Sarimah Lega Pernikahan, Penceraian Sah KUALA LUMPUR - Pengacara dan penyanyi, Sarimah Ibrahim lega selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan dan penceraiannya dengan bekas suaminya warga Australia, enam tahun lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak. Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan. Sarimah dan Amir Andrew John Browning hadir ke mahkamah dua hari berturut-turut bagi mendapatkan pengesahan pernikahan mereka di Islamic Foundation of Ireland pada 13 Mei 2006 dan lafaz cerai yang dibuat Andrew di rumah mereka di Mont Kiara pada 15 Mei 2009. Sarimah mengemukakan permohonan pengesahan pernikahan dan penceraian dengan bekas suaminya itu kerana artis itu bakal bernikah April depan. Pada prosiding semalam, Sarimah dan bekas suaminya memberi kenyataan berhubung penceraian itu. Sarimah menyatakan bahawa Andrew melafazkan “I divorce you” sebanyak tiga kali sambil disaksikan tiga adik lelakinya. Hakim mensabitkan jatuh talak tiga kali pertama terhadap mereka dan mengarahkan penceraian itu didaftarkan. Sementara itu, Sarimah yang diwakili peguam Marlina Amir Hamzah hadir ke mahkamah ditemani tunang dan adik lelakinya. Sarimah dan Amir bercerai selepas berkahwin hampir empat tahun dan tidak dikurniakan cahayamata. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kini Kau Tiada’ itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie. Majlis bakal berlangsung di Hotel Prince ada April depan.
|
GUNDUT replied at 14-2-2015 09:57 AM
Jamie ni la yang kena belasah dengan TMJ tu kan? Royalty yang kena reject dengan rakyat N9.
alesandra replied at 14-2-2015 10:58 AM
aku amat berharap sgt2 dia sambung balik la kat mixfm nanti2...bosan aku dengar aishah sinclair tu p ...
ida88 replied at 14-2-2015 12:17 PM
iols ingat iols sorg je rse aishah tu bosan
i prefer sarimah lagi dr aishah
alesandra replied at 14-2-2015 12:50 PM
kann.rod dah ok.aishah tu ya ampun... boring beno.dulu2 kdg2 sarimah on leave..ada je di ...
GUNDUT replied at 14-2-2015 09:57 AM
Jamie ni la yang kena belasah dengan TMJ tu kan? Royalty yang kena reject dengan rakyat N9.
ADVERTISEMENT