Oke, bukan itu yang ingin kita perkatakan sekarang. Terkini, Lee Min Ho akan bakal bertendang kembali ke Malaysia dan kali ini beliau sebagai duta baru 11street, Korean online portal yang dibuka di NU Sentral Mall Kuala Lumpur. Bukan itu saja, pelakon Malaysia iaitu Emily Chan adalah merupakan pasangan duta beliau. Dan dikabarkan Emily Chan sekarang berada di Korea untuk sesi pengambaraan iklan 11street yang akan dilancarkan bersamaan pelancaran butik 11street pada 24 April 2015. 11street yang berpangkalan di Korea, dibuka pada tahun 2008 and mempunyai 400,000 penjual yang bernaung dibawah 11street memberikan perkhidmatan online kepada 30 juta pengguna seluruh dunia. 11street juga mempunyai pangkalan di Turkey dan juga Indonesia dan Malaysia adalah merupakan pangkalan terbaru mereka. CEO 11street, En. Kim Hoseok berkata pada sesi pelancaran tersebut, mereka akan memperkenalkan 11street sebagai 'e-mall' di Malaysia yang membawakan pelbagai product paling terkini yang kebanyakkannya adalah dari Korea dengan harga tawaran harga yang pastinya rendah dan berpatutan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.029609 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.