CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Yatt Hamzah Cancel Cerai

30-3-2015 05:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 27745| Komen: 143

Yatt Hamzah Kesal Failkan Cerai Terhadap Suami 


Yatt mahu peminat doakan kebahagaian rumah tangganya.




PETALING JAYA: Pelakon Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana  masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, berkata, dia menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.

"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," ujarnya kepada mStar Online.



Yatt berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik.

Sementara itu, Yatt berkata, dia kagum dengan ketabahan wanita di negara bergolak itu yang berhadapan dengan pelbagai dugaan walaupun, kebanyakkan mereka kehilangan suami dalam peperangan.

"Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.


"Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti," katanya.

Dalam pada itu, Yatt berkata, sepanjang berada di Syria, dia banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangganya semula.

Jelasnya, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

"Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya.

"Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya.

10

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
16

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 30-3-2015 12:25 PM
Eh boleh pulak cansel2 ye....sabo jer la....
Quote Kak-Leen 30-3-2015 12:28 PM
Jgn cepat melatah, dik.
Bincang..,bincang  dan bincang utk cari jalan penyelesaiannya..

Moga kekal sampai Jannah...
Quote Syd 30-3-2015 12:29 PM
alhamdulillah....
Quote kokocrunch 30-3-2015 12:34 PM
Alhamdulillah..Moga kekal sampai Jannah.
Quote SyaAnis 30-3-2015 12:45 PM
alhamdulillah...
Quote Lorra2411 30-3-2015 12:46 PM
alhamdulillah, cuba perbaiki mana yang kurang. doakan yang baik-baik saje. insyaAllah perkahwinan Yatt dan suami hingga ke akhir hayat.
Quote aviators 30-3-2015 12:47 PM
Bagus la.  jgn buat perangai cam budak budak
Quote kakasotong 30-3-2015 12:48 PM
Alhamdulilah selamat satu lg keluarga. Masjid pn xruntuh. Tahniah buat yatt n somi yg berusaha mempertahankan rumahtangga
Quote elmen 30-3-2015 12:49 PM
bagus la.. mga berkekalan.. toksah la diikutkan hti sgt.
Quote hemoh2 30-3-2015 12:53 PM
Alhamdulillah Yatt
Allah masih bukakan mata Yatt...
Quote sponges 30-3-2015 12:59 PM
alhamdulillah
Quote wookiehoney 30-3-2015 01:02 PM
alhamdulillah

seronoknya tau cmni.moga terus berkekalan hingga ke syurga
Quote nemo0309 30-3-2015 01:04 PM
Alhamdulillah.. selalu kita cakap, yang cakap tu senangla, tapi yang menghadapi. kena banyak sabar & berkorban. lillahi ta'ala.
Quote damian_lee 30-3-2015 01:05 PM
aku bukan nak menyokong perceraian ....
tapi banyak benda yang dia compare dengan masalah "wanita" syria tu mcm xde kena mengena ngan masalah rumah tangga ....

tapi xpelah ... mungking hikmah datang dr tempat yang disangka2 ... huhuhu
Quote Lavender_Violet 30-3-2015 01:07 PM
Alhamdulillah. Happy for this couple
Semoga berkekalan
Quote eyeNa07 30-3-2015 01:07 PM
alhamdulillah..semoga berkekalan
Quote jerukkedondong 30-3-2015 01:07 PM
Untuk yatt...nak bandingkan masalah mu dgn wanita2/balu2 di negara bergolak nun hnyaah umpama nak bandingkn antara sebiji pisang dan sebiji durian...byk nauu bezanya...tak payah teropong nun sampai syria yaman...kat  malaysia nan tercinta ni pun byk kisah yg boleh dibuat tauladan jua perbandingan.....nun..makcik2..kakak yang telan aje perilaku busuk sang suami demi anak2 demi sesuap nasi..yg gigih berpanas menggoreng pisang n kepok lekor just utk pastikan anak2 tidak kelaparan..yg gigih membungkus nasi lemak saban pagi demi untuk kelansungan hidup....membantu suami..tanpa diketahui dlm waktu yg sama suami main kayu tiga...
Masalah mu kurasa kecil sekelumit cuma...redhalah yatt..tepuk dada tanya hati..kebahagiaan yg bagaimanakah yg dikau cari dan mahukan selama ini..


Semoga berbahagia till jannah......
Quote leftrani_kel 30-3-2015 01:08 PM
alhamdulillah..
Quote pjade 30-3-2015 01:08 PM
Moga kekal ke Jannah.

Just don't regret your decision to stay on.

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066611 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top