CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Syafiq Kyle Terkejut Dituduh Pukul Uqasha Senrose

24-3-2015 11:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23973| Komen: 74

Syafiq Kyle Terkejut Dituduh Pukul Uqasha Senrose

Syafiq menyangkal dakwaan kononnya dia pernah memukul teman wanitanya, Uqasha dan menyifatkan gosip berkenaan mengarut.



PETALING JAYA: Pelakon Syafiq Kyle terkejut selepas dituduh memukul kekasihnya iaitu Uqasha Senrose kononnya sehingga wanita berkenaan mengalami kecederaan pada wajah.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 23, berkata, dia tidak takut dengan dakwaan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar dan menganggap ia sebagai mengarut.

"Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan.

"Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remah dan mengarut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.


Komen peminat yang mendakwa Syafiq seorang kaki pukul dan pernah bertindak memukul Uqasha.

Syafiq mengulas tuduhan dalam ruangan komen peminat menerusi artikel di portal Rotikaya yang mendakwa pasangan itu sudah berpisah dan kini Uqasha sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ben Ali.

Menerusi komen itu, peminat berkenaan melabel Syafiq sebagai lelaki dayus kerana memukul Uqasha dan mereka patut berpisah.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia tidak pasti apakah motif sebenar disebalik dakwaan tersebut namun ia sama sekali tidak memberi kesan kepadanya.

Malah kata Syafiq, sepanjang bergelar artis dia tidak pernah memberi perhatian atau membaca ruangan gosip.

Syafiq menjelaskan hubungan Uqasha dengan Ben hanya sekadar kawan baik.

"Pihak yang buat dakwaan itu nampaknya tidak mengenali saya secara peribadi dan atas dasar apa dia buat dakwaan seperti itu?" soalnya.

Sementara itu, Syafiq berkata, hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dakwaan kononnya mereka sudah berpisah tidak benar.

Malah kata Syafiq, dakwaan kononnya Uqasha kini sudah menemui pengganti dengan seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Ben Ali adalah tidak benar dan lelaki berkenaan adalah sahabat baik Uqasha.

 


















Hubungan Uqasha dan Syafiq masih berjalan seperti biasa.

"Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu.

"Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama istimewa bersempena sambutan Hari Guru berjudul Kerana Dia Juga Cikgu untuk siaran slot Cerekarama di TV3.
Drama terbitan Langkah Karya Production Sdn Bhd itu, diarahkan oleh Keoi Khalid dan turut membariskan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Azhan Rani, Izzuan Fikri dan Mak Wan Latah.

16

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KumbangPolkaDot 24-3-2015 11:12 AM
Baru umo 23 muka dah nk macam bapak budak
Quote manehnya 24-3-2015 11:14 AM
dia ni blakon dalam tanah kubor kan.. neway x padan la uqasya yg cun tu ngan dia
Quote Star_el 24-3-2015 11:21 AM
hahaha komen picisan anonymous gitu pun boleh jadi isu!
Quote malaywood.NET 24-3-2015 11:42 AM
Wow nenen uqasha.. Not bad nya...
Quote prettyuglybabe 24-3-2015 11:59 AM
very the t'n'c pompuan ni
Quote fire_place 24-3-2015 12:10 PM
Kejut tgk gambo tu.ngtkn perut.dada lupany.
Quote babyshun 24-3-2015 12:10 PM
kalau x de angin masakan pokok boleh bergoyang..

banyak dh cerita benar hanya melalui gosip a.k.a khabar angin pada mulanya
Quote bedahmulutpuaka 24-3-2015 12:17 PM
komen kat oh bulan pon nak amik port..

haduhaii..

contohi datuk siti, ko kutuk lah dia kat instagram dia.. x pernah nya dia kesah..
Quote c===8 24-3-2015 12:18 PM
dalam ic dia mmg ada nama kyle ke?
Quote brown_pupil 24-3-2015 12:34 PM
Minah ni asyik kena taram jer... dgn ex dulu kena pukul, hat ni pun kena pukul.. something wrong okeh.
Quote fifie_olin 24-3-2015 12:51 PM
brown_pupil replied at 24-3-2015 10:34 AM
Minah ni asyik kena taram jer... dgn ex dulu kena pukul, hat ni pun kena pukul.. something wrong oke ...

pekin pon penah pukul gak ke...

Quote BebeQ 24-3-2015 12:55 PM
c===8 replied at 24-3-2015 12:18 PM
dalam ic dia mmg ada nama kyle ke?

tu ada tulis nama sebenar tu.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak


Quote put3reen 24-3-2015 12:56 PM
errr... uqsha ni bukan kapel ngan laki ex yuna kan? ke ex ayu raudhah tu.. aiyo motif sgt xingt nama
Quote mizzmimi 24-3-2015 01:04 PM
put3reen replied at 24-3-2015 12:56 PM
errr... uqsha ni bukan kapel ngan laki ex yuna kan? ke ex ayu raudhah tu.. aiyo motif sgt xingt nama

Pekin ibrahim? Dah putus tunang pon..
Quote mizzmimi 24-3-2015 01:05 PM
BebeQ replied at 24-3-2015 12:55 PM
tu ada tulis nama sebenar tu.

Motip sangat letak nama kyle.. Muka desa bukan kokesen pon..
Quote jerukkedondong 24-3-2015 01:05 PM
manehnya replied at 24-3-2015 11:14 AM
dia ni blakon dalam tanah kubor kan.. neway x padan la uqasya yg cun tu ngan dia

Yee lah tu..jadi anak tok adi....
Quote put3reen 24-3-2015 01:10 PM
mizzmimi replied at 24-3-2015 01:04 PM
Pekin ibrahim? Dah putus tunang pon..

lol dh putus ke sebab apa?
Quote giyomi 24-3-2015 01:12 PM
Lar...syafiq kan dgn mak...mak yg sepak rosepasir sebab dia cuba goda syafiqa hokeyyy. Sbenarnya mak tak kesah ko nak belasah ker tuuut ker, ko punye pasal lar not interested at all.
Quote mizzmimi 24-3-2015 01:22 PM
put3reen replied at 24-3-2015 01:10 PM
lol dh putus ke sebab apa?

Takde jodoh antara mereka

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051685 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top