CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Mahkamah putuskan Watie Elite Bersalah

13-3-2015 06:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 61504| Komen: 206



“Sangat lega” – itulah jawapan yang diberikan oleh Hana Adnan atau lebih dikenali sebagai Hana Elite sebaik sahaja kami bertanyakan perasaan dirinya apabila Mahkamah Sesyen Dan Majistret Selayang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Watie Elite kerana membuatkan selebriti itu jatuh bankrap.

“Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama akan terjadi lagi,” jelas Hana kepada kami dalam Nada yang penuh kelegaan.

Sebelum ini, Hana telah diisytihar muflis pada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Memetik kembali temu bual bersama Hana oleh Harian Metro, Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish).

“Ketika itu, saya pernah beritahu dia untuk trade in kereta tersebut (kerana tidak mampu bayar) dengan sebuah Toyota Camry. Malah jika dia trade in kereta tersebut, siap dapat cash RM2,000 lagi, cukup untuk dia baiki atau bayar workshop if kereta ada problem”

“Saya banyak travel (menetap sekejap di Australia) ketika itu dan bila pulang, saya dapat tahu dia dah kahwin dan sudah ada Harrier. So saya pun anggap dah settle semua ini, mungkin dia sudah jual Wish dan beli Harrier,” jelas Hana sambil menjelaskan dia hanya tahu mengenai situasi bankrup tersebut apabila gagal melalui imigresen ketika mahu pergi ke Singapura.

Selain itu, Hana juga memberitahu bahawa suami Watie (Joey) ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.

“Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman. Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.

“Kehidupan saya selagi masalah ini belum selesai dulu, buat apa pun tak jadi. Saya harap dia (Watie) pun jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran,” katanya kepada kami sebelum menutup bicara.


8

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 13-3-2015 04:01 PM
kasihan hana ni.
Quote BebeQ 13-3-2015 04:05 PM
hana ni cantik.
Quote dalima 13-3-2015 04:07 PM
Alhamdulillah. Lega Hana ni. Kesian, niat nak tlg kawan tp kwn lari dr tanggungjawab. Diri sendiri plak kena blacklist.

Ukur baju di badan sendiri.
Quote blinkazwa 13-3-2015 04:10 PM
dalima replied at 13-3-2015 04:07 PM
Alhamdulillah. Lega Hana ni. Kesian, niat nak tlg kawan tp kwn lari dr tanggungjawab. Diri sendiri p ...

kan.. ingat dia nangis2 dekat Melodi..
Ingatkan setazah abby.. rupanya watie..
Quote ubat_batok 13-3-2015 04:13 PM
blinkazwa replied at 13-3-2015 04:10 PM
kan.. ingat dia nangis2 dekat Melodi..
Ingatkan setazah abby..  rupanya watie..

kann..bru tahu watie!
selama ni hana tutup mulut je.. btw aku perasan dalam elite, hana ni cun..
maybe dia kulit gelap..manis
Quote kakasotong 13-3-2015 04:14 PM
Meols baru tahu kawan baik yg aniaya yg dimaksudkan sheols masa melodi haritu rupanya watie. Cett podacitt sgt k perangai si watie ni.

Biar papa asal bergaya konsepnya si watie ni kot
Quote blinkazwa 13-3-2015 04:15 PM
ubat_batok replied at 13-3-2015 04:13 PM
kann..bru tahu watie!
selama ni hana tutup mulut je.. btw aku perasan dalam elite, hana ni cun..
...

hana malas nak quote nama watie.. kang x pasal kena saman kata tabur fitnah cam kes den wahab dan nd lala tu...
Quote koko2 13-3-2015 04:16 PM
jahanam watie pe naya kawan mcm neh...
ehh byk sgt ke income retis nih nak menten keta mahal segala...makeup mahal segala..
Quote missDollie 13-3-2015 04:17 PM
haha..tag je nama dia hana oi..tak sedo diri watie ni..siot betul perangai..
Quote ana_w_houb 13-3-2015 04:19 PM
bende2 camni...kalau takde black n white....documentation dan bukti tak cukup...takyah mimpi le naik turun mahkamah....terpaksa redho je lah jadi orang bangkrap....
Quote dalima 13-3-2015 04:22 PM
blinkazwa replied at 13-3-2015 04:10 PM
kan.. ingat dia nangis2 dekat Melodi..
Ingatkan setazah abby..  rupanya watie..

Dah lama gila kes ni tp org tu buat dekk je. Masuk newspaper & tv semua Hana ni minta org tu dtg jumpa sbb Hana ni pun perlu ke luar negara semua keje. Mmg jelas sgt hint yg dia bg tu. Bkn baru thn ni or thn lepas.

Yg herannya, even Hana ni smpi masuk newspaper byk kali pun, tak de la plak org tu terkedek2 nak dtg jumpa setel ke apa ke... Ni dah masuk court baru nak jumpa utk setel. Ingat sesama kawan, boleh ignore je kwn tu. Hana tu ada life jugak.

Tetiba aku side dgn Hana.. haha.. sbb muka dia nmpk sgt kesian ms masuk tv. Mana tak kesian, nama jd buruk disbbkan org lain.

Hana,



Quote Qaqa^Kardasyen 13-3-2015 04:30 PM
Duit takde tapi teringin nak pakai Wish... Choiii sangat
Kalo dah takde job tu pakai kancil sudah
Quote ubat_batok 13-3-2015 04:36 PM
Qaqa^Kardasyen replied at 13-3-2015 04:30 PM
Duit takde tapi teringin nak pakai Wish... Choiii sangat
Kalo dah takde job tu pakai kancil sudah : ...

hahahahah..okay kancilution!
Quote pittjie 13-3-2015 04:38 PM
macamana ek perjanjian jual beli tu hana buat. maksud aku .. hana guna proof apa sampai boleh wati disabit salah. sbb kalau dah nama hana dlm dokumentasi .. ada proof ke wati sebenarnya pembeli dan pengguna kereta tu?
Quote krustykrab 13-3-2015 04:38 PM
tu la artis ni nak bergaya sgt beli kete import...pakai je kancil cabuk tu leh je kut ko nak gi mana mana pun, janji isi minyak
Quote moocoww 13-3-2015 04:42 PM
Ibarat melepaskan anjing yg tersepit....semoga watie insaf dan minta maaf pada hana..
Quote foxy_kaypo 13-3-2015 04:43 PM
Another story kes jadi penjamin kawan...

At least, Hana menang kes and boleh clear kan nama dia
Quote meiya_loya 13-3-2015 04:44 PM
macamana ek perjanjian jual beli tu hana buat. maksud aku .. hana guna proof apa sampai boleh wati disabit salah. sbb kalau dah nama hana dlm dokumentasi ..


mungkin ada proof bertulis eg: sms (Wassap xwujud lagi kut time tuh)
Quote kuchenta_81 13-3-2015 04:46 PM
tak silap ingatan aku la, bukan takat kereta je
rantai-gelang-cincin jenama tiffany ke apa ntah, pon watie songlap
baju-kasut-handbag pun dia pinjam tapi tak pulang

ada kawan sebaik hana ni dia buat macam tu, rasakan.

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.070086 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top