CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Belajar Protokol Istana

1-4-2015 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 51147| Komen: 213

Sarimah Ibrahim Belajar Protokol Istana



Tiga hari lagi, Sarimah Ibrahim bakal dinikahi tunangnya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie dalam satu majlis pernikahan berkonsepkan tradisional Melayu.

Menjelang perkahwinannya dengan kerabat diraja Negeri Sembilan itu, Sarimah turut mempersiapkan dirinya dengan mempelajari adat istiadat dan protokol istana.

Demikian akui Sarimah, menerusi temu bualnya bersama majalah WANITA keluaran April 2015 yang kini berada di pasaran.

Semenjak meninggalkan tugas sebagai penyampai radio MIX FM, Disember lalu, Sarimah kini menjadi pengacara program bual bicara Wanita dalam bahasa Inggeris iaitu Bella di NTV7.


“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Tunku Jamie banyak memberi panduan dan tunjuk ajar tentang adat istiadat dan protokol istana yang diketahuinya.

“Ada waktunya, saya sendiri akan bertanya tentang perkara yang saya rasa ingin tahu dan tidak begitu pasti. Ia secara tidak langsung membantu saya bagaimana untuk menyesuaikan diri kelak,” ujar Sarimah yang menghiasi kulit hadapan majalah WANITA.

Sarimah, 36, dan Tunku Jamie, 42, akan bernikah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pagi 2 April (Khamis) ini.

Pada sebelah malamnya pula, bertempat di hotel yang sama, mereka akan bersanding dalam satu majlis yang juga mengikut adat dan budaya perkahwinan masyarakat Melayu.


Pasangan ini akan turut diraikan dalam resepsi di sebelah pihak Tunku Jamie yang mana gaya moden merupakan tema majlis yang akan diadakan sehari selepas persandingan di sebelah pihak Sarimah.


Meskipun persiapan majlis perkahwinan sudah mula dibuat sejak mereka mengikat tali pertunangan pada September lalu, namun debaran menantikan hari bersejarah itu tetap dirasakan oleh pasangan ini.

Sarimah dan Tunku Jamie berharap agar majlis pernikahan dan persandingan mereka nanti berlangsung sempurna.

Dalam waktu yang sama, pasangan ini turut berdoa agar bahtera rumah tangga yang bakal dibina ini berkekalan ke penghujung usia memandangkan kedua-duanya pernah melalui episod duka semasa perkahwinan terdahulu.

Agaknya apakah perancangan Sarimah selepas berumah tangga nanti? Dan di manakah pasangan ini akan berbulan madu selepas bergelar suami isteri?

Jawapannya boleh didapati menerusi majalah WANITA April 2015.

4

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siti_kus 31-3-2015 02:48 PM
tahniah.. semoga berjalan lancar.
Quote irdina 31-3-2015 02:50 PM
congratulations... semoga kekal hingga ke jannah
Quote biggirlduncry 31-3-2015 03:05 PM
wow...congrats ya...
Quote aseela 31-3-2015 03:06 PM
Ja-Mi  (sebutan baku) ni masih berlegar sekitar istana N9 ke?
sekadar nak tau
Quote chinta89 31-3-2015 03:24 PM
tahniah both of them!
Quote Crystal_Apple 31-3-2015 03:25 PM
tahniah sarimah
Quote tomet05 31-3-2015 03:27 PM
nampak lawa lak kan ..
Quote hotmak 31-3-2015 03:30 PM
tahniah, huntunglah
Quote kakasotong 31-3-2015 03:43 PM
Kengkadang meols tengok kerabat diraja jauh2 jah yg lelebih gigih nak berprotokol bagai. Yg memang betul2 anak raja/sultan takde la over mana pn.

Tp mungkin majlis kawin sarimah ni dihadiri oleh tetamu kenamaan (sultan negeri lain etc) kan. Sbb tu dia gigih belajar.

Tunku jamie ni cucu yg dipertua besar n9 ke? Ke kerabat jauh2 jah?
Quote chippotato 31-3-2015 03:44 PM
Yang kene colek ngan bimboiya tu ker....

Anak omak...heheh
Quote damian_lee 31-3-2015 03:50 PM
suka sarimah time mengacara AJL ... wlaupun over tpi xdelah buat mata layu mcm pengacara2 yang sekarang2 ni ...

untunglah ko sarimah .,.... walaupun cuma dapat pensil melayu
yang penting bahagia
Quote amyainsamad 31-3-2015 04:05 PM
tahniah la.....
Quote cik_tonggek 31-3-2015 04:25 PM
kakasotong replied at 31-3-2015 07:43 AM
Kengkadang meols tengok kerabat diraja jauh2 jah yg lelebih gigih nak berprotokol bagai. Yg memang b ...

dia cucu tuanku jakpar tu kot
yang dipertuan n9 skang ni anak sedara tuanku jakpar tuh
pangkat tak jatuh pun kat keturunan tuanku jakpar
sbb dulu masa ayah yang dipertuan meninggal, tuanku muhriz tu kecik lagi
so naik lah tuanku jakpar sbb dia adik bapak tuanku muhriz
jadi bila tuanku jakpar meninggal,
harus lah kembali ke keturunan tuanku munawir bapaknye tuanku muhriz
mencuka jugaklah anak2 tuanku jakpar
sbb dorang bajet anak sulung tuanku jakpar yg dapat
Quote krustykrab 31-3-2015 04:27 PM
untung la ko cik mah...jaga la laki ko mcm pasha tu, beranak la ramai2, untung....sonok tgk pasha dgn jejai skg, w/pun tak la minat dgn pasah ni sbb suara doraemon dia tu
Quote Changa 31-3-2015 04:46 PM
heshe ini yg kena pukul dgn TMJ dulu kan?
dan heshe ada kanser?
dah sembuh kah kanser heshe?
Quote Changa 31-3-2015 04:47 PM
kakasotong replied at 31-3-2015 03:43 PM
Kengkadang meols tengok kerabat diraja jauh2 jah yg lelebih gigih nak berprotokol bagai. Yg memang b ...

heshe anak beranak ex soltan N9 yg urban socialite dulu.
so kira bau bacang dgn current soltan la
Quote outcast 31-3-2015 06:24 PM
Changa replied at 31-3-2015 04:46 PM
heshe ini yg kena pukul dgn TMJ dulu kan?
dan heshe ada kanser?
dah sembuh kah kanser heshe?

ahh  yg gaduh ngan TMJ
dia ada kanser ker?
Quote alesandra 31-3-2015 07:58 PM
gamba kat atas tu antara baju yg yg akn dipakai atau saje2 posing..
Quote CrowneGlory 31-3-2015 08:53 PM
Kena cerai gak bini  dia yg kekonon hawt jd rebutan dgn tmj tu ye..

Lihat semua komen(213)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.095079 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top