CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga

27-2-2015 10:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22983| Komen: 97

Syura Tertekan Disalahkan Kerana Keruntuhan Rumah Tangga


PETALING JAYA: Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron,28, berkata, ramai yang mencemuhnya di media-media sosial dengan menuduh dia lupa daratan selepas kembali semula dalam industri hiburan.

"Sudah tentu saya tertekan apabila ramai yang mempersalahkan saya dalam hal ini, terutama bila saya tidak hadir pada sebutan rujuk yang pertama lalu.

"Mungkin juga ada yang kata saya lupa daratan dan ingin membuang keluarga selepas kembali semula ke industri ini. Perkara itu sedikit sebanyak membuatkan saya rasa sedih dan terhina," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Terdahulu pada Selasa Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly, 33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu.

Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad  membenarkan keputusan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula.

Pasangan berkenaani disahkan bercerai talak satu pada September 2014.


Saat-saat indah Syura bersama Mohd Fadhly.

Dalam pada itu, Syura meminta masyarakat tidak terus memandang negatif terhadapnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Malah katanya, keputusan untuk membawa haluan masing-masing adalah jalan terbaik yang telah difikirkan secara mendalam.

"Mereka menghukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku dan saya tidak akan mendedahkan alasan dan punca perpisahan ini demi menjaga hati ramai orang.

"Cukuplah mereka tahu ia adalah jalan terbaik untuk kami berdua dan ia sudah kami fikirkan semasak-masaknya," ujar Syura.

Sementara itu, ditanya tentang keengganannya membina semula rumah tangga tersebut, Syura berkata, itu adalah keputusan nekadnya buat masa ini.

Dia juga yakin mampu untuk menjalani kehidupannya sendiri dalam membesarkan tiga cahaya mata.

"Buat masa ini belum bersedia untuk rujuk semula dan kes mahkamah tentang rujuk itu hanyalah untuk pengesahan sahaja kerana ia dilakukan dalam tempoh edah. Itu tidak bermaksud untuk rujuk pun.

"Namun saya akui bekas suami ada berusaha untuk memujuk saya kembali. Buat masa ini biarlah saya hidup berdikari bersama ketiga-tiga anak saya," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan seorang lelaki.

8

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolen 25-2-2015 11:56 AM
br 28 ke umur syura ni
kawen dah seploh thn
mudanya kawen...umuq 18
Quote z_k 25-2-2015 11:58 AM
aloh la..
besarkan 3 anak tu leklok eh
Quote yusryimran 25-2-2015 11:58 AM
bertabahlah ye Syura.. jangan pedulik apa org nak kata sebab bukan yang mengata tu bagi uols makan.. teruskan hidup seperti biasa..tabahkan hati
Quote kucen_miang 25-2-2015 12:01 PM
tahun kambeng ni tahun retis bercerai ke?
Quote sepitsiput 25-2-2015 12:03 PM
paling tak boleh blah bila nabil feeling muda panggil syura 'kak syura' dlm meletop
Quote koko2 25-2-2015 12:06 PM
Edited by koko2 at 25-2-2015 12:08 PM
lolen replied at 25-2-2015 11:56 AM
br 28 ke umur syura ni
kawen dah seploh thn
mudanya kawen...umuq 18

mana ada 10thn pun...just 8thn jer dia kawen kan..?
Mac 2006 - Sept 2014

Quote fifie_olin 25-2-2015 12:07 PM
jd cerai ek...aku igt still bersama
adela tu smpi x nk rujuk bagai
Quote biozipstar 25-2-2015 12:10 PM
nape cerai kak?
Quote lolen 25-2-2015 12:15 PM
koko2 replied at 25-2-2015 12:06 PM
mana ada 10thn pun...just 8thn jer dia kawen kan..?
Mac 2006 - Sept 2014


PETALING JAYA: Penyanyi Syura tertekan apabila masyarakat mempersalahkannya akibat kegagalan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bersama bekas suami Mohd Fadhly Md Yassin.


ni iols baca artikel tepek ni...idak la buat kira2 sendrik pulak
kalo paper slh kira jwbnye iols x bersalah la gtuh

Quote kejoraria 25-2-2015 12:15 PM
dah xsefahaman agaknya
Quote makton 25-2-2015 12:24 PM
lolen replied at 25-2-2015 11:56 AM
br 28 ke umur syura ni
kawen dah seploh thn
mudanya kawen...umuq 18

umur dia tu betul, sebab dia sebaya makton. hehehe...

tp bab umur perkahwinan tu tak pasti lak..
Quote Suchi 25-2-2015 12:31 PM
logiknya org pompuan paling susah nk bercerai walo lakinya haprak bewak hidup pun still mereka bertahan demi ank2 lelebih lg kalo ank2 masih kecil.
sbb seorang ibu biasanya akn utamakan perasaan ank2 sblm perasaan sendiri.. dah selalu jumpa kes gini, alasan bertahan demi ank2.

dlm kes nih suaminya nmpk tak mahu bercerai lg siap ajak rujuk tp syura yg dah tak mahu.
Quote jerukkedondong 25-2-2015 12:33 PM
Mahu bahagia atau derita hidup ini kita yang tentukan Syura...
Selebihnya berserah kepada  Pencipta rasa bahagia n derita itu..Dia yang Satu.....u go girl..
Quote bambimbom 25-2-2015 12:35 PM
Edited by bambimbom at 25-2-2015 12:36 PM

Ade la sebab nape dia x nak rujuk tu... iols ade bace kat forum yg laki dia mcm gila talak pun ade... theyols sepupu kan...
Quote dalima 25-2-2015 12:37 PM
Harap Syura sabar dan tabah besarkan anak2. Dan moga istiqomah tutup aurat.
Quote Syd 25-2-2015 12:41 PM
orang salahkan dia
sbb dia gigih jugak nak bercerai
pastu laki nak rujuk
dia tak mo

dah dia tak mo
orang neh gigih gak suruh

pastu bila dia nak nyanyi balik
lagi kuat laa tuduhan orang tuh

biasa.

syura sila jual nasik lemak
Quote lolen 25-2-2015 12:42 PM
makton replied at 25-2-2015 12:24 PM
umur dia tu betul, sebab dia sebaya makton. hehehe...

tp bab umur perkahwinan tu tak pasti lak. ...

muda lg makton
tua iols bnyk hahahah...

susahnya kalo akwen sepupu sepapat ni bila bercerai berai..
blk kg jmpa muka gak...
kenduri kendara jmpa muka sedara mara yg sama gak...
dr satu fmly kecik yg becerai..abes seme sedara mara jadi renggang
Quote sixret 25-2-2015 12:44 PM
Sedihkan bila baca kes pasangan bercerai(artis atau bukan artis).

Setiap kes perceraian tu mempunyai sebab berbeza-beza.

Bertabahlah syura.
Quote awanearisu 25-2-2015 12:46 PM
kalau dah sepuluh tahun bersama, lagi pula mempunyai tiga anak, pasti beliau memiliki alasan kuat kenapa memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian.

semoga kedua-duanya tabah dalam menjalani dugaan hebat ini.

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047160 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top