CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hanez Suraya Dah Bertudung?

28-4-2015 01:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 38679| Komen: 203

Hanez Suraya Dah Bertudung?


KUALA LUMPUR: Baharu saja kembali dari menunaikan umrah semalam, persoalan sama ada Hanez Suraya akan bertudung sebaik kembali dari Tanah Suci Makkah itu turut ditunggu-tunggu. 

Di laman Instagram miliknya, imej gambarnya bertudung sewaktu berada di sana seakan memberikan isyarat dan kebarangkalian bahawa dia mahu bertudung. 


HANEZ mengerjakan umrah buat pertama kali bersama suami, Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah sejak 14 April lalu. - Foto ihsan Hanez Suraya


Sebelum ini Rozita Che Wan turut menggembirakan ramai pihak apabila memilih untuk bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah bersama suaminya, Zain Saidin. Lalu apakah Hanez juga akan mengikuti jejak yang sama? 


Menghubunginya sebentar tadi, pelakon putih gebu itu enggan terburu-buru membuat keputusan sama ada mahu meneruskan hasrat bertudung atau sebaliknya. 

Hanez mengerjakan umrah buat pertama kali bersama suami tersayang Romie Razin Adilha dan anak tirinya, Putera Adreeshah sejak 14 April lalu. Impian mengerjakan umrah itu sudah lama diimpikan Hanez dan ia dipermudahkan selepas pasangan ini berkahwin pada 14 Mac lalu. 


"Memang sejak ke sana, hati saya kuat untuk bertudung. Apatah lagi di sana, semua wanita Islam bertudung. Lalu semangat nak bertudung itu jadi semakin membuak-buak. Malah saya sudah mula terfikirkan gaya bertudung macam mana yang sesuai dengan raut wajah ini. Saya juga sudah belajar nak lilit tudung dengan baik termasuk melihatnya berpandukan carian Google di laman internet.



"Cuaca di sana kalau musim panas sama macam Malaysia, jadi bukan alasan untuk saya tidak melakukan yang sama jika sudah berada di Malaysia. "Semuanya berbalik kepada soal hati. Sesekali timbul perasaan apakah jiwa saya akan kuat untuk berimej sebegini dengan kerja seni yang saya ceburi? 


"Perasaan untuk bertudung itu jadi lebih kuat ditambah dengan saya kini yang sudah jarang berlakon. Lalu apa lagi yang saya perlu fikirkan. Di sana pun doa yang baik sentiasa dimakbulkan dan begitu juga dengan ketetapan hati saya untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Jalan sudah ada, sama ada saya nak teruskan atau tidak," kata Hanez.

Lalu persoalannya di sini apakah Hanez sebenarnya sudah bertudung atau tidak?


"Saya tak berani nak cakap. Lagipun saya baharu saja pulang mengerjakan umrah. Untuk menghormati ibadat yang saya lakukan, saya masih membiasakan bertudung seperti di sana. "Sama ada saya terus bertudung atau tidak, doakan yang baik sahaja. Saya harap ia dipermudahkan. Saya bimbang timbul rasa riak.


"Biar saya perlahan-perlahan mengikut 'rentak' baharu ini. Malahan kalau keluar rumah sekarang pun saya sudah bertudung. Cuma Saya tak mahu cakap dengan mulut dahulu. Biarlah yang nampak itu... nampaklah," katanya. Berkongsi pengalaman mengerjakan umrah, Hanez mengakui cukup tenang sepanjang berada di tanah suci itu.


"Saya melalui pengalaman yang indah di sana. Saya sudah nekad, andai visa sudah diluluskan memang saya nak pergi beribadat. Saya mahu memperbaiki dan memperbaharui diri. Kalau ada rezeki lagi, memang saya nak pergi lagi. Kalau boleh setiap tahun saya nak ke sana lagi," katanya.


Ditanya apa yang dimohon ketika berada di sana, Hanez seperti kebanyakan insan lain juga mendambakan kebahagiaan dunia dan akhirat. "Saya berharap jodoh perkahwinan ini akan kekal hingga ke jannah. Semoga dikurniakan zuriat yang sihat dan cantik tubuh badan. Saya juga turut berdoa di tempat yang dikatakan mustajab doanya seperti di Hijr Ismail," katanya. 


14

Bagus
16

Marah
14

Terkejut
19

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enchikfitz 28-4-2015 12:19 AM






Quote taikpekatt 28-4-2015 12:32 AM
hmmm. bagus la klau da ada niat.
Quote weirdwaniey 28-4-2015 12:38 AM
Dah bijok menjawab soklan.. baguihh
Quote miabebe 28-4-2015 12:39 AM
Nape mia nmpk cahaya keimanan d wajah mereka..mereka dah bertaubat barangkali
Quote Peaceyo! 28-4-2015 01:25 AM
Aku teringat ade forumer cakap kat benang dedulu.. "sok luse kawin pegi mekah pastu pakai tudung org minat la dia balik".  Masin mulut ko nyah
Quote mice_cheese 28-4-2015 01:43 AM
Bagus la klu bertudung sbb tu mmg jelas sebagai perempuan beragama islam..
Quote NazilaSK 28-4-2015 01:54 AM
Alhamdulillah. Niat nak ikut suruhan, Allah akan bantu.
Quote jargon 28-4-2015 03:04 AM
spt biasa ummah melaysia akn memaafkn..konsep jnji bertudung lepas ni dah suci dah...syumul gitu...
Quote de_ikea 28-4-2015 05:37 AM
Bakal jd malaysia sweetheart jugak ni.
Nmpk berseri
Quote stania83 28-4-2015 05:52 AM
Pompuan kalau dah dapat lelaki idaman, pakai guni pon sanggup.
Quote bambimo 28-4-2015 06:40 AM
Kata romiang...
Back to Allah swt...katanya...
Quote Kak-Leen 28-4-2015 07:06 AM
Kalau pernikahan itu diarahkan kpd kebaikan, kan elok.. Yg penting dia gi minta maaf kat org2 yg disakitinya sebelum ini..
Quote meteorspeed 28-4-2015 07:23 AM
Pandai betina nie wat demage cotrol... Bertudung tutup la cerita mencaras laki orang..takpa rakyat Malaysia senang memaafkan kalu dah bertudung
Quote CikguZara 28-4-2015 07:23 AM
well, tetaplah tak minat...
Quote cemolot 28-4-2015 07:27 AM
as expected... lepas ni akan menjadi sanjungan acik2 porem
Quote adelea 28-4-2015 07:33 AM
jargon replied at 27-4-2015 07:04 PM
spt biasa ummah melaysia akn memaafkn..konsep jnji bertudung lepas ni dah suci dah...syumul gitu...: ...

Berbaik sangka ...
semua org ada masa silam ..
tak semestinya klu ko bertudung dr kecik ko tak de buat dosa ... ???

So dont judge people...
Quote saladin780 28-4-2015 07:37 AM
sudah kubilang dulul..senang je nak amik hati macik2 gosip nih..gi umrah then bertudung terus imej kembali menyinar sesuci embun pagi gituu
Quote makton 28-4-2015 07:46 AM
elok jugak la ko kurang job. duduk je umah jaga laki & anak tiri baik2..
Quote rayna_raynes 28-4-2015 07:57 AM
dah bertudung, tak lama lg jadilah bintang pujaan makcik2 felda mcm memey suhaiza
apa kisah jalang janji bertudung, kan?

Lihat semua komen(203)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.052667 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top