CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Amelina Sanggup Bertarik Rambut?

26-2-2015 05:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12616| Komen: 31

Kalau Ada Elaun Ratu Dangdut, Amelina Sanggup Bertarik Rambut!


PENGHUJUNG tahun lalu dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan semula ratu dangdut, Amelina selepas sekian lama dia menghilangkan diri apabila memutuskan untuk berundur kira-kira 15 tahun lalu.  

Perhatian sudah tentulah ditujukan kepada Amelina kerana banyak pihak mengakui, irama dangdut Malaysia ibarat hilang serinya setelah dia hilang dari industri.

Bagaimanapun seorang lagi penyanyi dangdut negara, Ifa Raziah telah mengeluarkan kenyataan ‘berani mati’ apabila berkata,comeback yang dibuat Amelina kurang dirasai kerana enyanyi itu hanya menyanyikan lagu-lagu lamanya dan tidak mengeluarkan single baru. 

Kepada wartawan Mynewshub Ifa turut memaklumkan, dia enggan ambil pusing tentang isu tersebut kerana tidak meninggalkan impak baginya.






Memetik kenyataannya, “Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul la, takde siapa menghalang pun. Takde dia ke, ada dia ke, sama sahaja, takde beza pun pada saya. “Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.”


Membalas kenyataan penyanyi lagu Gemerincing Rindu itu, Amelina mengambil jalan positif apabila enggan memanjangkannya. Ujarnya seperti yang disiarkan Astro Gempak, “Saya tidak ambil hati pun. Tak mengapa jika dia kata saya sudah tidak relevan. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut.

“Dia berhak menyuarakan pandangannya… Lagipun, setiap individu mempunyai pandangan berbeza,” ujar Amelina.


Tambah ibu enam anak itu, dia muncul kembali dalam industri hanya atas dasar ingin menyara kehidupannya dan anak-anak yang masih bersekolah.

“Saya kembali ke lapangan ini hanya untuk membesarkan anak-anak. Tak pernah terlintas untuk merebut gelaran ratu dangdut atau apa-apa ratu sekali pun.

“Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya disusuli tawa. Ouch…memang kedengaran lucu namun sebenarnya terkandung sindiran tajam yang memang menusuk kalbu!



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkzara 26-2-2015 09:56 AM
bagus la auntie amelina ni.
diva mmg tak layan gosip2 murah camni.
Ifa selamanya artis cap ayam.
Quote SenahMontanah 26-2-2015 10:00 AM
kan dah lama psl ni..kenapa nk semak2 lg

http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=857215
Quote awanearisu 26-2-2015 10:02 AM
kesian dengar dia perlukan sumber kewangan untuk besarkan anak-anak..
Quote myakayina 26-2-2015 10:04 AM
pinkzara replied at 26-2-2015 09:56 AM
bagus la auntie amelina ni.
diva mmg tak layan gosip2 murah camni.
Ifa selamanya artis cap ayam.

gituh.. curlast diva amelina...tak koser nak layan katanya.. yg penting album sheols pernah menjadi fenomena satu ketika dulu..

Quote pearl.silver 26-2-2015 10:30 AM
aku xpaham cerita ifa ngn amelina ni...hari2 reporter bawak naik..cerita yg sama,dialog yg sama...
2mggu lepas rasanya aku nmpk dah dlm melodi depa intebiu ifa raziah....
ifa back up diri die ckp reporter putar belit ayat die..pastu die terangkan ayat die yg sebenar..
tiba2 semlm aku dgr dlm radio hotfm, diorg recap konon2 ade artis ni wat statement (statement panas ifa yg mula2 tu)..nama dirahsiakan,kalu nk tahu tonton melodi mggu ni...

ape jadahnye depa ni..ulang berita yg sama tetiap minggu?
Quote damian_lee 26-2-2015 11:08 AM
“Rebut-rebut pun bukan dapat apa…kalau ada elaun untuk gelaran Ratu Dangdut, saya rela tarik rambut,” ujarnya disusuli tawa. Ouch…memang kedengaran lucu namun sebenarnya terkandung sindiran tajam yang memang menusuk kalbu!
Quote eden77 26-2-2015 11:16 AM
dunia artis malaysia, kalau dah suam2 kuku tu. nak up skit kena ada kontroversi...hahaha. ikut deme ler ye. dua2 nya dalam mengejar keduniaan.
Quote Mr.Virus 26-2-2015 12:03 PM
harap ifa & amelina dpt buat ptandingan ratu gelek utk tntukan sape yg lbh diva
Quote bedahmulutpuaka 26-2-2015 12:09 PM
suara maokcik amelina tetap sedap merdu berbanding ifa kekwat ni
Quote suka2 26-2-2015 12:56 PM
“Tidak mengapalah dia nak muncul, muncul la, takde siapa menghalang pun. Takde dia ke, ada dia ke, sama sahaja, takde beza pun pada saya. “Saya masih boleh cari makan dengan irama dangdut, masih bertahan sampai hari ini kerana industri dangdut.”

aku tak nampak pun apa masalahnya dengan statement ipa ni. kalau baca statement tu dengan tone yg relax bunyi dia ok je. kalau pilih nak baca dengan tone bongkak memang buruklah bunyinya. takkan lepas amelina buat comeback artis2 dangdut lain terus jadi bengkrap sampai dah takleh nak carik makan lg. ipa ni stat dengan dangdut tapi lebih menyerlah dengan line lain mcm berlakon, mengacara dll. apa sgt la lagu yg dia ada.
Quote tomet05 26-2-2015 01:03 PM
saje nak kenakan la nih kan
Quote cikperiukkera 26-2-2015 01:03 PM
Jawapan classy dari seorang sang diva... Sheols x perlu melenting dgn ifa coz ifa bkn saingan sheols. Kalo amelina nk mendiva mau terduduk ifa raziah. Ifa raziah? Who? Berabad2 ifa merentan nt jahhh. Hahaa
Quote jerukkedondong 26-2-2015 01:46 PM
iols ingat lagi dulu mandi nyanyi ahh ahh ahh lagu amelina dlm bilik air nyaris2 nak kena penampo dgn abang...
Amelina tetap diva wlupun dah 15 tahun tak menyanyi....bkn mcm seripah raziah tu...setakat ser ser ser sibuk kulu kilir mendivakan diri....euwww
Quote lylea 26-2-2015 01:54 PM
ikut deme la nk bertarik rambut ker.. bersinsing lengan sekali pun.. ade iols peduli
Quote sekel 26-2-2015 02:00 PM
wartawan yg mulut jahat

buat soalan mengarut, pas tu kena dgn bimbo Ifa Raziah dok layan

bangang punya wartawan

tp Amelina cool jer dgn jawapan dia
Quote moocoww 26-2-2015 02:09 PM
Bagus acik amelinanya jawapan...tak payah nak dilayan soklan2 dari wartawan yg kerjanya 24/7 melagakan artis jah...
Quote cantleyi 26-2-2015 02:12 PM
terbaik jawapan amelina

hahaha
Quote sponges 26-2-2015 02:13 PM
amelina ni memang dah cerai ke dgn laki dia
Quote cik_tonggek 26-2-2015 02:39 PM
pinkzara replied at 26-2-2015 01:56 AM
bagus la auntie amelina ni.
diva mmg tak layan gosip2 murah camni.
Ifa selamanya artis cap ayam.

sheols mmg dari dulu jenis jawab double meaning

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055591 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top