sedapnye..mkn tu saje mau tambah 3 pinggan.dah terbayang2 dah ni..
lupa abes p ...

sila pergi goreng ikan kembung sekarang
Quote cik_tonggek 9-2-2015 03:09 PM
heyyyy tt @Modngengade chuols suker nipu khuennn
tampan lah sado lah
ujong2 hampaaaaaa
bantut mood akak  nak rembes di petang hari
Quote exclusive_vvip 9-2-2015 03:11 PM
leh wat ICT petang2...
Quote penari 9-2-2015 03:13 PM
nelayan tampan tu...dan memang benar2 tampan
Quote honeybee1802 9-2-2015 03:18 PM
ibu_haritz replied at 9-2-2015 03:05 PM
aku klu blk kg beli kembung fresh baru naik..1kg RM4
kelmarin beli sotong baru naik 1kilo setengah  ...

Murahnyaaa...ambe beli sutun rm23..sutun besor2 la tp
Quote Modngengade 9-2-2015 03:30 PM
cik_tonggek replied at 9-2-2015 03:09 PM
heyyyy tt @Modngengade chuols suker nipu khuennn
tampan lah sado lah
ujong2 hampaaaaaa :' ...

untuk tidak menghampakan chuolzsss



Quote razhar 9-2-2015 03:36 PM
jazaa replied at 9-2-2015 02:57 PM
Rm7 sekilo?...

Hari tu aku beli ikan kembung goreng keras kejung sekor rm5.....

dia tgk lu je..terus mark up rega..
Quote MelahJanda 9-2-2015 03:37 PM
Tampannnnn sgt
Quote Modngengade 9-2-2015 03:39 PM
prettyuglybabe replied at 9-2-2015 02:59 PM
tak pernah try.. apa resepi?

biasa suka goreng saja atau buat sambal, masak kicap, masak ber ...

Meh aku share bahan-bahan dan cara nak memasaknya…

Bahan-bahan:
Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris)
Serai (diketuk)

Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tauek..rendam dulu)
Ubi kentang (dipotong kiub saiz sederhana, aku masukkan ubikentang sebab kakak suka makan ibi kentang..ermm…jadi ibu-ibu ni memang kalaumasak kena fikir 2 dalam 1)

Cili merah (dihiris)
Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)

Tomato ceri
Garam secukup rasa

Serbuk kunyit sedikit

Cara membuatnya:

1.      Rebus air bersama bawang, halia, dengan ubikentang.

2.      Bila dah mendidih, masukkan pula asam kepingdengan suhun.

3.      Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telahdiketuk.

4.      Biarkan sampai mendidih semula, kemudianmasukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.

5.      Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikitserbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri danbolehlah padamkan api.

6.      Sedia untuk dihidang.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.061754 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top