CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Rupa-Rupanya Ketumbuhan Di Otak Nazim Othman Bukan Kanser

26-3-2015 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18587| Komen: 74

RUPA-RUPANYA Ketumbuhan di otak Nazim Othman bukan kanser

KUALA LUMPUR: Malam tadi, Nazim Othman menerusi rakaman program H!Live Apa Kata Malaysia kendalian Datuk Aznil Nawawi di saluran Astro mendedahkan penyakit sebenar yang dialami baru-baru ini.

Pelbagai spekulasi mula bertebaran termasuk beliau dikatakan menghidap barah otak. Namun Nazim menjelaskan dia saat ini dalam proses pemulihan selepas menjalankan pembedahan akibat ketumbuhan di bahagian otak pada 6 Mac lalu.

Nazim turut menafikan beliau menghidap kanser. Kata Nazim lagi menerusi program bual bicara itu, sakit yang dialaminya itu bermula sejak Januari lalu.

Ketumbuhan pada otaknya terletak di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya.

Kata Nazim, asalnya dia terkena demam hingga disyaki mengidap demam denggi. Bagaimanapun selepas pemeriksaan darah dilakukan pihak hospital mengesahkan bahawa dia bebas daripada penyakit itu.

Sebulan selepas demam, kepala Nazim masih terasa sakit dan ia berlanjutan selama sebulan. Malah ia, bukan sekadar pening biasa tetapi kesakitannya terasa amat sangat.

"Kepala saya macam nak pecah. Saya takut. Saya berdiri pun tak boleh hingga terpaksa panggil ambulans di tengah malam kerana tak mahu kacau orang lain," kata Nazim kepada Aznil.

Nazim kini tidak boleh terlalu yakin sudah pulih sepenuhnya selepas pembedahan itu.

Dia juga mengakui berat badannya bertambah berikutan ubat-ubatan yang diambilnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 25-3-2015 01:00 PM
Skeri pulak tgk gambo dia senyum kat atas tu
Quote cari_cahaya 25-3-2015 01:08 PM
propa je lebih...
Quote gekkou 25-3-2015 01:13 PM
geli tgh lelaki suka selfie
takziah atas penyakit
semoga lekas sembuh
Quote ninjago 25-3-2015 01:16 PM
Alhamdulillah.. nasib baik bukan kanser. Dugaan. Allah kasi ujian sakit camnie mungkin tuk hapuskan dosa2 lepas.. bertabahla nazim oiii
Quote miabebe 25-3-2015 01:18 PM
Mcm sesuatu la c nazim ni..tp tatau ape..

Anyway semoga cececpt sembuh
Quote Mary_jane 25-3-2015 01:30 PM
Edisi rupa-rupanya.
Get well soon ye nazim.
Quote gujiwa 25-3-2015 01:40 PM
gws soon nazimmmm...

ada hikmah insha-Allah
Quote lindarafee 25-3-2015 01:42 PM
semoga cepat sembuh
Quote Madel 25-3-2015 01:44 PM
Hari tu dia ada upload gambar bekas jahit kat kepala dia..caption dia ..beri dia ruang.
aku nak cakap bodow tak sampai hati pulak..org gah sakit kan
tpi mmg agak bodo la..
kalau nko mmg nak diberi ruang, nak bersendirian tak mau di ganggu dicerca acik2 gossip..utk sementara waktu apa ke salahnya nko diactivate or private kan IG tu dulu..bila dah betul2 sihat dan pulih
selfie la sampai nko sawan pun tak apa
Quote epis 25-3-2015 01:47 PM
Madel replied at 25-3-2015 01:44 PM
Hari tu dia ada upload gambar bekas jahit kat kepala dia..caption dia ..beri dia ruang.
aku nak cak ...

itu yang digelar sebagai attention seekers~~~ hahah...
Quote makneng 25-3-2015 01:49 PM
Madel replied at 25-3-2015 01:44 PM
Hari tu dia ada upload gambar bekas jahit kat kepala dia..caption dia ..beri dia ruang.
aku nak cak ...

Setuju sgt!!! Statement dia mmg mengundang khennn
Quote Madel 25-3-2015 01:50 PM
epis replied at 25-3-2015 01:47 PM
itu yang digelar sebagai attention seekers~~~ hahah...

Khen..
dari kita nak simpati jadi menyampah pulak..

Quote kakasotong 25-3-2015 01:50 PM
Baguslah heols prevent awal dgn buang ketumbuhan tu. Kalau di biar lama2 mmg akan jd kanser jugak nnt.

Alhamdulilah panjang umur lg. Syukurlah Allah kasik kesempatan utk hidup lg lama
Quote Madel 25-3-2015 01:58 PM
makneng replied at 25-3-2015 01:49 PM
Setuju sgt!!! Statement dia mmg mengundang khennn

Dah tau sakit, duduk la diam2..berubat
ni kejap2 kasi teaser...dah mcm drama korea pulak nak berteaser2 bagai..suh peminat bertekateki menungu2
ujung2 dia sendiri stress minta diberi ruang

Quote addamnor 25-3-2015 02:05 PM
Edited by addamnor at 25-3-2015 02:13 PM

pondan sekor ini konon2 tak mahu cerita apa yang dialami tetapi gigeh duk upload IG utk orang ramai berspekulasi..

mmg gayah ponen suka benar buat perkara2 ala ala tak jelas dan mahu orang bertanya dan berteka teki.

kalau sudah tidak amhu orang bertanya itu dan ini, stop your social media postings lah. katup terus!

tiada lain tiada bukan, sekadar mahu attention shj

saya speku glioma, could be originating from optic chiasm. tak pon pineal gland or pitutary gland tumor. hey ponen  kau tak gitau pun aku boleh syak lah. ok bai!
Quote Innrukia 25-3-2015 02:07 PM
Dh itu caranya dia release stress.. Yg org len nak sentap lebih tu kenapa?
Btw, even cuma ketumbuhan rasa sakit tu mmg tetap ada & lebih dr sakit kepala yg biasa. Mohon org yg ckp drama lebih tu dpt ketumbuhan kendian bleh la rasa sakit tu drama ka apa...
Quote fatehana 25-3-2015 02:14 PM
x cam sgt dia ni klu berlakon
apa pun moga cepat sembuh
doa bebyk moga x dpt blk penyakit yg sama yea nazim
Quote addamnor 25-3-2015 02:16 PM
Innrukia replied at 25-3-2015 02:07 PM
Dh itu caranya dia release stress.. Yg org len nak sentap lebih tu kenapa?
Btw, even cuma ketumbuh ...

orang hencap sbb gigeh beliau upload IG pelbagai, ujung2 meroyan bila followers tanya sakit pundek apa. ala ala nak suruh orang ramai berteka teki

kalau sakit dan mahu privacy tidak mahu soalan ditanya, dudk diam2 tutup IG sementara waktu.
Quote elmen 25-3-2015 02:18 PM
die punye posting kat ig tu sume mengundang org nak komen mcm2.. cube kalo x propa byk sgt.. sikit2 cukup la.. alahaiii...

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.252122 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top