CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Payah Nak Cari Lagu Yang Dapat Pertahan Nama - Hazama

23-2-2015 09:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13455| Komen: 50

Payah Nak Cari Lagu Yang Dapat Pertahan Nama - Hazama


PETALING JAYA: Penyanyi Hazama mengakui sukar mencari sesebuah karya yang mampu mempertahankan namanya yang sedang meningkat naik dalam industri seni tanah air.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, 31, berkata, dia terpaksa menolak beberapa lagu yang dirasakan kurang sesuai dengan dirinya.

"Selepas lagu Malaikat ramai juga yang beri lagu kepada saya untuk dijadikan single terbaharu, namun kebanyakkannya tidak sesuai dengan saya.

"Sebenarnya susah untuk cari lagu yang baik sebab kita pun tidak dapat nak jangka apa pendengar mahu. Lagu Relakan Jiwa dulu pun, pada asalnya saya tidak jangka ia akan hit," ujarnya kepada mStar Online.

Hazama berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pra dengar lagu terbaharunya berjudul Sampai Mati, yang diadakan di Estudio, di sini, baru-baru ini.

Hazama berkata, lagu Sampai Mati merupakan lagu balada keduanya selepas lagu Relakan Jiwa mendapat sambutan pendengar.

Lagu ciptaan komposer Omar K itu bakal menjadi lagu tema sebuah drama berjudul Hati Perempuan yang akan disiarkan di Slot Akasia TV3 pada Mac depan.

"Alhamdulillah, saya akan muncul dengan lagu terbaharu berjudul Sampai Mati. Lagu ini dibuat mengikut jalan cerita sebuah drama di Akasia berjudul Hati Perempuan yang akan bersiaran tidak lama lagi.

"Ia merupakan lagu tentang percintaan seperti lagu sebelum ini Relakan Jiwa yang juga popular selepas menjadi lagu tema sebuah drama di TV3," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama dengan komposer Omar K, Hazama mengakui agak memilih untuk bekerja dengan seseorang komposer.

Katanya, bukan mudah untuk mencapai keserasian dalam membawakan sesebuah lagu yang dibuat oleh seseorang komposer.

"Saya agak memilih juga, sekarang memang rezeki saya banyak kerjasama dengan Omar K. Saya sudah faham bagaimana dia bekerja begitu juga dia faham apa yang saya mahukan.

"Dalam lagu Sampai Mati kami banyak berkongsi idea untuk beri yang terbaik hingga lagu tersebut benar-benar dapat menyentuh perasaan pendengar," ujarnya.

Lagu Sampai Mati merupakan kerjasama antara Astro dan Seventeen Eleven Music yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

6

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 21-2-2015 01:52 PM
dah ada

http://mforum2.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
Quote enchikfitz 21-2-2015 03:14 PM
Dah tukar @maxim
Quote eileen80 21-2-2015 03:27 PM
sgt menyukai lagu relakan jiwa....
Quote eileen80 21-2-2015 03:28 PM
Edited by eileen80 at 21-2-2015 03:31 PM

kene cari lagu yg memenuhi kehendak p'dgr... lirik yg ade p'ceritaan...
Quote eileen80 21-2-2015 03:28 PM
t'double post....
Quote SayaSayangMama 21-2-2015 04:20 PM
Hazama... suara ko tu sedap ko tau x. Ko nyanyi apa pun sedap. Mantain ye. Wlu xhensem xpe na... keep it up.
Quote ainfarsyae 21-2-2015 05:36 PM
SayaSayangMama replied at 21-2-2015 04:20 PM
Hazama... suara ko tu sedap ko tau x. Ko nyanyi apa pun sedap. Mantain ye. Wlu xhensem xpe na... kee ...

