CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

[Takziah] Mama Juwie Meninggal Dunia

6-4-2015 10:01 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26788| Komen: 111

[Takziah] Mama Juwie (Wartawan Veteran Hiburan) Meninggal Dunia

Juwie meninggal dunia


BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh.

KUALA LUMPUR : Kolumnis hiburan BH, Juwie, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat sini esok.


Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.


Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan hiburan iaitu Auw! Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Editor Majalah Mangga pada tahun 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Selepas persaraan itu, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar menawarkannya untuk menjadi kolumnis hiburan di akhbar Berita Harian pada setiap hari Sabtu yang dikenali Auw Juwie!

Selain bergelar wartawan, Juwie turut aktif dalam bidang penulisan lirik untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Antara karya popular beliau adalah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairuz), Sampai Hati (Spring), Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Masih Aku Terasa (Gersang) dan Meraung (New Boyz) dan Kad Ucapan (Norsheila Amin).

Juwie pernah menjuarai Juara Lagu pada tahun 1988 bersama komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu nyanyian Ramlah Ram.

Beliau juga pernah menghasilkan novel iaitu Sampai Hati.

Populariti Juwie itu menyebabkan kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR) menulis lagu khas untuk Allahyarham iaitu Juwie Juwie Juwie yang dimuatkan dalam album Selamat Pagi Malaysia yang diterbitkan pada 1987.

Semasa bersara, Juwie banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.

Sumber: Mama Juwie meninggal dunia
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizzlin 3-4-2015 11:33 PM
Al fatihah
Quote alesandra 3-4-2015 11:39 PM
apa punca kematian?takziah.semoga dipermudahkan segala urusan
Quote olaoliolu 3-4-2015 11:40 PM
inalilah.
Quote jerukkedondong 3-4-2015 11:42 PM
Berapa umur dia ye
Quote sukebintang 3-4-2015 11:43 PM
Juwie meninggal dunia
Oleh Riadz Radzi
[email protected]

Kuala Lumpur: Wartawan hiburan veteran dan penulis lirik terkenal, Juwie meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) 10.30 malam tadi akibat kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, 62, dimasukkan ke PPUKM sejak Mac lalu sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), baru-baru ini.

Jenazah akan dikebumikan di Selayang, esok.

Juwie mula berkhidmat sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Antara lagu popular yang dihasilkannya adalah Masih Aku Terasa (Gersang) dan Sampai Hati (Spring).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41298?m=1#sthash.oFGfhQy5.dpuf
Quote dalima 3-4-2015 11:44 PM
Innalillahi wainna ilaihirojiun


IMG_20150403_234245.jpg
Quote senahsanasini 3-4-2015 11:45 PM
innalillah.. semoga dipermudahkan segala urusan
Quote doubleA 3-4-2015 11:46 PM
Innalillah. 62 rupanya umur dia, pengalaman sangat2 ni.

Pembuat lirik lagu buat seorang kekasih - slam.

Tinggal aku keseorangan,tiada lagi gurau sendamu, ku terkilan hajat tak sampai,kasih putus di tengah jalan  
Quote kakasotong 3-4-2015 11:47 PM
sukebintang replied at 3-4-2015 11:43 PM
Juwie meninggal dunia
Oleh Riadz Radzi
[email protected]

Meols baru tahu arwah pencipta lagu yg best2. Masih aku terasa is my all time feveret

Akanku simpan kenangan cinta yg xkn terpadam selamanyaaaaaa
Quote Tifamie 3-4-2015 11:48 PM
Alfatihah.. dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.
Quote sukebintang 3-4-2015 11:48 PM

      
Juwie meninggal dunia
JUMAAT, 3 APRIL 2015 - 11:28PM
OLEH FARHANA AB RAHMAN




[email protected]


BEKAS wartawan hiburan, Juwie atau nama sebenar, Abdul Jalil Salleh.
KUALA LUMPUR : Kolumnis hiburan BH, Juwie, 62, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser prostat.

Juwie atau nama sebenarnya Abdul Jalil Saleh, terdahulu dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan HUKM pertengahan Mac lalu dan menjalani rawatan penyakit berkenaan sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila kesihatannya tidak stabil.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan jenazah akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya di Selayang, dekat sini esok.


Juwie memulakan perkhidmatannya sebagai wartawan di akhbar Berita Harian pada tahun 1974 sebelum menyertai Utusan Malaysia pada 1984.

Semasa di Utusan Malaysia beliau terkenal apabila mengendalikan ruangan hiburan iaitu Auw! Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Editor Majalah Mangga pada tahun 1995 di syarikat yang sama sehinggalah bersara pada 8 Julai 2008.

Selepas persaraan itu, Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar menawarkannya untuk menjadi kolumnis hiburan di akhbar Berita Harian pada setiap hari Sabtu yang dikenali Auw Juwie!

Selain bergelar wartawan, Juwie turut aktif dalam bidang penulisan lirik untuk penyanyi terkenal seperti Datuk Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, kumpulan Gersang, Spring dan May.

Antara karya popular beliau adalah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairuz), Sampai Hati (Spring), Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats), Masih Aku Terasa (Gersang) dan Meraung (New Boyz) dan Kad Ucapan (Norsheila Amin).

Juwie pernah menjuarai Juara Lagu pada tahun 1988 bersama komposer terkenal Datuk Ahmad Nawab menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu nyanyian Ramlah Ram.

Beliau juga pernah menghasilkan novel iaitu Sampai Hati.

Populariti Juwie itu menyebabkan kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR) menulis lagu khas untuk Allahyarham iaitu Juwie Juwie Juwie yang dimuatkan dalam album Selamat Pagi Malaysia yang diterbitkan pada 1987.

Semasa bersara, Juwie banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah.
Quote Nenasketum 3-4-2015 11:51 PM
Al fatihah buat arwah. Sangat kreatif orangnya semasa hidup
Quote dalima 3-4-2015 11:53 PM
Byk lagu arwah sedap2. Zaman 90s.

IMG_20150403_235116.jpg
Quote dauswq 3-4-2015 11:54 PM
wartawan gosip yg penuh integriti dan beretika
berbeza ngan wartawan gosip skrg
Quote samax 3-4-2015 11:55 PM
patut ke dia dipanggil mama sedangkan dia seorang lelaki.
Quote melatibiru 3-4-2015 11:55 PM
Al-Fatihah.Salam takziah.
Quote kakasotong 3-4-2015 11:56 PM
dalima replied at 3-4-2015 11:53 PM
Byk lagu arwah sedap2. Zaman 90s.

Lagu kerana terluka ni sangat2 berhantu. Lirik dia mencengkam qolbu.

Salam takziah utk keluarga mama juwie.

Quote tepisket.. 3-4-2015 11:57 PM
Edited by tepisket.. at 3-4-2015 11:58 PM

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangn org beriman
Quote toxicated 3-4-2015 11:58 PM
Takziah...

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057305 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top