CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Erra Fazira & Shahir Af Ada Apa-Apa Ke?

17-3-2015 12:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35779| Komen: 114

Cik Pang: Shahir kekasih Erra?


Apabila primadona alaf baru, Erra Fazira baru-baru ini mengaku berkawan rapat dengan seseorang tetapi tidak dinyatakan siapa, bintang AF, Shahir antara nama yang disebut-sebut.

Bagi Cik Pang, ia bukan cerita baru kerana sebelum ini mereka pernah dikaitkan bercinta, tetapi cerita itu berhenti setakat itu saja apabila Erra menyatakan dia hanya mengenali Shahir sebagai kawan sesama artis.

Kemudian timbul pula cerita Erra kini mengenali ahli perniagaan. Perkara itu diakui Erra tetapi ia tidak sampai bercinta. Namun tiada jodoh, mereka kekal berkawan hingga kini.

Cerita cinta antara Erra dan Shahir mula dibangkitkan kembali. Apabila Erra bermain teka-teki, ramai cuba mencari jawapan. Namun apabila ditanya lanjut, Erra dikatakan tidak mahu buka mulut.

Maka timbullah telahan yang Erra kini kembali menyambung cinta dengan Shahir yang terputus sebelum ini.

Mengenali Erra, dia biasanya tidak akan berahsia dengan peminat, cuma soal cinta terbarunya ini dia tidak mahu terburu-buru untuk memberi kenyataan.


Mungkin dia merasakan biar perkara itu benar-benar ada ketentuannya. Maksudnya, lelaki yang berjaya memenangi hatinya itu benar-benar serius.

Maklumlah, wanita yang matang seperti Erra tidak mahu lagi isu cinta yang tidak ada ketentuan itu diperbesar-besarkan. Bimbang nanti apa pula tanggapan peminat.

Namun percayalah, apabila tiba masanya dan satu kata putus dicapai, pasti dia akan tampil dan berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan teman media. Cik Pang tunggu berita gembira dari mulut Erra sendiri.
2

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 17-3-2015 09:18 AM
tajuk lagu untuk single terbaru ke sis?
Quote fifie_olin 17-3-2015 09:20 AM
ke jadahnya ni ...
Quote miss_qasehs 17-3-2015 09:22 AM
apa benda nie...
Quote Leeen82 17-3-2015 09:22 AM
x... dlm metro ada citer diorg td...
ada kemungkinan... Shahir n Erra ni kembali bersama
Quote Leeen82 17-3-2015 09:23 AM
Cik Pang: Shahir kekasih Erra?
0    0  0 Google +1
Apabila primadona alaf baru, Erra Fazira baru-baru ini mengaku berkawan rapat dengan seseorang tetapi tidak dinyatakan siapa, bintang AF, Shahir antara nama yang disebut-sebut.
Bagi Cik Pang, ia bukan cerita baru kerana sebelum ini mereka pernah dikaitkan bercinta, tetapi cerita itu berhenti setakat itu saja apabila Erra menyatakan dia hanya mengenali Shahir sebagai kawan sesama artis.
Kemudian timbul pula cerita Erra kini mengenali ahli perniagaan. Perkara itu diakui Erra tetapi ia tidak sampai bercinta. Namun tiada jodoh, mereka kekal berkawan hingga kini.
Cerita cinta antara Erra dan Shahir mula dibangkitkan kembali. Apabila Erra bermain teka-teki, ramai cuba mencari jawapan. Namun apabila ditanya lanjut, Erra dikatakan tidak mahu buka mulut. Maka timbullah telahan yang Erra kini kembali menyambung cinta dengan Shahir yang terputus sebelum ini.
Mengenali Erra, dia biasanya tidak akan berahsia dengan peminat, cuma soal cinta terbarunya ini dia tidak mahu terburu-buru untuk memberi kenyataan.
Mungkin dia merasakan biar perkara itu benar-benar ada ketentuannya. Maksudnya, lelaki yang berjaya memenangi hatinya itu benar-benar serius.
Maklumlah, wanita yang matang seperti Erra tidak mahu lagi isu cinta yang tidak ada ketentuan itu diperbesar-besarkan. Bimbang nanti apa pula tanggapan peminat.
Namun percayalah, apabila tiba masanya dan satu kata putus dicapai, pasti dia akan tampil dan berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan teman media. Cik Pang tunggu berita gembira dari mulut Erra sendiri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37060#sthash.AJz0PZXs.dpuf
Quote jijioaynna 17-3-2015 09:31 AM
Euwww..pls laa..
Quote jeygi 17-3-2015 09:36 AM
ye ka!!!
mcm tak dengor pa pe pn...huhu
Quote helmeita 17-3-2015 09:36 AM
ait... bkan ari  tu ker keluar kat radio... awie cakap berkawan balik dgn erra.. kalu ada jodoh akan  bersama.... ni timbul mamat ni balikk... byk betoi kontrobasi kat cini///// nak up nama lah tu
Quote kintan 17-3-2015 09:38 AM
laa.. ingat kan dia bercinta balik dgn awie
Quote tomet05 17-3-2015 09:43 AM
gambo ada x ???????????????
Quote ubat_batok 17-3-2015 09:43 AM
tak sesuai la erra dgn shahir!
tp dah jodoh nak buat cemana. hehe mcm che ta n zain. :-P
Quote pittjie 17-3-2015 09:46 AM
akak lagi redha dan merestui era kembali pada awie sajok. tolong la era .. please la era .. jgn la kau dgn budak hingusan2. letih dik.
Quote damian_lee 17-3-2015 09:46 AM
janganlah Erra kembali bersama ngan Awie .....
Shahir ni test dia mmang Matured women ke?

Quote junjai 17-3-2015 09:52 AM
erra dh bgtahu siang2 ek kat metro beberapa minggu lps dan kat Hlive.. dia dn awie mmg xde apa2 pun.. tp fans yg gigih harapkan diorang bsama balik.. psl gosip dgn shahir ni.. tah la.. no komen
Quote katakau 17-3-2015 09:55 AM
macam tak mungkin jer..
Quote Munnalicious 17-3-2015 09:56 AM
Biar betik erra n shahir? mcm sukar diterima akal dan fikiran.
Quote de_ikea 17-3-2015 09:59 AM
Shahir. Ko tak serik lg ke dikecewakan che ta. Ini main api dgn erra pulok. Nnt mak apak ko nk kna berubat pulak skali lagiiiii...
Quote toxicated 17-3-2015 10:01 AM
Shahir ni bleh tahan taste nak diva2 jah.cube ko g ngorat awek2 kt bus stand university pun ok dik..dia ni mcm tak kisah didominasi wanita..hadik2 sgt..
Quote slipar_jepon 17-3-2015 10:03 AM
kang tenggelam timbul lak si shahir ni

Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.051203 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top