CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sejak Che Ta Bertudung Terus Berniaga Tudung, Laris Katanya

23-3-2015 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24728| Komen: 63

Sejak Che ta bertudung terus berniaga tudung, laris katanya


“Naik lembik jari kita duk melipat tudung-tudung untuk dimasukkan dalam bungkusan plastik. Mana taknya, sekali order, nak seribu helai tudung terus. Itu baru permintaan daripada seorang stokis. Belum lagi order daripada stokis-stokis lain.”

Demikian cerita Rozita Che Wan (Che Ta) kepada Mangga Online tentang bisnes terbarunya iaitu koleksi tudung Zeyta En Raudah yang kini sedang hangat di pasaran, ibarat pisang goreng panas.

Tudung Zeyta En Raudah ini merupakan koleksi terbaru di Padusi Couture, butik fesyen Muslimah yang diusahakan oleh Che Ta bersama adiknya, aktres Ayu Raudhah sejak 2012.

“Kami baru sahaja cuba memasarkan koleksi tudung Zeyta En Raudah ini. Tak sampai dua minggu lagi pun. Tapi sambutan yang diterima benar-benar di luar jangkaan kami. Alhamdulillah, sangat-sangat menggalakkan,” kata Ayu Raudhah pula kepada Mangga Online.

Kedua-dua beradik ini ditemu bual secara eksklusif oleh Mangga Online di ruang rehat VIP, Hotel The Prince & Residence, Kuala Lumpur, selepas ‘Sepetang Di Maghribi – Anugerah Hijabi Mestika’, majlis minum petang sempena pencarian cover girl majalah Hijab Fesyen.

Bercerita lebih lanjut mengenai koleksi tudung jualan mereka itu, Ayu memberitahu yang Zeyta En Raudah merupakan koleksi mampu milik yang dijual dengan harga yang lebih murah berbanding koleksi Padusi Couture yang lebih eksklusif.


“Menariknya tudung Zeyta En Raudah ini terdapat dua warna berbeza dalam satu tudung. Di hadapannya, warna lain. Begitu juga di belakangnya juga warna yang berbeza.

“Jadi ibaratnya macam ada dua tudung berbeza sedangkan ia merupakan sehelai tudung. Kain yang kami gunakan juga jenis material yang berkualiti. Tapi kami jual tudung ini dengan harga RM55 sehelai sahaja,” ujar Ayu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 18-3-2015 05:03 PM
Quote tomet05 18-3-2015 05:09 PM
nampak kertu sangat pulak che ta kan sejak pakai tudung nih ..
Quote krustykrab 18-3-2015 05:15 PM
tomet05 replied at 18-3-2015 05:09 PM
nampak kertu sangat pulak che ta kan sejak pakai tudung nih ..

ko jangan karang dari bertudung litup, tinggal tuala balut kepala cam yuna je
Quote _yuzhu_ 18-3-2015 05:19 PM
aik..tampal kain renda je ke tudung tu...
Quote enchikfitz 18-3-2015 05:21 PM
Knp rasa mcm tudung diorang design ni x lawa?
Quote slyfynx 18-3-2015 05:26 PM
Leh x nk cakap expected...
Mostly pakai tudung sume nk berniaga tudung
X persoalkan niat tu sbb tu antara die dengan Allah,
Tp obvious kot
Quote mizzmimi 18-3-2015 05:30 PM
dah lama dah kan diorang bukak padusi jual tudung ni.
Quote asyriqa 18-3-2015 05:32 PM
untungla atas nama artis popular... jual apa pun laku...even tudung macam pasar malam aja pun...kalo beli kat luar 10 hinggit pun boleh dapat tudung pesen gini... ini dah nama zeyta raudah la padusi madusi bagai...tentulah rege kena segelemer namanya...
Quote mice_cheese 18-3-2015 05:33 PM
alhamdulillah.. walaupun nampak macam nak bisnes tp at least dah kurang tanggung dosa tak bertudung.. bila bertudung, pakaian pun nampak sopan..
Quote nashrudean 18-3-2015 05:56 PM
tomet05 replied at 18-3-2015 05:09 PM
nampak kertu sangat pulak che ta kan sejak pakai tudung nih ..

haha dh mcm muka aida rahim

Quote nashrudean 18-3-2015 05:58 PM
pelik la aku org pompuan ni...boleh dikatakan smua seller online tudung kaya raya dgn niaga tudung...pompuan mmg beli tudung setiap hari ke? mmg kaya lah...lagi2 artis yg ada ramai follower....balik modal konpem...x smpai setahun dua dh boleh jd jutawan..kwn i jual skirt mermaid yg plain tu pon sold out..padahal skirt gitu dh berlambak org jual,...still jgak laku... pening2x...
Quote Felycya 18-3-2015 06:20 PM
Aku nengok kt pasar pasar malam
Melambak tudong shawl bagai pesen pesen cenggini, rege baru RM10++
Lagi cantek pada ni pn blambak lambak.


Quote CrowneGlory 18-3-2015 06:22 PM
Salah statement tu...sebelum bertudung dia dh start menjual tudung...padusi tu dah lama dia setup dgn adik tersayang ayu
Quote LiveYourLife 18-3-2015 06:36 PM
alhamdulillah. rezeki...
Quote alesandra 18-3-2015 07:16 PM
Edited by alesandra at 18-3-2015 07:17 PM
nashrudean replied at 18-3-2015 05:58 PM
pelik la aku org pompuan ni...boleh dikatakan smua seller online tudung kaya raya dgn niaga tudung.. ...

tak payah la pening,pelik sgt ...org pompuan tak beli tudung tiap hari....tapi PAKAI tudung tiap hari.tudung dlm simpanan org pompuan kena sekurang-kurangnya 20 helai kot. tu pun bukan satu jenis,satu kaler je.kena la pelbagai.itu psl tudung skrg dah mcm satu industri boleh kaya raya.duhhhhh.....
Quote bawangputih05 18-3-2015 08:25 PM
rejeki rejeki..
Quote olaoliolu 18-3-2015 09:09 PM
Tantiknyaaaaaa. Sukaaa tgk cheta
Quote bracebintang 18-3-2015 09:25 PM
sekarang punye trend pakai shawl kan, kat depan dah labuh tutup sampai pusat..tapi kat belakangnye alahai pendek bebenor..tunduk sikit/angin tiup sikit mmg nmpak tengkuk dah.
Quote missDollie 18-3-2015 09:28 PM
gambo num dua tu tak pakai bulu mata palsu nampak cam bogel jer..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061262 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top