iols gelak macam apa je part last tu nok hahahah
Quote ainfarsyae 21-2-2015 05:38 PM
takpe che ma, kalau uols ikhlas dalam bidang ni. pastu tak buat hal mcm uols buat dulu, insyaallah uols boleh bertahan lama. so stay humble and selalula practice vokal tu ye. sekian dari iols selaku pengkritik dan pakar motivasi tak diiktiraf
Quote meklin 21-2-2015 06:42 PM
Hazama lh antara penyanyi masakini yg aku boleh pi dengan lagu2 nya.. suara sedap! aku support hang hazama!
Quote fazamania 21-2-2015 07:18 PM
Hazama ni kalau dengar nyanyian beliau di radio sedap jer rasa..Tapi bila tgk live, menyampah plak rasanya... muka keras jer,,, dengan spek hitam...
Quote ninja boy 21-2-2015 07:46 PM
asik suh org lain bikn lagu aja, cuba bikin sendiri tak boleh ka cam yuna m nasir sendiri bikin sendiri nyanyi. lagu melayu zaman skrang tah hapa2, dengan vokal sendu bunyi music sendu suara x jelas, x de suara latar, hip hop rap sana sini. cuba la buat lagu yg sedap didengar sepanjang zaman macam britney spear
Quote net_level 21-2-2015 09:31 PM
dah 31 umur dia?
baguslah pilih lagu berkualiti...
jangan tangkap muat jeh
suara sedap
Quote SayaSayangMama 21-2-2015 09:51 PM
ninja boy replied at 21-2-2015 07:46 PM
asik suh org lain bikn lagu aja, cuba bikin sendiri tak boleh ka cam yuna m nasir sendiri bikin send ...

Pebenda ko ni.. dia pnyanyi la bukan komposer. Masing2 buat kerja sndiri je, rezeki kongsi2. Komposer buat kerja komposer, pnyanyi nyanyi elok2.
Quote willow12 21-2-2015 09:59 PM
Hazama kalau nyanyi lagu org lain mmg sedap dan tidak mengecewakan langsung. Esp bila cover lagu2 rock retro..rock ballads.. 90s.. tapi lagi2 dlm album sendiri mcm tak brp kena dgn dia. Kalau i sndiri,  yg melekat cuma relakan jiwa n penglipur lara. Yg lain lagu pokok boleh dikatakan meletup la jugak. Dia ni kena ada sentuhan ala2 modern fresh rock mcm lagu2 meet uncle hussin. I suka lagu mana hilangnya juwita (feat adira n monoloque). Dia jugak pernah record lagu search balada pemuzik jalanan,  tpi dicompose semula oleh ag coco. Mmg kena sgt dgn hazama.. n i just love his rendition,  the song new arrangement and everything. Tp tu lahhhh maybe recording company yg produce album ada strategi sendiri cuma i rasa mcm rugi je sbb suara hazama mmg sedap n dia layak utk dpt lagu2 best catchy n fresh... mcm hafiz n akim punya lagu2 semua best n kena sgt dgn gaya suara dorang. I akan tetap menunggu hazama next single/album n harap much2 more better than his 1st one.
Quote doubleA 21-2-2015 10:13 PM
Betoi tu hazama. Semoga bertahan lama dalam industri. Amy search pun suka hang kan

Oldebes la!
Quote mikimius 21-2-2015 10:22 PM
lagu malaikat paling best..2nd best lps hafiz
Quote hyie 21-2-2015 10:28 PM
masa iols pegi konsert CT kat KLCC, dia jadi retis undangan. Sedap juga vokalnya. Macam yang korang selalu dengar tu la hehe..
Quote ainfarsyae 22-2-2015 12:15 AM
hyie replied at 21-2-2015 10:28 PM
masa iols pegi konsert CT kat KLCC, dia jadi retis undangan. Sedap juga vokalnya. Macam yang korang  ...

yang ni eh uols? [youtube]0tbCZdnGQZc[/youtube]
Quote ainfarsyae 22-2-2015 12:18 AM
ninja boy replied at 21-2-2015 07:46 PM
asik suh org lain bikn lagu aja, cuba bikin sendiri tak boleh ka cam yuna m nasir sendiri bikin send ...

kesianla komposer komposer kat luar tu nok. diorang ada bakat sbg komposer tapi bukan as penyanyi haha

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.181131 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top