View: 5192|Reply: 52
|
[Tempatan]
Peraturan rokok diperketat
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 6-3-2015 03:54 AM
Peraturan rokok diperketatAkta baharu tembakau ke arah galakkan masyarakat sihatABDUL RASHID 
ABDUL RAHMAN | 06 Mac 2015 1:59 AM
HILMI YAHAYA (tiga dari kanan) menunjukkan isyarat tidak pada rokok dalam Majlis Perasmian R&R sebagai tempat larangan merokok di R&R Temerloh, Pahang, semalam. – UTUSAN/ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
TEMERLOH 5 Mac - Kawalan lebih ketat terhadap penggunaan dan pengedaran rokok di negara ini akan dimasukkan dalam cadangan penggubalan akta khas tembakau ke arah menggalakkan masyarakat mengamalkan cara hidup sihat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, antara cadangan dalam akta baharu tersebut adalah kadar denda lebih tinggi terhadap individu yang melanggar peraturan berkaitan rokok.
Beliau berkata, ketika ini kawalan terhadap rokok adalah mengikut Akta Makanan 1983 di bawah peraturan-peraturan tertentu.
“Berdasarkan undang-undang sedia ada, kita tidak boleh mengenakan tindakan kepada peniaga yang meletakkan rokok di belakang kaunter walaupun ia berbentuk pengiklanan.
“Apabila akta baharu dilaksanakan, kita akan memasukkan semua sekali larangan-larangan yang perlu selain peningkatan denda terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian kawasan rehat dan rawat (R&R) sebagai tempat larangan merokok di R&R Temerloh di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainal Ariffin Omar dan Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein.
Menurut Hilmi, penggubalan akta baharu itu masih di peringkat awal dan kementerian giat mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung penggubalannya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus menggiatkan penguatkuasaan di 20 kawasan larangan merokok termasuk di kawasan R&R di seluruh negara.
Selain menempatkan penguat kuasa di kawasan R&R, katanya, kempen bagi menggalakkan peniaga memberi nasihat kepada pengguna supaya tidak merokok di kawasan larangan juga diadakan.
“Selepas kawasan R&R diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 25 November tahun lalu, pelbagai kempen kita lakukan termasuk menasihati pengguna supaya tidak merokok di kawasan terbabit.
“Dalam operasi besar-besaran di 112 buah kawasan R&R di seluruh negara pada 24 serta 25 Februari lalu, kita mengenakan kompaun kepada 292 individu dengan nilai keseluruhan sebanyak RM73,000,” katanya.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/peraturan-rokok-diperketat-1.66390
|
|
|
|
|
|
|
|
I do not care kalau org Nak merokok, tapi tlglah jgn merokok dikhalayak ramai. Nak buat benda haram buat sendiri2lah tak payah nak show off.. Geram sbb insiden pagi tadi dgn perokok bodoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukankah istilah show off nee dah berdarah daging/ ber akar umbi dalam diri kau?
"Anak I dapat 9A....jadinya tak termasuk dalam tred yang sedang diperbincangkan"
Kau nak aku sambung lagik?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju...
lg 1... yg merokok dlm keta tu jgn laa main campak je puntung rokok keluar tingkap...
berlubang seluar aku kene puntung ko tuh... kene kaki pun penah.. nasib pakai kasut....
igt jln raya tu bkn utk keta jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 6-3-2015 12:46 PM
@stinger_attack go to hell!!!!!!!
Anak you dapat 9a? |
|
|
|
|
|
|
|
banned aje lah rokok ni kat mesia kat senang... |
|
|
|
|
|
|
|
@pooh~key alhamdulillah... bkn semua A+. tapi saya syukur. tak de bangga mana pun.
kena struggle utk tpt biasiswa. tapi si mamat sekok tu ngata yg saya ni riak. |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 6-3-2015 12:55 PM
@pooh~key alhamdulillah... bkn semua A+. tapi saya syukur. tak de bangga mana pun.
kena struggle ut ...
Tahniah iya. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatla undang2 apa pon... Tp perlaksanaan xde... Peeokoktetap bebas menghembus asap lalu ke muka orang n membuang puntung n habuk merata2 |
|
|
|
|
|
|
|
Perokok = pengotor : |
|
|
|
|
|
|
|
bukan semua perokok mcm 2. |
|
|
|
|
|
|
|
SATU atau dua paper yang missed that gred A by whiskers...sebab pagi sebelum paper terlupa nak minum jus kismis atau air anugerah kot?
Tapi 9A...tau...."I tak show off tau...orang lain jerk yang show off"
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau nak jadi kayu pembakarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
the revenue generated from cigarette taxation is just too large a sum to be ignored by the government if smoking were to be ban altogether......
|
|
|
|
|
|
|
|
stinger_attack replied at 6-3-2015 12:32 PM
bukankah istilah show off nee dah berdarah daging/ ber akar umbi dalam diri kau?
"Anak I dapat 9A ...
Sambung2 nk tahu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan replied at 6-3-2015 12:52 PM
banned aje lah rokok ni kat mesia kat senang...
Betul sgt tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|