CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Rania Marketing Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan

11-2-2015 11:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17055| Komen: 73

Syarikat MLM Beri Masa 14 Hari Untuk Azad Jasmin Betulkan Keadaan




Setelah pihak Azad Jasmin mengadakan sidang akhbar demi mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur sebuah syarikat MLM, kini Rania Marketing Sdn. Bhd. sendiri tampil untuk memperjelaskan perkara sebenar.

BACA: Eira Syazira & Azad Nafi Terlibat Lesapkan Duit Pelabur MLM Rania Marketing

Duta kepada syarikat tersebut, Mohd Hisham, mendakwa Datin Muniroh Shuhaimy dan suami tidak pernah menuduh bahawa Azad menggelapkan atau melarikan wang orang bawahannya seperti mana didakwa media.

“Ini semua salah faham, Datuk tak pernah mengatakan dalam mana-mana media bahawa dia menuduh Azad dan Eira Syazira menggelapkan atau mengambil sejumlah wang yang dinyatakan. Datuk hanya cakap mereka berdua mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200,000 semasa menjadi pengedar Rania sejak Mei 2014 sehingga sekarang”

“Kami yakin wujud kekeliruan dan salah faham daripada pihak Azad,” katanya yang turut memberitahu perancangan roadshow yang telah dirancang melibatkan Azad dan isteri turut terbatal ekoran daripada keputusan mereka menarik diri.

Selain itu, Azad juga turut dijemput daang ke pejabat urusan syarikat berkenaan bersama 1000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran yang sepatutnya.

“Mohon rangkaian Azad boleh beritahu apa masalah sebenar, siapa yang tak dapat pulangan. Dalam Utusan cakap sehingga 1000 orang. Bagi saya ini kekeliruan, 1000 orang boleh datang pejabat buat semakan,” katanya lagi.

Hisham menyatakan sebolehnya pihak mereka mahu perkara tersebut diselesaikan secara baik namun memberi 14 hari untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan.

1

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edmundo 11-2-2015 10:21 AM
Dua dua belit mcm ular. Pihak berkuasa tkkan senyap je.
Quote aderaderker 11-2-2015 10:24 AM
Jumpa orang mlm ngan ular pukul mlm dulu..
Quote owhgee 11-2-2015 10:26 AM
aderaderker replied at 11-2-2015 10:24 AM
Jumpa orang mlm ngan ular pukul mlm dulu..

Hehehehehehehehehehehehehehe.
Quote aviators 11-2-2015 10:29 AM
Pulakkkkkkkkk
Quote matahari7001 11-2-2015 10:30 AM
ntah knp la drg ni boley tertipu lg ngan sistem MLM ni?? ooo dirg ni tak penah bace penulisan aidid muaddib ni huhu..
eh mane aidid muaddib pg ea?
Quote atekome 11-2-2015 10:34 AM
Plik org msia nie dh rmai kna tipu ngn mlm, intenet scam tp ttp ade yg bterusan kna tipu..mmg plik bin ajaib
Quote ecahaha 11-2-2015 10:39 AM
hoh.. kebenaran tersingkappppp... menjawab la...
Quote MoCuishle 11-2-2015 10:42 AM
Akak syak yg si Azad & Eira ni hanya sembang kencang mengenai mcm mana nak expand network mereka sahaja.

Mungkin produk pun mereka ni tak kenal?

Downline-downline yang hard-up sangat mahu lepak dgn artis ni pun, setuju saja labur duit sebab udah dibrain-wash dgn kenyataan pendapatan sekian-sekian utk tempoh sekian-sekian.

Walhal mereka kena jual produk sebenarnya. Pasti si Azad & Eira hanya jual marketing plan akak syak.
Quote IxoraP 11-2-2015 10:43 AM
pulaak dh..
Quote kiyudi 11-2-2015 10:51 AM
selayaknya la...aku nyampah tgok muka gangster mamak azad ni....eeeeee
Quote makton 11-2-2015 10:56 AM
dari dulu aku tak berapa berkenan dgn azad ni. dlm berlakon duk terjerit2 mnggedik sakan.

so aku mmg tak kan percaya la cakap mamat ni klu jual apa sekalipun.
Quote sayangkid 11-2-2015 10:56 AM
muke pon ade ciri2 pasangan penipu..hrp dpt sumbat pasangan ni dlm jail..meluat btul..
Quote mdmvava 11-2-2015 11:40 AM
aku baru terserempak dgn derg ni kat langkawi last week, adoii azad ni ngan geng2 dia tolonglah, bajet glamer, jln2 pandang org, pooodah
Quote makciktijah 11-2-2015 11:51 AM
alahai loya betul.

ada ka orang nak melepak dengan azad dan eira tu? bukannya popular pun, berlakon filem2 hantu sampah je yang banyak.
Quote cikmi 11-2-2015 11:53 AM
org2 kita ni jenis pantang dgr cepat kaya tanpa buat keje....terus buntang bijik mata...
Quote Ferr_Remy 11-2-2015 11:55 AM
konsepnye.. mlm hanyalah utk retis2 pprt dan ummah 2 pprt kelas bawahan...
Quote syue86 11-2-2015 12:13 PM
jangan kecoh sana sini
karang KPDNKK dtg ambush
dr bley cari untung, terus sume lingkup

sume MLM yg kt Malaysia ni mcm tu
benda bley buat
bila ade group yg langgar peraturan
dtg KPDNKK die tutup sume
takde die sita group tu saja
bila dh sita, hapa pun tak dapat
siasatan tah selesai zaman bila

so berhati2lah yg buat Rania Marketing ni
sure KPDNKK tgh duk intai2
Quote DayangKirana 11-2-2015 12:26 PM
pls la..tak habis2 lagi ker pasal MLM caprut nih?

buat semak paper jer keluar cerita depa nie..statement after statement..semua taknak mengaku salah.. esok lusa, lepas senyap, ade lagi mangkuk hayun yang tertipu..

nak2 plak kalau yang promote tuh retis..gebang tak hingat.. cerita kencang ninnndiaaa... last2, debu2 kasih je la..duit poket melayang, semua dok ngaga..

padan kan muka jer la mampu...but this idiocy life-cycle will continues..
Quote anno_miss 11-2-2015 01:00 PM
Klu dah kluar citer cambi..ape tindakan pihak badan berkanun utk pantau..sbbnye ni melibatkan org ramai..

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.116119 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top