CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Butik Nora Danish Dirompak!

20-3-2015 11:58 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 20504| Komen: 66



PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish  bernasib baik apabila perabot kafe dan baju jubah jenamanya yang ditempatkan di sebuah butik di Bangsar tidak dicuri dalam satu rompakan yang berlaku pada Selasa lalu.


Nora, 32, berkata, dia terkejut apabila diberitahu tentang kejadian itu dan bergegas ke butik berkenaan untuk memeriksa barang-barang perabot yang bernilai kira-kira RM100,000 yang dihias di butik itu.

"Saya sangat terkejut apabila mereka memberitahu butik itu dirompak pada pagi Selasa lalu dan saya terus bergegas untuk memeriksa barang-barang saya.

"Ketika itu saya baru sahaja bawa masuk perabot sofa, kerusi dan meja untuk dihias di kafe yang bakal dilancarkan itu. Nasib baik semua barang saya masih ada dan baju jubah saya juga tidak diambil.

"Mereka ambil jubah-jubah jenama luar negara yang mahal berharga ribuan ringgit," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis.


Nora Danish


Nora berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem Isteri Untuk Dijual di Wisma Metrowealth, di sini, Khamis.

Katanya, butik berkenaan kerugian lebih RM20,000 dan pemiliknya sudah pun membuat laporan polis pada Selasa lalu.

Nora berkata, dia bakal membuka sebuah kafe Kopi & Xoxo di butik berkenaan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini.

Katanya, setakat ini dia masih memikirkan tentang menu yang bakal dijual selain mampu menarik pengunjung datang ke kafe tersebut.

"Persiapan daripada segi persiapan sudah hampir siap yang mana saya dan kawan-kawan perempuan saya buat sendiri semuannya.

"Sekarang kami sedang dalam fasa untuk mencari menu yang sesuai dan mampu menarik orang untuk datang ke kafe itu. Saya mahu orang datang kerana makanan yang kita jual sedap," ujarnya.

3

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 20-3-2015 11:23 AM
jubah luar negara yg rege ribuan ringgit tu sape yg punye pulak?
macam tak paham je citer ni
Quote jepp 20-3-2015 11:24 AM
motif bagitau rega perabot?
Quote Crystal_Apple 20-3-2015 11:26 AM
syukurr..alhamdudillah...
Quote ouch! 20-3-2015 11:26 AM
too exposed kot kat IG tu….orang pun aim je nak rompak
Quote Mierafaziera 20-3-2015 11:27 AM
jepp replied at 20-3-2015 11:24 AM
motif bagitau rega perabot?

reputz tu tanya la gamaknya....
Quote Mierafaziera 20-3-2015 11:27 AM
bertabah la Nowa.... ujian pertama tu....
Quote sr_kila 20-3-2015 11:31 AM
butik dia ke butik org lain?
Quote kyroskebab 20-3-2015 11:33 AM

kalau x suka sgt pd mangsa pun perlu ke nak syukuri musibah yg menimpa kepada org lain..
Quote kucen_miang 20-3-2015 11:35 AM
impliedly suruh kau berhijab tu nowakitaenjoyyy
Quote Grengo 20-3-2015 11:36 AM
dah lama mereka perhatikan kot .. nasib tak ada yg cedera
Quote idadzira 20-3-2015 11:46 AM
nora jual jubah??? ada jenama jubbah sendiri??? impress
Quote RajaBatinDotCom 20-3-2015 11:49 AM
Hati ku pun telah kau rompak, Nora.
Quote makton 20-3-2015 11:50 AM
pelik make up muka dia. nampak tua


Quote bellaa 20-3-2015 11:50 AM
nowa makin tua makin cantik.
Quote miabebe 20-3-2015 12:00 PM
Nora da nmpk tua da.....
Quote Crystal_Apple 20-3-2015 12:01 PM
kyroskebab replied at 20-3-2015 11:33 AM
kalau x suka sgt pd mangsa pun perlu ke nak syukuri musibah yg menimpa kepada org lain..

hmm sabar je lar... saya bersyukur awal2lan kerana polis skunk ni bertungkus lumus mencari penyamun butik mangsa tersebut.....
Think positive lar...jgn cm ni anneyyy
Quote RUZANA 20-3-2015 12:05 PM
Bukan butik dia kan.....tt ni butik yg nowa tumpang barang saje...nowa hanya kopi xoxo tu....apa pun simpati dgn kerugian kawan nowa..l:
Quote Jagendas 20-3-2015 12:07 PM
oh kt bangsar eh
nanti boleh la singgah.. nk tgk perabot yg rege 100k tu je
Quote Lorra2411 20-3-2015 12:07 PM
so kiranya ada lah yang hilang? oh, org dah lama aim kot. sebab ayat kat atas tu kureng paham. macam takde apa yang hilang tapi ada barang yang hilang rupanya.

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050821 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top