CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Munif Tidak Lupa Hijjaz

16-2-2015 05:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9301| Komen: 16

Munif Tidak Lupa Hijjaz


SUATU ketika dulu, Hijjaz berjaya mencapai zaman kegemilangannya sekali gus meletakkan nama mereka sebaris dengan nama kumpulan nasyid popular yang lain seperti Raihan, Rabbani dan Brothers.
       
Sedangkan laut ada pasang surutnya dan selari dengan peredaran masa, zaman kegemilangan nasyid juga semakin pudar dan itu juga yang dialami oleh Hijjaz.
       
Meskipun nama Hijjaz kini dilihat seakan-akan semakin menyepi dari industri hiburan tanah air, namun vokalis utamanya, Muniff Ahmad tidak berpendapat sedemikian.
       
Kata penyanyi berusia 40 tahun itu, 'kesepian' itu mungkin dilihat kerana kurangnya populariti yang diterima selain mereka yang kini lebih selesa berada di belakang tabir.
       
"Hijjaz masih lagi aktif. Kami masih lagi menghasilkan album dan menjayakan undangan persembahan," katanya kepada Zass.
       
Jelas Munif, Hijjaz yang dianggotai Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim kini lebih selesa menjalankan perniagaan masing-masing dalam menjamin keselesaan hidup pada masa depan.
       
"Masing-masing mempunyai minat yang berbeza, jadi kami lebih mudah bergerak sendiri.
       
"Kalau nak hidup lebih selesa, kami tak boleh bergantung pendapatan kepada bidang nyanyian semata-mata, kena ada usaha lain.
       
"Tetapi, walau apa sekalipun, kami tetap akan berkumpul jika ada perkara yang membabitkan Hijjaz. Sudah 17 tahun kami bersama baik ketika senang mahupun susah," katanya.
       
Berkongsi perkembangan baharu Hijjaz, Munif memberitahu, kumpulannya itu akan tampil dengan album baharu Hijjaz yang ke-20, Selawat Nabi siri kedua pada Mac depan.
       
"Proses rakaman sudah siap sepenuhnya, tinggal hanya untuk dipasarkan," katanya.
       
Selain itu, kata Munif, Hijjaz juga bakal terlibat dengan misi kemanusiaan musim sejuk di Syria dan akan bertolak ke sana pada 25 Februari ini.
       
"Pemergian kami ke sana bertujuan untuk menghantar misi bantuan kecemasan yang bernilai RM1 juta berupa projek pendidikan, saluran air kepada penduduk, keperluan sokongan, selimut dan pelbagai lagi.
       
"Selain kami, artis lain yang akan turut serta ialah Yatt Hamzah, Ali XPDC, Heliza Helmi dan  wakil delegasi Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sendiri," katanya.
       
 Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tabungsyria.com.
       
       
Buka restoran ala Hard Rock
       
Dalam pada itu, selain menyanyi, Munif kini turut rancak mengembangkan empayar sebagai tauke minyak wangi selain menubuhkan syarikat rakaman sendiri, MH Pro.
       
Bagaimanapun, secara diam-diam masih ada lagi niat yang terpendam jauh di lubuk hati anak kelahiran Pontian, Johor ini.
       
"Sebenarnya, saya bercita-cita untuk membuka sebuah restoran ekoran minat mendalam dalam bidang memasak.
       
"Sebelum ini, sekiranya saya membuat majlis kecil-kecilan di rumah seperti mengadakan rumah terbuka ataupun kenduri, sayalah tukang masaknya.
       
"Kiranya ini adalah niat terpendam sejak empat tahun lalu. Tambahan pula, saya memang suka memasak dan makan,” katanya.
       
Namun begitu, keinginannya itu terpaksa ditangguhkan seketika berikutan terdapat beberapa halangan lain.
       
"Sebaik pulang dari menunaikan Umrah pada 2009, saya hampir-hampir membuka restoran.
       
"Tetapi, setelah dinasihati seorang rakan, saya tidak jadi membukanya kerana tidak mampu untuk memberikan perhatian sepenuhnya.
       
"Justeru, saya tangguhkan seketika niat untuk membuka restoran kerana takut tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya," kata pemilik Restoran Munif Hijjaz D’Greenwood itu.
       
Mengenai restorannya yang beroperasi di Greenwood, Gombak, Munif memberitahu, ia berkonsepkan ala Hard Rock Cafe namun bercirikan Islamik.
       
Katanya, restoran miliknya itu menyediakan hidangan istimewa Nasi Arab Al-Qassam yang terdiri daripada Nasi Arab Mandy yang mana chefnya didatangkan khas dari Syria selain boleh menikmati aneka juadah lazat Barat serta masakan Thai.
       
Bukan itu saja, restoran yang dibuka setiap hari dari jam 2 petang hingga 2 pagi itu turut menawarkan program hiburan berbentuk ketuhanan setiap hujung minggu.
       
"Sejak di awal penubuhan restoran ini lagi, saya mahu menjadikan premis ini sebagai landasan kepada penggiat nasyid tanah air mengembangkan nama, seterusnya mendekati peminat menerusi persembahan pada malam minggu.
       
