CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peraturan Rokok Diperketat

9-3-2015 04:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8888| Komen: 52

Peraturan rokok diperketat Akta baharu tembakau ke arah galakkan masyarakat sihat

HILMI YAHAYA (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat tidak pada rokok dalam Majlis Perasmian R&R sebagai tempat larangan merokok di R&R Temerloh, Pahang, semalam. 


TEMERLOH 5 Mac -  Kawalan lebih ketat terhadap penggunaan dan pengedaran rokok di negara ini akan dimasukkan dalam cadangan penggubalan akta khas tembakau ke arah menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, antara cadangan dalam akta baharu tersebut adalah kadar denda lebih tinggi terhadap individu yang melanggar peraturan berkaitan rokok.

Beliau berkata, ketika ini kawalan terhadap rokok adalah mengikut Akta Makanan 1983 di bawah peraturan-peraturan tertentu.

“Berdasarkan undang-undang sedia ada, kita tidak boleh mengenakan tindakan kepada peniaga yang meletakkan rokok di belakang kaunter walaupun ia berbentuk pengiklanan.

“Apabila akta baharu dilaksanakan, kita akan memasukkan semua sekali larangan-larangan yang perlu selain peningkatan denda terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian kawasan rehat dan rawat (R&R) sebagai tempat larangan merokok di R&R Temerloh di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainal Ariffin Omar dan Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein.

Menurut Hilmi, penggubalan akta baharu itu masih di peringkat awal dan kementerian giat mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung penggubalannya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus menggiatkan penguatkuasaan di 20 kawasan larangan merokok termasuk di kawasan R&R di seluruh negara.

Selain menempatkan penguat kuasa di kawasan R&R, katanya, kempen bagi menggalakkan peniaga memberi nasihat kepada pengguna supaya tidak merokok di kawasan larangan juga diadakan.

“Selepas kawasan R&R diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 25 November tahun lalu, pelbagai kempen kita lakukan termasuk menasihati pengguna supaya tidak merokok di kawasan terbabit.

“Dalam operasi besar-besaran di 112 buah kawasan R&R di seluruh negara pada 24 serta 25 Februari lalu, kita mengenakan kompaun kepada 292 individu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM73,000,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peraturan-rokok-diperketat-1.66390



Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 6-3-2015 12:24 PM
I do not care kalau org Nak merokok, tapi tlglah jgn merokok dikhalayak ramai. Nak buat benda haram buat sendiri2lah tak payah nak show off.. Geram sbb insiden pagi tadi dgn perokok bodoh..
Quote stinger_attack 6-3-2015 12:32 PM
arasham replied at 6-3-2015 12:24 PM
I do not care kalau org Nak merokok, tapi tlglah jgn merokok dikhalayak ramai. Nak buat benda haram  ...

bukankah istilah show off nee dah berdarah daging/ ber akar umbi dalam diri kau?
"Anak I dapat 9A....jadinya tak termasuk dalam tred yang sedang diperbincangkan"

Kau nak aku sambung lagik?


Quote MengkuduMasam 6-3-2015 12:33 PM
arasham replied at 6-3-2015 12:24 PM
I do not care kalau org Nak merokok, tapi tlglah jgn merokok dikhalayak ramai. Nak buat benda haram  ...

setuju...

lg 1... yg merokok dlm keta tu jgn laa main campak je puntung rokok keluar tingkap...

berlubang seluar aku kene puntung ko tuh... kene kaki pun penah.. nasib pakai kasut....

igt jln raya tu bkn utk keta jer...
Quote arasham 6-3-2015 12:46 PM
@stinger_attack go to hell!!!!!!!
Quote pooh~key 6-3-2015 12:50 PM
arasham replied at 6-3-2015 12:46 PM
@stinger_attack go to hell!!!!!!!

Anak you dapat 9a?
Quote cmf_conan 6-3-2015 12:52 PM
banned aje lah rokok ni kat mesia kat senang...
Quote arasham 6-3-2015 12:55 PM
@pooh~key alhamdulillah... bkn semua A+. tapi saya syukur. tak de bangga mana pun.
kena struggle utk tpt biasiswa. tapi si mamat sekok tu ngata yg saya ni riak.
Quote pooh~key 6-3-2015 12:59 PM
arasham replied at 6-3-2015 12:55 PM
@pooh~key alhamdulillah... bkn semua A+. tapi saya syukur. tak de bangga mana pun.
kena struggle ut ...

Tahniah iya.
Quote arasham 6-3-2015 01:00 PM
terima kasih @pooh~key
Quote mommymonster82 6-3-2015 01:24 PM
Buatla undang2 apa pon... Tp perlaksanaan xde... Peeokoktetap bebas menghembus asap lalu ke muka orang n membuang puntung  n habuk merata2
Quote RajaBatinDotCom 6-3-2015 01:53 PM
Hisap vape je la. Haha
Quote makneng 6-3-2015 02:07 PM
Perokok = pengotor :
Quote AyamHutanJantan 6-3-2015 04:28 PM
bukan semua perokok mcm 2.
Quote stinger_attack 7-3-2015 06:22 AM

SATU atau dua paper yang missed that gred A by whiskers...sebab pagi sebelum paper terlupa nak minum jus kismis atau air anugerah kot?


Tapi 9A...tau...."I tak show off tau...orang lain jerk yang show off"


Quote stinger_attack 7-3-2015 06:23 AM
arasham replied at 6-3-2015 12:46 PM
@stinger_attack go to hell!!!!!!!

Kau nak jadi kayu pembakarnya?


Quote stinger_attack 7-3-2015 06:30 AM
cmf_conan replied at 6-3-2015 12:52 PM
banned aje lah rokok ni kat mesia kat senang...

the revenue generated from cigarette taxation is just too large a sum to be ignored by the government if smoking were to be ban altogether......


Quote amiraira 7-3-2015 06:31 AM
stinger_attack replied at 6-3-2015 12:32 PM
bukankah istilah show off nee dah berdarah daging/ ber akar umbi dalam diri kau?
"Anak I dapat 9A ...

Sambung2 nk tahu jugak
Quote amiraira 7-3-2015 06:33 AM
cmf_conan replied at 6-3-2015 12:52 PM
banned aje lah rokok ni kat mesia kat senang...

Betul sgt tu
Quote stinger_attack 7-3-2015 06:38 AM

Aku takut dia kejong lalu self ban diri dia dari masuk board ini jerk........kalau aku citer kisah anak anak dia yang kuhnun seme straight A's materials......










Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.191705 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top