CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Izreen harap babak berkemban tidak diperbesarkan

13-6-2013 12:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25613| Komen: 45


Salah satu babak Izreen bersama Tony dalam Pecah


PELAKON utama filem Pecah, Izreen Azminda yang kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya bulan depan berdebar menantikan reaksi penonton filem Pecah, tambahan ada babak yang memaksa dia berkemban.
       
        Walaupun menyifatkan ia bukanlah aksi keterlaluan, namun Izreen berharap ia tidak mengundang sebarang kontroversi dan diperbesarkan.
       
        "Ia tidak terlalu berlebih-lebihan pada Izreen sebab itu Izreen buat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Pecah, malam tadi.
       
        Mengakui kekok pada awalnya untuk melakonkan babak itu, Izreen dimaklumkan tentang aksi itu pada hari penggambaran.
       
        “Mula-mula agak kekok tapi bila diminta begitu, jadi, Izreen buat sajalah. Sebab saya rasa tak melampaulah,” katanya.
       
        Izreen melakonkan watak sebagai Lydia, kekasih gelap kepada seorang peguam bernama Herman yang dilakonkan Tony Eusoff.
       
        Karakter jahat Lydia ditonjolkan apabila dia mahu membalas dendam terhadap Bakar yang telah merogol ibunya.
       
        Filem arahan Asrulhisyam Ahmad atau Black ini merupakan filem adaptasi daripada novel terbitan Buku Fixi berjudul Pecah karya Nizam Bakeri.
       
        Sementara itu, Izreen merasakan dirinya perlu lebih sensitif dalam memilih watak yang akan dibawanya ekoran status yang dipegang iaitu sebagai seorang isteri dan ibu.
       
        “Selepas ini Izreen rasa, Izreen kena lebih sensitif sebagai seorang ibu dan isteri. Watak dan karakter kena sesuai dengan status Izreen yang sekarang,” katanya yang bakal kembali aktif berlakon selepas tamat tempoh berpantang.
       
        Suaminya yang merupakan juru kamera bebas, Muhammad Riza Baharudin, 30, dikatakan lebih teruja dalam menanti kelahiran bayi pertama mereka.
       
        “Suami lebih teruja nak menyambut kelahiran anak pertama kami. Dia beli banyak sangat barang bayi. Izreen cuma beli apa yang patut saja. Buat apa membazirkan? Bayi cepat besar,” katanya yang masih merahsiakan jantina anaknya itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MizzAurora 13-6-2013 11:41 AM
Kalau tak kuar news ni...sapa pun tak perasan kot dia berkemban...
Quote tomet05 13-6-2013 12:07 PM
alahai .. jangan over sudah
Quote pakweneelofa 13-6-2013 12:43 PM
mana gambar kembannya?
Quote mea 13-6-2013 12:47 PM


nah....
Quote cef_gango 13-6-2013 01:08 PM
mea posted on 13-6-2013 12:47 PM
nah....

wow!!!!!! wow!!!! wow!!!

Quote prettyuglybabe 13-6-2013 01:28 PM
bila watak berkemban nak kecoh.. yang dok keluar pakai baju serupa kemban tu, takde la kata apa pulak.. ada beza ke watak berkemban tu dengan berpakaian gini??

Quote R.A.M.A_mirror 13-6-2013 01:33 PM
prettyuglybabe posted on 13-6-2013 01:28 PM
bila watak berkemban nak kecoh.. yang dok keluar pakai baju serupa kemban tu, takde la kata apa pula ...

yeahhh..melayu moden..haha,..
Quote Princess_H 13-6-2013 01:41 PM
izreen ni cantek tapinya
Quote mizkajura 13-6-2013 01:54 PM
kutip tacang ja. tak tahu nak lahar mcm mana. sama je lakunan atau tak
Quote mushroomsup 13-6-2013 01:54 PM
prettyuglybabe posted on 13-6-2013 01:28 PM
bila watak berkemban nak kecoh.. yang dok keluar pakai baju serupa kemban tu, takde la kata apa pula ...

nak btau kot dlm citer nih ada babak kemban, kalo tak btau takde org tau.. promosi jek nih
Quote matsyeh 13-6-2013 02:17 PM
Baik punya promosi filem,dia ingat  lepaih ni mesti ramai pi tengok filem ni.
Quote maxim 13-6-2013 02:21 PM
mea posted on 13-6-2013 12:47 PM
nah....

hekeleh stakat kemban gitu je..lain la kalau nampak puting ke pussy ke xpe gak nak bising pn
Quote mea 13-6-2013 02:27 PM



ni pun mcm kemban...
Quote cikatilia 13-6-2013 02:40 PM
ooo ada berkemban

ada sapa2 kesah ke??


Quote ragarotan 13-6-2013 03:12 PM
org xtau tp ko yg nak buat statement dlu

ada aku kesah..
Quote prettyuglybabe 13-6-2013 03:12 PM
mushroomsup posted on 13-6-2013 01:54 PM
nak btau kot dlm citer nih ada babak kemban, kalo tak btau takde org tau.. promosi jek nih

ye lah.. retis kan
Quote larikesurga 13-6-2013 03:22 PM
aku suka minah ni blakon..kalau jadi jahat, memang jahat giler..kalau jadi baik..alahai..sweet giler..
Quote ZaraPalarae 13-6-2013 03:40 PM
* cikgu zakiah
* melly
watak si izreen yg plg terkesan
lantak laa ko nk berkemban ke hape dlm cite pecah ni
aku ttp suke ko berlakon
Quote lotionmilo 13-6-2013 03:41 PM
lepas beranak. toksah berkemban2 k.buruk sgttt

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.086622 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top