"Tambahan pula, terdapat ruang yang agak selesa disediakan khas buat mereka yang berminat.
       
"Terdapat pentas Night Live Show pada hujung minggu yang memberi ruang kepada artis nasyid sama ada yang baharu mahupun lama membuat persembahan secara percuma," katanya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepitsiput 14-2-2015 09:36 AM
Dah 20 bijik ke album hijjaz? Ini mesti campur dgn album zikir ni.

Meols byk juga beli album pelita hidup... byk siri album tu... terapi diri gitu... sory le meols x beli album zikir hafiz hamidon wlupun dia zikir sedap...tp imej dia tak clean.. meols prefer retis nasyid yg clean cam hijjaz ni..so bila dgr xde la kita nmbah dosa dok berfikiran buruk kt penyanyinya.

Lagu hijjaz baru je johan sehari dok nyanyi dlm drama smlm... sumaiyah.. x sedapnya si johan tu nyanyi
Quote wadiunong 14-2-2015 01:20 PM
Lagu Hijjaz paling iols minat sampai skrg ialah Sumaiyyah & Rasullah
Quote Aya_Osman 14-2-2015 01:28 PM
paling suke lagu Sumaiyah...penuh pengajaran bermakna...








Quote jefri90 14-2-2015 02:00 PM
Lagu sumaiyyah tu boleh buat answer script utk spm pendidkan islam kalau keluar bahagian tokoh islam.
Quote tepisket.. 14-2-2015 03:40 PM
Kat gombak tu banyak gila kedai nasi arab. Nak abiskan sepinggan pun x mampu. Mkn separuh, separuh lagi bawak balik.
Quote tanganbercakap 15-2-2015 03:46 AM
Lagu hijjaz yang untuk kawan depa tu sedih je kalo denga..
Hijjaz banyak nasyid sedap2
Quote danieladam 15-2-2015 04:51 PM
Hijaz ni sedap..tp industri muzik arus perdana menenggelamkn beliau dgn populariti raihan dan rabbani je. Balik2 dua tu je. Smpai x nmpk group lain. Iols pon minat nowseeheart masa first album! Huhuhu...
Quote albob90 15-2-2015 07:35 PM
Boleh nyanyi2 ke kat restoran dia ni.?
Quote tomet05 16-2-2015 09:50 AM
dia banyak keje degan travel agensi dia kan
Quote biskutkering93 16-2-2015 10:53 AM
sepitsiput replied at 14-2-2015 09:36 AM
Dah 20 bijik ke album hijjaz? Ini mesti campur dgn album zikir ni.

Meols byk juga beli album peli ...

maksud hafiz hamidun x clean tu mcm mne?

Quote biskutkering93 16-2-2015 10:54 AM
aku minat sangat lagu2 dia ni.
Quote ana_w_houb 16-2-2015 11:02 AM
terpaksa kagum ngan muniff ni sbb bisnes kencang....suka tgk product baru dia natural handmade soap frm palestine....
Quote sepitsiput 16-2-2015 03:17 PM
biskutkering93 replied at 16-2-2015 10:53 AM
maksud hafiz hamidun x clean tu mcm mne?

banyak gossip chuols... meols ni kalau retis nasyid byk sgt gossip...hencap org sana sini, meols cepat turn off... bukanlah kata retis nasyid kene suci jah, tp bg meols kita nk layan zikir dgn fikiran tenang gitu...meols x khusyuk klu dgr heols zikir sbb teringt camne dia hanjingkan J.Onn pujaan @addamnor dulu2... so bg meols, ada baiknya meols layan retis nasyid lain yg low profile..xde gossip...klu gossip kawen dua tu xde hal..normal jah
Quote sepitsiput 16-2-2015 03:19 PM
danieladam replied at 15-2-2015 04:51 PM
Hijaz ni sedap..tp industri muzik arus perdana menenggelamkn beliau dgn populariti raihan dan rabban ...

seingat meols hijaz pernah kalahkan raihan dan rabbani kt anugerah era jah

tp dr segi bisnes, meols rasa Hijjaz lagi kencang empayar dia...diorg lagi byk keluarkan retis2 baru cam inteam, unic etc...raihan dan rabbani xde sgt produce album nasyid retis lain.
Quote danieladam 16-2-2015 05:45 PM
sepitsiput replied at 16-2-2015 03:19 PM
seingat meols hijaz pernah kalahkan raihan dan rabbani kt anugerah era jah

tp dr segi bisnes, m ...

Setuju..hijjaz lg besar empayar. Cume dari segi populariti, x sehebat raihan dan rabbani. Hijaz ni ala2 liza hanim di sewaktu zaman tok ti. Hehehe
Quote biozipstar 17-2-2015 03:15 PM
aku dah makan nasik arab hijjaz...sodap la juge... not bad.. haha... leh la kalau kome nak try.. worth to try.. tapi ase malas nak makan lagi.. next... hahaha (eh aku makan kat office. tapaw je.. so xtaw camne rupe restoran die)

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top