CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Penyanyi berhijab ligat maksiat dengan suami orang

18-2-2015 12:31 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 42985| Komen: 158

Dunia hiburan ini penuh dengan kejutan. SS hanya mampu mengurut dada mendengar sikap seorang penyanyi yang sekarang sudah memakai tudung, tetapi rupa-rupanya hanya untuk mengabui mata masyarakat bahawa dia seorang yang baik dan soleh.

Hakikatnya, kata sumber SS, penyanyi itu khabarnya bukan saja menduakan suami sendiri, sebaliknya ligat mengganggu rumah tangga orang lain. Dengan erti lain, penyanyi itu cuba memikat suami orang lain yang poketnya tebal dan boleh tahan kacak.

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan Sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan angin dan melepak dengan ‘superfriends’ kesayangannya kalau tidak ada undangan.

Apa yang lebih menyedihkan, lelaki yang sedang digoda dan dihimpit penyanyi itu bukanlah orang lain, sebaliknya suami kawannya sendiri. Kenapa sampai begitu sekali? Adakah benar-benar dahagakan kasih sayang atau lebih kepada kebendaan?

SS harap perkara ini tidak berlarutan. Bukan apa, bimbang kalau isteri lelaki itu tidak tahan lagi dan terus membuat pembongkaran. Ketika itu barulah sibuk hendak menyorok bawah meja, malah nak sorok di belakang tudung pun dah tak sempat lagi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miracle_forever 18-2-2015 10:49 AM
Datin berduka kah???
Quote melinda_kerr 18-2-2015 10:55 AM
SS ni dari dulu suka speku.
Quote kaklehot 18-2-2015 10:56 AM

Datin berduka penyanyi kah???
Quote sayalala 18-2-2015 10:58 AM
ss ni kan...ermm xtahu laaa
Quote watie79 18-2-2015 11:00 AM
sapa saja lah neh ?
Quote enchikfitz 18-2-2015 11:00 AM
Ok jom listdown

1. Siti Fairuz - bersara
2. Aishah - bersara dan aktif politik
3. Abby Abadi (bekas elite kan?) - bersara dan aktif politik
4. Heliza - dgr cerita sheols ada scandal dulu dgn laki orang
5. Alyah - dah kawin so lepas
6. Najwa Latif - bercinta pun x reti lagi kot
7. Shila Amzah - bz kat China, bila masa sibuk bercinta?
8. Yuna - bz kat US.
Quote whadda 18-2-2015 11:01 AM
sape penyanyi yang dah kawen dah pakai tudung..??

Quote apiang 18-2-2015 11:02 AM
erkkk... UA ke...jgn la...dia cm sweet je
Quote Dadadi 18-2-2015 11:04 AM
Superfriends?
mcm nk speku datin paduka jgk.
sheols dulu penyanyi jgk
Quote wookiehoney 18-2-2015 11:04 AM
enchikfitz replied at 18-2-2015 11:00 AM
Ok jom listdown

1. Siti Fairuz - bersara

encik
dah sahih tulis dalam gosip, penyanyi tu dah kahwin dan masih kahwin.
yg rajin list kan anak2 dara kenapa?



Quote diss69 18-2-2015 11:04 AM
xtau nk speku sape.....
Quote miracle_forever 18-2-2015 11:05 AM
kaklehot replied at 18-2-2015 10:56 AM
Datin berduka penyanyi kah???

eh dia nyanyi jugak la.. kan dia penah ada album.. pehtu soundtrack cinta taj mahal ke apa tu.. dia nyanyi. tu la.. bila baca pasal superfriends tu yg terpikir datin berduka.. gang2 dia kan sumwr stock retis high maintenance. tp tak tau la kot SS refers to someone else
Quote cammie1711 18-2-2015 11:05 AM
enchikfitz replied at 18-2-2015 11:00 AM
Ok jom listdown

1. Siti Fairuz - bersara

Sapa kata alyah terlepas?? ss kata penyanyi tu dah berkahwin, rumahtangga problem??
Quote wana89 18-2-2015 11:06 AM
Edited by wana89 at 18-2-2015 11:11 AM
enchikfitz replied at 18-2-2015 11:00 AM
Ok jom listdown

1. Siti Fairuz - bersara

clue kat sini..
dah kahwin, suami berniaga, pakai tudung dah..

alyah, shila hamzah, najwa latip, abby, heliza  dah out..

Khabarnya, rumah tangga artis itu sendiri tidak bahagia seperti mana yang ramai sangkakan selama ini. Hubungannya dengan suami ada pasang surut kerana masing-masing dilihat suka membawa haluan Sendiri. Si suami sibuk berniaga dan penyanyi itu sibuk buat persembahan di sana sini, makan angin dan melepak dengan ‘superfriends’ kesayangannya kalau tidak ada undangan.



uols speku jah..wana just highlight jah..
Quote wana89 18-2-2015 11:08 AM
cammie1711 replied at 18-2-2015 11:05 AM
Sapa kata alyah terlepas?? ss kata penyanyi tu dah berkahwin, rumahtangga problem??

bila masa tokram tu jadi ahlul perniagaan uols???
ke alyah kena tangkap basah dengan orang lain ari tu??
xpun bukan kete tok ram yang dia langgar ari tu??
nama je kebetulan sama datuk ramli ms tapi orang lain ..
Quote weirdwaniey 18-2-2015 11:10 AM
Linda raafar? Tapi die cam happy je ng anak2 die
Quote coconico 18-2-2015 11:11 AM
enchikfitz replied at 18-2-2015 11:00 AM
Ok jom listdown

1. Siti Fairuz - bersara

tambah lagi;

ZZ
Noryn aziz
Quote newyork 18-2-2015 11:15 AM
Edisi serkap jarang
Quote yusryimran 18-2-2015 11:17 AM
gossip sampah aje ni.. kalau berani cakap ajelah kan tepek aje nama siapa artis tu.. x berani nak tepeknya sebab takut disaman... sebab tulah aku kata gossip sampah aje ni.

Lihat semua komen(158)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063893 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top