CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Pengorbanan Adi Putra Demi Orang Kelainan Upaya

23-3-2015 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10530| Komen: 17


Pengorbanan Adi Putra Demi Orang Kelainan Upaya

Tidak seperti watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini, peranan sebagai seorang lelaki yang pekak dan bisu menerusi filem Isyarat Cinta benar-benar mencabar Adi Putra.

Demi merealisasikan watak tersebut, Adi Putra sanggup mengorbankan masa berbulan-bulan untuk mempelajari bahasa isyarat di pusat Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Sebagai Iskandar, seorang yang kelainan upaya pendengaran dan bisu, saya perlu bertutur menggunakan bahasa isyarat.

“Ia bukan sesuatu yang mudah kerana sebelum ini, saya tidak tahu langsung berbahasa isyarat. Tapi demi menghidupkan watak ini, saya sanggup berulang-alik selama enam bulan ke Pusat OKU di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Meskipun pada mulanya, agak susah untuk saya berbahasa isyarat. Namun setelah berbulan-bulan saya mempelajarinya di institut berkenaan, akhirnya saya boleh juga menggunakan bahasa isyarat,” kata aktor ini ketika ditemui di Tayangan Gala Isyarat Cinta di Cathay Cineplex, eCurve, Mutiara Damansara, Selangor.

Meskipun sudah mendapat latihan asas pertuturan menggunakan bahasa isyarat, namun Adi Putra akui tidak begitu yakin untuk beraksi di hadapan kamera tanpa bimbingan dan pantauan daripada orang yang berpengalaman.

“Walaupun saya sudah belajar bagaimana berbahasa isyarat tetapi saya tetap mahu dipantau oleh orang yang expert dalam bidang ini.

“Jadi, semasa saya jalani penggambaran, ada seorang kelainan upaya pendengaran yang hadir di lokasi penggambaran untuk membantu saya agar bahasa isyarat yang saya gunakan tidak salah.

“Pendek kata, ia bukan satu proses yang mudah. Tetapi saya puas hati kerana dapat menghidupkan watak seorang kelainan upaya yang mampu hidup seperti orang lain walaupun tidak berupaya mendengar dan bisu.

“Oleh itu, saya berharap sangat agar peminat semua datang menonton filem Isyarat Cinta. Tonton sendiri apa yang telah saya usahakan ini,” ujar Adi Putra lagi.

Menerusi filem arahan Bade Haji Azmi ini, Adi Putra digandingkan dengan Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

Filem terbitan RK Screen Sdn. Bhd. milik bersama Datuk Rosyam Nor dan Datuk Dr. Kelvin Tan  ini akan mula ditayangkan pada 19 Mac ini.

1

Bagus

Marah

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 18-3-2015 12:59 PM
Isyarat cinta adi bebird...
Quote wafeloren 18-3-2015 02:30 PM
tak zabarr k tunggu pilem ni kua..macam best je..
Quote biozipstar 18-3-2015 02:38 PM
oku tu orang kelainan upaya rupanya. aku ingatkan orang kehilangan upaya.. oh my bad..
Quote lazim 18-3-2015 02:39 PM
igtkan aid putra maths tu. kompius pulak
Quote slyfynx 18-3-2015 02:49 PM
Igtkan bg pengorbanan kat OKU.
Upenye untuk watak OKU
Quote cahaya_almas 18-3-2015 03:05 PM
Dia mkin snyi je skrg ni..jrg kuar citer dia dlm tv
Quote tomet05 18-3-2015 05:11 PM
hehehe .. abe ardee beberd datang lagiiii
Quote mice_cheese 18-3-2015 05:34 PM
pengorabanan lah sgt..
Quote CrowneGlory 18-3-2015 07:56 PM
Tang mana korbannya... Aku ingat bg harta ke kat oku..
Quote Felycya 19-3-2015 01:05 AM
Korban kobondo ehh..
Untong bosar laie ado lah...
Quote pngky 19-3-2015 09:04 AM
ooo korban untuk menghayati watak OKU
Quote supernaturalee 19-3-2015 09:15 AM
bagus utk effort die belajar bhs isyarat ni
selalunya takat " errr...er..." gitu je
ahh...local talent
what do u expect lah kan


tp usaha adi ni patut dipuji
klu hasilnya bagus, boleh dibanggakan
Quote peramput 19-3-2015 09:26 AM
tengok muka dia tetap teringat skandal bebird
Quote ungkusado 19-3-2015 12:40 PM
ungku rasa ini semua overrated je
Quote katakau 19-3-2015 02:06 PM
ooo..kisahnya..tapi takde ker hero lagi muda?..
Quote ALDRIN 19-3-2015 02:14 PM
6 months ulag alik brickfields? wtf?? jgn laaa caya bebird penipu ni...apa citer suamiku ustaz! ???? duit2 partner2 n org2 yg tlg ko tu dh byr???? tggu laa kes bebird ko tu....kali i tuan hj x kan lepas senag2 je
Quote theotherfriend 20-3-2015 10:06 PM
ALDRIN replied at 19-3-2015 02:14 PM
6 months ulag alik brickfields? wtf?? jgn laaa caya bebird penipu ni...apa citer suamiku ustaz! ???? ...

Suamiku ustaz tu jadiker?
Tolongla... recently a fren of my yg juga penulis novel cintan yg i never read, dgn poyonya menafikan gossipan bebird ni..
terus lg nyampah dgn novel cinta cintan yg tidak membantu peningkatan minda remaja dan kaum ibu yg xder kerjaya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040142 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top