CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mamat Khalid Terjah Kilang Cari Pelakon Warga Bangladesh

3-3-2015 01:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21019| Komen: 59

Mamat Khalid Terjah Kilang Cari Pelakon Warga Bangladesh


PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Mamat Khalid memberitahu telah pergi ke kawasan kilang bagi mencari pekerja asing warga Bangladesh untuk menawarkan mereka berlakon sebagai watak tambahan dalam filem terbaharunya berjudul Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.

Mamat berkata, rata-rata mereka yang ditemuinya berminat untuk menjadi pelakon dan dia berjaya mendapatkan 70 orang warga negara tersebut untuk menjayakan filem berkenaan.

"Saya juga turut ke rumah mereka untuk melihat cara kehidupan mereka di negara ini dan mendapati mereka cukup minat dengan Shah Rukh Khan apabila banyak gambar pelakon itu di dinding.

"Mereka semua minat untuk bergelar pelakon dan itu memudahkan kerja saya untuk memujuk mereka supaya terlibat dalam penggambaran filem tersebut," katanya kepada mStar Online.

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Emma Maembong, Shy8 dan Saiful Apek itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 5 Mac ini.

Mamat Khalid.

Dalam pada itu, Mamat berkata, biarpun berdepan dengan masalah bahasa namun kesemua mereka memberikan kerjasama yang baik ketika di lokasi penggambaran walaupun hanya memegang peranan kecil.

Malah katanya, dia turut mengupah seorang jurubahasa untuk memastikan mereka dapat memahami dialog dan ekspresi yang perlu dilakukan.

"Minat dan kesungguhan mereka saya cukup hormat biarpun penggambaran berlangsung pada waktu malam dan mereka perlu bekerja pada keesokan harinya.

"Walaupun hanya watak sampingan namun jika saya minta buat sesuatu seperti ekspresi marah mereka akan memberikan yang terbaik dan rasanya lebih mudah beri arahan pada mereka berbanding pelakon tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Mamat berkata, dia menggunakan pelakon warga Bangladesh bukan kerana menyokong kemasukan mereka ke negara itu sebaliknya dia mempunyai objektif dan mesej tertentu untuk disampaikan kepada penonton.

Kata Mamat, dia ingin membuka minda masyarakat tempatan supaya mengikis pandangan skeptikal terhadap mereka dan warga asing secara keseluruhannya yang datang mencari rezeki di Malaysia.

"Masih ada segelintir daripada kita yang gemar memperlekehkan mereka dengan gelaran 'bangla' atau memandang serong budaya kaum lelaki berjalan memegang tangan.

"Perkara-perkara sebegini yang ingin saya tampilkan agar dapat melihat dari sudut mereka pula kerana mereka masing-masing ada kekuatan dan cuba selami isi hati dan sisi baik warga Bangladesh," katanya.

3

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 3-3-2015 11:21 AM
brtambah skop kerja bangla Kat Msia
Quote DayangKirana 3-3-2015 11:23 AM
silap2 lepas ni boleh la buat category 'Pelakon Bangla Populer' plak yeh?

Quote kaki_palsu 3-3-2015 11:31 AM
lepas ni bangla balik malaysia bleh citer kat org sana.. hihiih.. ade jugak dorg pengalaman jadi pelakon diMalaysia..
Quote ellZack 3-3-2015 11:34 AM
Ferr_Remy replied at 3-3-2015 11:21 AM
brtambah skop kerja bangla Kat Msia

HIDUP BANGLA!



















Quote slipar_jepon 3-3-2015 11:35 AM
DayangKirana replied at 3-3-2015 11:23 AM
silap2 lepas ni boleh la buat category 'Pelakon Bangla Populer' plak yeh?

international la. sedap skit hahaha
Quote DayangKirana 3-3-2015 11:46 AM
tak mustahil, lepas ni M'sia akan dibanjiri abam2 bangla yang datang nak mencuba nasib berlakon plak kan?
wahhhh..takleh cari makan la Remy Sehak...kehkehkeh..

Quote DayangKirana 3-3-2015 11:50 AM

Roman Ahmed..salah sorang aktor n model bangla..


Niloy Alamgir..bangla actor..

just to name a few jer..
Quote dondangdendang 3-3-2015 11:58 AM
DayangKirana replied at 3-3-2015 11:46 AM
tak mustahil, lepas ni M'sia akan dibanjiri abam2 bangla yang datang nak mencuba nasib berlakon plak ...

kalau hero bangla tu hensem plus opcos pndai belakon, x mustahil rasa nya....
Quote DayangKirana 3-3-2015 12:02 PM
dondangdendang replied at 3-3-2015 11:58 AM
kalau hero bangla tu hensem plus opcos pndai belakon, x mustahil rasa nya....

alaa, babe... mcm tak biasa..

kat M'sia nie, ramai je retis kayu berlakon, tapi popular..
modal muka and body merembes jer..
Quote eldotts 3-3-2015 12:06 PM
Lepas ni ngadap muka hensem bangla pulak la. Takda la jemu ngadap muka hauk je.
Quote sepitsiput 3-3-2015 12:08 PM
Edited by sepitsiput at 3-3-2015 03:04 PM

bangla bukan first time muncul dalam filem2 malaysia...

here's the recap

2006 - filem arahan tsai ming liang, dilakonkan oleh pelakon mamak malaysia - Norman Atun sbg bangla... berjudul I dont want to sleep alone ...filem ni diharamkan tayangan kt malaysia sbb ada adegan ranjang mat bangla dan cina homeless.




2008 - dunia baru the movie - pelakon bangla diambil pegang watak sokongan dan bergandingan dengan kencana dewi sebagai mangsa tebusan. nama pelakon tak tau, tp nama watak Mujeed.



2014 - Banglasia - filem arahan Namewee yang dibanned. filem ni lakonan hero bangla yg popular Nirab Hossan bersama adik pejura katanya Atikah Suhaime. berlatar belakangkan Petaling Street. punca dibanned? gara2 banglasia dikaitkan dgn isu PATI yg dikaitkan dengan pengundi hantu BN dan pendemo Patriot (anti-Bersih)







tak dilupa...abam wemy jua pernah berlakon watak abam bangla dlm drama Sabar (2010) dan Sabar Tak Sabar (2011)


dan dari tahun 1999 - 2003, radhi khalid tetiap minggu jd abdulla, seorang bangla dlm sitkom spanar jaya


Quote ladyxez 3-3-2015 12:21 PM
Pasni ada gossip artis bangla pulk, meriah
Quote palmolive 3-3-2015 12:26 PM
huntong laaaa jadi banglo eh bangla
Quote becir 3-3-2015 12:32 PM
In a way, bangladeshis bangsa semangat positif, boley survive di mana2. Ajak berlakon? Ok je, suka lagi. Walaupun habis shooting malam and esok kene keje.
Quote matahari7001 3-3-2015 12:46 PM
bangla antara manusia yg paling rajin kerje tau huhu
Quote ib-instaforex 3-3-2015 12:48 PM
matahari7001 replied at 3-3-2015 12:46 PM
bangla antara manusia yg paling rajin kerje tau huhu

yg ni aku sokong..tak sama dgn org kita..byk mengeluh kalo buat kijo byk  
Quote sponges 3-3-2015 12:52 PM
untung abg bangla
tapi iols x tahan bau harum perfume ketiak abg bangla
Quote albob90 3-3-2015 01:06 PM
Apa maksud mamat khalid suruh menyelami isi hati warga bangladesh?
Quote kamexkame 3-3-2015 01:14 PM
nape x amik zizan je
ala2 bangla dah rupe

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049447 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top